Garisan Sartan[1] (Jawi: ݢاريسن سرطان) ialah garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke utara. Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Jun di mana hemisfera utara Bumi paling condong ke arah Matahari.

Peta dunia menunjukkan Garisan Sartan

Garisan Sartan letaknya 23° 26' di utara khatulistiwa; ia berlawanan sama jarak dari kutub dengan Garisan Jadi di sebelah selatan Bumi.

Penamaan

sunting

Nama "Sartan" dalam garisan ini itu datangnya daripada bahasa Arab السرطانal-sarṭān iaitu nama lain suatu buruj yang turut dikenali dengan nama "Ketam", "Karkata" (Sanskrit: कर्कट karkaṭa) atau nama bahasa Latinnya "Cancer";[2][3] ruang di langit yang menempatkan buruj Ketam juga kedudukan Matahari semasa solstis bulan Jun yang diperhatikan suatu ketika dahulu sekitar 2000 SM.[4]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Carian Umum - Sartan". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2024-11-16.
  2. ^ Shaharir Mohamad Zain (2013), "Muncul-Lesapnya Konsep dan Istilah Asli Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu Sebelum Abad Kedua Puluh Masihi", Siri Wacana Keterlestaraian Ilmu Malayonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
  3. ^ Shaharir Mohamad Zain (2018). Terukirnya Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik Malayonesia. Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 48. ISBN 978-967-461-243-6.
  4. ^ Jordan, Cathy (20 Jun 2003). "What is the significance of the Tropic of Cancer, Tropic of Capricorn, Arctic Circle and Antarctic Circle?". Ask An Astronomer. Universiti Cornell.