0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
2K tayangan10 halaman

Ekonomi Kertas 1 SPM 2021

Diunggah oleh

Wilson Pang
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
2K tayangan10 halaman

Ekonomi Kertas 1 SPM 2021

Diunggah oleh

Wilson Pang
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

EKONOMI KERTAS 1 SPM 2021

1. Penerangan yang manakah betul?


Faktor Pengeluaran Keterangan
A. Usahawan Input yang menyumbang tenaga dalam proses
pengeluaran.
B. Buruh Individu yang berperanan menghasilkan output
maksimum.
C. Modal Alat ciptaan manusia yang mempunyai mobiliti tinggi.
D. Tanah Sumber yang penawarannya tidak terhad.

2. Rajah 1 merupakan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) nagi dua jenis barang.

Rajah 1
Pernyataan yang manakah betul?
I. Masalah ketidakupayaan berlaku pada kombinasi R.
II. Masalah ketidakcekapan ditunjukkan oleh kombinasi S.
III. Masalah pilihan berlaku pada setiap titik di atas keluk MAQ.
IV. Kos lepas mengeluarkan 2 tan metrik makanan ialah 4 ribu helai pakaian.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

3. Pasangan yang manakah betul?


Masalah Asas Ekonomi Keterangan
A. Apa yang hendak dikeluarkan Pengeluar memastikan tidak berlakunya lebihan
barangan dalam pasaran.
B. Berapa hendak dikeluarkan Barangan yang dihasilkan dapat memenuhi
kehendak pengguna.
C. Bagaimana hendak dikeluarkan Firma memastikan kos pengeluaran barangan
adalah minimum.
D. Untuk siapa barang dikeluarkan Pembuat keputusan menggunakan mekanisme
pasaran untuk menghasilkan barangan.
4. Apakah ciri sistem ekonomi perancangan pusat?
A. Pilihan pengguna terbatas
B. Persaingan wujud antara firma
C. Harga ditentukan melalui kuasa pasaran
D. Motif pengeluaran adalah memaksimumkan keuntungan

5. Apakah faktor yang mempengaruhi peningkatan permintaan suatu barang?


A. Penurunan harga barang pengganti
B. Peningkatan kadar cukai pendapatan
C. Jangkaan harga barangan menurun pada masa depan
D. Peningkatan jumlah bantuan sara hidup oleh kerajaan

6. Rajah yang manakah menggambarkan berlakunya peningkatan harga faktor pengeluaran?


A.

B.

C.

D.
7. Rajah 2 berkaitan dengan keluk penawaran.

Rajah 2

Situasi yang manakah menyebabkan berlaku peralihan titik dari a ke b?

A. Peningkatan bayaran upah pekerja


B. Pengurangan cukai import oleh kerajaan
C. Jangkaan penurunan harga pada masa depan
D. Objektif firma adalah memaksimumkan jualan

8. Rajah 3 berkaitan dengan keseimbangan pasaran sarung tangan getah.

Rajah 3

Situasi yang manakah menyebabkan perubahan di atas?

A. Harga getah sintetik naik


B. Inovasi dalam pengeluaran
C. Kerajaan mengurangkan subsidi minyak petrol
D. Objektif pengeluar adalah untuk memaksimumkan keuntungan
9. Rajah 4 adalah keluk permintaan suatu barang.

Rajah 4
Berapakah nilai pekali keanjalan barang tersebut?
A. 0.44
B. 0.86
C. 1.17
D. 2.25

10. Jadual 1 menunjukkan pekali keanjalan harga permintaan bagi dua jenis barang.
Barang A Barang B
0.5 1.5
Jadual 1
Pernyataan yang manakah betul?
A. Harga Barang B perlu dinaikkan untuk meningkatkan jumlah hasil
B. Barang B responsif terhadap perubahan harga
C. Contoh Barang A adalah telefon bimbit
D. Nilai pekali Barang A adalah anjal

11. Rajah 5 menunjukkan sejenis keanjalan harga permintaan.

Rajah 5
Pernyataan yang manakah benar bagi menjelaskan rajah di atas?
A. Pekali keanjalan kurang daripada satu
B. Jenis barang adalah barang keperluan
C. Peningkatan harga 1% menyebabkan penurunan kuantiti lebih 1%
D. Peratus perubahan harga lebih besar berbanding peratus perubahan kuantiti
12. Rajah 6 adalah keluk permintaan suatu barang.

Rajah 6
Pernyataan yang manakah betul tentang rajah di atas?
A. Nilai pekali keanjalan ialah 1.5
B. Contoh barang adalah telefon bimbit
C. Harga dinaikkan untuk meningkatkan jumlah hasil
D. Permintaan barang lebih responsif terhadap perubahan harga

13. Rajah 7 merupakan keluk penawaran suatu barang.

Rajah 7
Pernyataan yang manakah betul?
A. Perubahan harga melebihi perubahan kuantiti
B. Keluk penawaran adalah tidak anjal
C. Berlakunya perubahan penawaran
D. Contoh barang adalah kamera

14. Tindakan bank pusat yang manakah dapat mengawal inflasi?


A. Meningkatkan kadar faedah simpanan
B. Menurunkan nisbah rizab berkanun
C. Membeli surat jaminan kerajaan
D. Melonggarkan syarat sewa beli
15. Padanan yang manakah betul?
Faktor Pemilihan Situasi
A. Jaminan kerja Aqil meletak jawatan sebagai kerani untuk menjalankan
perniagaan.
B. Kelayakan akademik Cik Zainab memilih kerja sebagai pramugari syarikat
penerbangan walaupun memiliki Diploma Kewangan.
C. Upah Ammar meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera di
syarikat pembinaan untuk menjawat jawatan pegawai
tadbir di Putrajaya.
D. Waktu bekerja Adibah seorang ibu tunggal kepada empat orang anak
menjalankan perniagaan batik secara dalam talian.

16. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan individu.


• Amran mengusahakan restoran dengan bantuan lima orang pekerja.
• Bangunan restoran dimiliki melalui pembiayaan MARA.
• Amran menerima imbuhan daripada peniaga kosmetik yang
menggunakan sebahagian ruang restorannya.
Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh Amran?
I. Sewa
II. Upah
III. Untung
IV. Faedah
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

17. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan ciri barang keperluan?
I. Tidak dipengaruhi oleh saiz pendapatan
II. Mempunyai pilihan barang yang pelbagai jenis
III. Dimiliki untuk mengamalkan gaya hidup masa kini
IV. Wujud campur tangan kerajaan dalam penentuan harga barang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

18. Pernyataan yang manakah betul tentang pengeluaran?


A. Fungsi pengeluaran jangka pendek merujuk kepada hubungan input tetap dengan
output dalam proses pengeluaran
B. Firma berupaya menyesuaikan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran dalam
jangka masa pendek
C. Input berubah mempunyai hubungan yang negatif dengan tingkat output
D. Input tetap boleh menjadi input berubah dalam jangka masa panjang
19. Fungsi pengeluaran dapat menunjukkan
A. Gabungan input yang cekap untuk mengeluarkan output
B. Penggunaan input berubah bermula pada pengeluaran sifar
C. Kombinasi input tetap dan input berubah dalam jangka panjang
D. Penambahan input tetap akan meningkatkan pengeluaran jangka pendek

20. Maklumat berikut berkaitan dengan harga dan kos bagi firma Aidil.
• Harga per unit RM200
• Kos Tetap RM100
• Kos Berubah Purata RM 20
Sekiranya output terjual adalah 50 unit, berapakah untung firma tersebut?
A. RM9 880
B. RM9 000
C. RM8 900
D. RM4 000

21. Syarikat Bas Pancaran Kilat telah membeli sebidang tanah berhampiran sebuah kampung
untuk menempatkan 20 buah bas. Apakah kos sosial yang terlibat?
A. Belanja operasi syarikat meningkat
B. Pertambahan gaji pengawal keselamatan
C. Kenaikan harga tanah di kawasan sekitar
D. Kesesakan aliran lalu lintas di kampung tersebut

22. Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kerajaan.


Kerajaan akan terus melaksanakan dasar fiskal mengembang bagi menyokong
agenda pembangunan negara.
Sumber : BH Online, Nov. 2018
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah betul dengan tindakan tersebut?
I. Melaksanakan projek mega
II. Pertambahan kos sara hidup
III. Peningkatan permintaan agregat
IV. Memperkenalkan cukai baharu dalam ekonomi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

23. Bagaimanakah kerajaan dapat mengawal eksploitasi pengguna melalui undang-undang


dan peraturan?
I. Menaikkan peruntukan subsidi
II. Menetapkan harga barang kawalan
III. Menguatkuasakan Akta Pencatutan
IV. Meningkatkan kadar cukai terhadap barang tertentu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
24. Pernyataan manakah betul tentang inflasi?
A. Inflasi tolakan kos berlaku pada tingkat guna tenaga penuh
B. Inflasi sederhana membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi
C. Inflasi tarikan permintaan disebabkan oleh penurunan nilai mata wang
D. Inflasi melampau menyebabkan pendapatan benar isi rumah meningkat

25. Apakah kesan inflasi sederhana terhadap ekonomi negara?


A. Peluang pekerjaan meningkat
B. Pendapatan boleh guna naik
C. Tabungan meningkat
D. Nilai import naik

26. Pernyataan yang manakah betul tentang dasar kewangan menguncup?


A. Boleh dilakukan melalui pembelian surat jaminan kerajaan
B. Dilaksana untuk mengatasi masalah inflasi dalam negara
C. Bertujuan menambah bekalan wang di pasaran
D. Berupaya meningkatkan kuasa beli pengguna

27. Pasangan yang manakah betul tentang dasar fiskal untuk mengawal inflasi?
Tindakan Keterangan
A. Menaikkan perbelanjaan Meningkatkan projek pembangunan
kerajaan
B. Meningkatkan cukai Menaikkan cukai pendapatan individu
C. Menaikkan perbelanjaan Meningkatkan permintaan agregat
kerajaan
D. Meningkatkan cukai Menaikkan kuasa beli

28. Apakah kepentingan perniagaan antarabangsa?


I. Pelaburan asing meningkat
II. Kadar pengangguran berkurangan
III. Mengekalkan sumber alam semula jadi
IV. Memelihara keistimewaan budaya masyarakat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

29. Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa.


Kesatuan Eropah meluluskan akta untuk menghalang minyak sawit daripada dilabelkan
sebagai bahan api yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2030 akibat kebimbangan
terhadap penebangan hutan.
Sumber : Ubahsuai Malaysiakini, 21 Okt. 2019
Apakah bentuk sekatan tersebut?
A. Larangan perdagangan ke atas negara tertentu
B. Kawalan pertukaran asing terhadap pengimport
C. Menetapkan had maksimum pengimportan sesuatu barang
D. Halangan produk kerana tidak mematuhi standard sesebuah negara
30. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan dasar ekonomi terbuka dalam
perdagangan antarabangsa?
I. Mengatasi masalah lambakan
II. Melindungi industri tempatan
III. Meningkatkan peluang pekerjaan
IV. Menggalakkan perkongsian pintar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

31. Antara berikut, yang manakah merupakan komponen akaun semasa?


I. Akaun perkhidmatan
II. Akaun kewangan
III. Akaun modal
IV. Akaun pendapatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

32. Jadual 2 menunjukkan butiran Akaun Semasa Malaysia pada tahun 2019.
Butiran RM Juta
Barang 116 167
Perkhidmatan -19 825
Pendapatan Primer -50 186
Pendapatan Sekunder -18 150
Jadual 2
Pernyataan yang manakah betul?
A. Imbangan akaun semasa mengalami deficit sebanyak RM28 006 juta
B. Nilai pembayaran RM cenderung naik melebihi penerimaan RM
C. Kadar pertukaran RM cenderung untuk meningkat
D. Kadar inflasi dalam negara cenderung menurun

33. Situasi yang manakah merujuk kepada permintaan Ringgit Malaysia?


A. Sebuah syarikat dari Jepun mengimport minyak sawit daripada Felda Plantation
B. PT Travel membawa 30 orang warga emas dari Shah Alam menunaikan umrah di
Makkah
C. SV Elektrik (Malaysia) Berhad mendapat bekalan komponen elektrik daripada China
D. Pelancong Malaysia menggunakan perkhidmatan Japan Airline dari Kuala Lumpur ke
Tokyo
Soalan 34 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah

34. I Keluk permintaan menunjukkan kuantiti diminta pada setiap tingkat harga.
II Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kanan ke kiri.

35. I Pendapatan boleh guna boleh digunakan untuk membeli barang tahan lama.
II Barang tahan lama melibatkan perbelanjaan kecil.

36. I Bayaran secara kredit menggalakkan pembeli berbelanja secara berhemah.


II Bayaran secara kredit menyukarkan pembeli mendapat perkhidmatan selepas jualan.

37. I Pengeluaran adalah suatu proses transformasi input kepada barang perantaraan atau
barang akhir.
II Pengeluaran menggabungkan pelbagai input tetap untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan.

38. I Produktiviti ialah keupayaan untuk meningkatkan jumlah output daripada sejumlah
input.
II Produktiviti dapat ditingkatkan melalui penggunaan pakar dari luar negara.

39. I Kos sosial merupakan eksternaliti negatif yang ditanggung oleh pihak ketiga.
II Contoh kos sosial ialah kesan pencemaran sungai kepada masyarakat akibat aktiviti
pembuangan sisa toksik.

40. I Tarif ad valerom ialah cukai import yang dihitung berdasarkan jumlah nilai barang import.
II Contoh tarif ad valerom ialah Kastam Diraja Malaysia mengenakan tarif sebanyak 20%
daripada jumlah nilai tayar import.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai