Pergi ke kandungan

De facto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 820251 pada 17:14, 2 Mei 2009 oleh CarsracBot (bincang | sumb.) (bot menambah: pt, ro, sl mengubah: ca, fa, sr)

De facto merupakan satu ungkapan Latin yang bermaksud "pada hakikatnya" atau "dalam amalan" tetapi tiada dalam undang-undang. Istilah ini berlawanan dengan de jure (yang bermaksud "di sisi undang-undang") apabila merujuk kepada hal ehwal undang-undang, pentadbiran, atau teknik (seperti piawaian). Semasa membincangkan suatu keadaan undang-undang, de jure menandakan apa yang dikatakan undang-undang, manakala de facto menandakan apa yang berlaku dalam amalan sebenar.

Istilah de facto juga boleh digunakan apabila tidak terdapat undang-undang atau piawaian yang berkenaan, namun terdapat amalan umum yang telah diterima, walaupun bukan sejagat.

Rujukan

Lihat juga