Pokok renek
Pokok renek atau belukar ialah tumbuhan berkayu secara hortikultur berbanding botani, dibezakan dengan pokok biasa dengan jumlah batangnya yang banyak dan lebih rendah, selalunya kurang daripada 5-6 m tinggi. Kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok renek ini selalunya digelar sebagai semak samun.