Ḥanīf (Arab: حنيف, jamak ḥunafā' حنفاء) ialah perkataan Arab yang merujuk kepada agama tauhid pra Islam yang bukan Yahudi atau Kristian.[1] Atau lebih spesifiknya merujuk kepada bangsa Arab pra Islam sewaktu yakni pada zaman Jahiliyah (الجهل). Golongan yang mengikuti akidah tauhid Hanif ini merupakan golongan yang menolak syirik dan penyembahan kepada banyak tuhan selain Allah. Dalam pandangan Islam, Hanif merupakan suatu kesinambungan pengangan tauhid bagi Nabi Ibrahim a.s.[1] Namun begitu kebanyakan ilmuan agama Yahudi dan Kristian masih bertelingkar mengenai status agama tauhid Nabi Ibrahim sehinggalah ke hari ini.[2]

Etimologi dan sejarah

sunting

Mengikut terma atau frasa kat Arab, kata akar ḥ-n-f (hanif) bermaksud "ke arah peningkatan/meningkat, ke arah penolakan) bahasa Inggeris; to incline, to decline" (Lane 1893). Manakala dari kata akar frasa kata bahasa Syria ia juga turut membawa kepada penakrifan maksud yang sama. Hanīfiyyah merupakan hukum Nabi Ibrahim yang datangnya dari Allah; (the law of Abraham); kepada perkataan perbuatan (the verb taḥannafa) yang bermaksud “untuk berpaling dari berhala (to turn away from (idolatry)", atau dalam makna lainnya juga bermaksud untuk pengkhatanan “to become circumcised". Surah 3:27 Al-Quran pula juga menterjemahkannya sebagai orang yang jujur "upright person". Dan diluar maksud Al-Quran pula, taḥannafa membawa erti condong ke kanan menuju sebuah negara atau kecenderungan, bahasa Inggeris "to incline towards a right state or tendency".[2] Selain itu Hanīfiyyah juga memaparkan penggunaan kata ‘’pagan’’ yakni masyarakat tidak beragama bagi pandangan kaum Yahudi dan Kristian, serta penggunaan istilah Hanīfiyyah juga turut digunakan kepada para penganut agama kuno Hellenized Syro-Arabian dan turut digunakan bagi mencemuh zaman awalan perkembangan Islam. [3]

Hanif dalam Al-Quran

sunting

Istilah telah digunakan sebanyak 12 kali di dalam Al-Quran,; yakni lapan kali daripadanya merujuk kepada Nabi Ibrahim a.s. sebagai seorang yang digelar Al-Hanif. Sebelum kedatangan Islam dengan membawa Al-Quran, kaum Yahudi dan Kristian sering bertelingkar mengenai status agama Nabi Ibrahim a.s. yang sebenarnya.Namun begitu turunnya ayat Allah untuk menerangkan perihal agama Nabi Ibrahim serta pegangan Akidah Tauhidnya: Firman Allah SWT yang bermaksud:

  • "Wahai Ahli Kitab!(Yahudi dan Kristian) Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang(agama)Nabi Ibrahim,padahal Taurat(Torah) dan Injil (Gospel) tidak diturunkan melainkan kemudian(lewat)daripada (zaman)Ibrahim;patutkah(kamu berdegil sehingga)kamu tidak mahu menggunakan akal?"
  • "Ingatlah!Kamu ini orang-orang(bodoh),kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya(yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat),maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengan nya? Dan (ingatlah),Allah mengetahui(hakikat yang sebenarnya)sedang kamu tidak mengetahuinya."
  • "Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi,dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian,tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (Hanif)(yang mendengar dan patuh/taat serta berserah bulat-bulat kepada Allah),dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik(golongan yang menyekutukan Allah)."
  • "Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya)ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi(Muhammad)ini serta orang-orang yang beriman(umatnya umat Islam).Dan (ingatlah),Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang yang beriman."

Surah Ali-Imran(ayat 65-68)Al-Quran.

Senarai pengikut ajaran Hanif (sebelum seruan Rasulullah)

sunting
  • Aminah binti Wahab (Ibu Nabi SAW)

Manakala empat sahabat di Mekah yang pernah mengikuti ajaran Hanif mengikut rekod catatan dari Ibnu Ishaq:



  • Abdullah ibn Jahsh : asalnya pemeluk agama Islam, kemudia berhijrah ke Abyssinia atauHabsyah lalu memeluk agama Kristian. [2].

Penggunaan sebagai nama

sunting

Ḥanīf, (capitalized), juga pada kebiasaanya merujuk kepada kata ganti nama diri bahasa Arab, dimana penggunaannya banyak bergantung kepada definisi nilai kesusasteraan dan nilai kepuisian seperti kepercayaan yang benar "true believer" atau "righteous one". Nama Ḥanīf juga digunakan secara menyeluruh dalam dunia Islam termasuklah kepada kebudayaan lisan bukan Arab (non-Arabic speaking cultures).

Lihat juga

sunting
  1. ^ a b Hans, m/s. 29
  2. ^ Peters, m/s. 122-124
3. ^ a b c Watt, pg 117-119
4. ^ Kaltner, pg 87-91
5. ^ Peters, pg 106

Rujukan

sunting
  • Hawting G R 1999: The Idea of Idolatry and the Emergence of Islam: From Polemic to History, Cambridge University Press
  • Ambros Arne A & Procháczka Stephan 2004: A Concise Dictionary of Koranic Arabic", Reichert
  • Kochler, Hans (EDT),Concept of Monotheism in Islam & Christianity, I.P.O., Jan 1, 1982, ISBN 3-7003-0339-4
  • William Montgomery Watt, "Muhammad: prophet and statesman", Oxford University Press US, Jun 1, 1974 ,ISBN 0-19-881078-4
  • F. E. (Francis E.) Peters, "Muhammad and the Origins of Islam", SUNY Press, Jul 1, 1994, ISBN 0-7914-1875-8
  • John Kaltner, "Ishmael Instructs Isaac: An Introduction to the Qu'ran for Bible Readers", Liturgical Press, Oct 31, 1999, ISBN 0-8146-5882-2
  • Abd-Allah ibn Jahsh, The Free Dictionary, fat.