Waktu Universal Selaras
November 29, 2024 14:34:34 (UTC) (muat semula) |
Waktu Universal Selaras (Coordinated Universal Time, kependekannya UTC) merupakan waktu piawai berdasarkan jam atom kejituan tinggi. UTC merupakan sambungan Waktu Meridian Greenwich (GMT). Zon waktu di dunia semua dikira dari waktu UTC dengan menambah atau menolak masa mengikut kedudukan dari Greenwich, London. Contohnya, Waktu-Waktu Piawai Malaysia dan Singapura dikira sebagai UTC+8.
Versi terkini Waktu ini ditakrifkan suatu nasihat Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-R TF.460-6) bertajuk Standard-frequency and time-signal emissions[1] berdasarkan Waktu Atom Antarabangsa (TAI) di mana saat lompat (leap second) ditambahkan pada jarak waktu yang tidak menentu bagi mengimbangi waktu ini kepada peredaran Bumi yang diperlahankan.[2] Penambahan saat lompat ini penting untuk mengekalkan Waktu ini tepat dalam 0.9 saat mengikut waktu sejagat, iaitu UT1.[3]
Kegunaan
suntingWaktu ini digunakan dalam pelbagai piawaian Internet dan Jaringan Sejagat. Suatu sistem yang direka khas untuk menyelaraskan waktu komputer-komputer di seluruh Internet iaitu Protokol Masa Rangkaian, mengekodkan waktu-waktu ini menggunakan sistem waktu tersebut.[4] Pelayan komputer, perkhidmatan dalam talian serta entiti lain yang bergantung kepada waktu yang diterima secara universalnya menggunakan UTC yang lebih terperinci berbamding GMT. Para klien boleh mendapatkan waktu semasa terkini daripada pelayan internet UTC yang rasmi jika ketepatan yang dingini adalah terhad. Mereka yang inginkan ketepatan yang lebih sehingga ke mikrosaat pula boleh mendapatkan waktu sebenar daripada isyarat satelit.
UTC juga merupakan piawaian waktu yang digunakan dalam penerbangan,[5] misalnya untuk tujuan rancangan penerbangan dan kebenaran lalu lintas udara. Kesemua ramalan dan peta cuaca menggunakan piawaian ini untuk mengelakkan kekeliruan mengenai zon waktu dan waktu jimat siang. Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa turut menggunakan UTC sebagai piawaian waktunya.
Rujukan
suntingBibliografi
sunting- "Aviation Time". AOPA's Path to Aviation. Aircraft Owners and Pilots Association. 2006. Dicapai pada 17 Julai 2011.
- National Institute of Standards and Technology (18 January 2011). "Frequently asked questions (FAQ)". Dicapai pada 17 Julai 2011.CS1 maint: ref=harv (link)
- "How NTP Works". NTP: The Network Time Protocol. 28 Julai 2011. See heading "NTP Timescale and Data Formats".
- ITU Radiocommunication Assembly (2002). "Standard-frequency and time-signal emissions" (PDF). Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa. Dicapai pada 2 Ogos 2011.
- Jabatan Perkhidmatan Masa A.S (2016). "Leap Seconds". United States Naval Observatory. Dicapai pada 4 Jun 2017.
Pautan luar
sunting- Definisi Waktu Semesta Berkoordinat dalam undang-undang Jerman–ZeitG §1 (3)
- Waktu Hong Kong oleh Balai Cerap Hong Kong Diarkibkan 2008-06-24 di Wayback Machine
- Perkhidmatan Putaran Bumi Antarabangsa; senarai perbezaan antara TAI dan UTC dari 1961 hingga sekarang
- Waktu rasmi Amerika Syarikat dalam zon UTC Diarkibkan 2014-10-21 di Wayback Machine menggunakan Java.
- Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat: Sistem Waktu
- Spesifikasi W3C tentang Waktu dan Tarikh UTC dan Piawaian Internet RFC 3339 IETF, berdasarkan ISO 8601
- Waktu dan Tarikh
- Terkini, jam UTC sebenar di Time.is
- Definisi piawaian waktu: UTC, GPS, LORAN and TAI Diarkibkan 2015-03-17 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.