Pergi ke kandungan

Gereja Ortodoks Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Gereja Kristian Orthodoks Timur)
Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Gereja Kristian Ortodoks Timur atau Kristian Ortodoks adalah salah satu mazhab dalam agama Kristian, dan merupakan kedua terbesar di dunia selepas Gereja Katolik Rom. Ia aliran Kristian kedua terbesar di dunia[a][1][2] dianggotai 300 juta penganut dibaptiskan di seluruh dunia banyak tinggal di Rusia, Yunani, Eropah Timur dan Timur Tengah sampai sejauh Jepun dan Indonesia; ia banyak mempengaruhi sejarah dan budaya sepanjang zaman rantau-rantau ini.[3]

Aliran ini ditadbir secara mengumpulkan seberapa gereja yang swakepala dikerusikan uskup dilantik sinod,[4] uskup-uskup ini tiada wewenang kuasa yang setaraf Paus menguasai Gereja Katolik namun Paus Katolik tetap dianggap penghulu paling kanan tapi sama taraf dalam kalangan ketua gereja Kristian (primus inter pares) menurut Patriak Sarwabangsa Kustantiniyah.[5][6][7][8]

Maksud Ortodoks

[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya penganut Kristian merujuk Gereja (agama) mereka sebagai "Satu, Suci, Katolik (daripada perkataan Greek καθολική, atau sejagat) dan Gereja Hawariyun". Akan tetapi berlaku Perpecahan Timur-Barat pada abad ke-11 yang menyaksikan Gereja Ortodoks Timur berpisah daripada Gereja Katolik dan pihak berkuasa di Rom.

Istilah "Ortodoks" diterjemahkan daripada perkataan Greek yang bermaksud "mempercayai dengan betul" atau "memuliakan Tuhan dengan betul" (daripada adjektif orthos = benar dan kata kerja dokeo = Saya percaya atau kata nama doxa = mulia) dan diguna pakai oleh Gereja ini untuk membezakannya dengan mazhab Kristian yang lain.

Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut ritual dari pengaruh gereja Byzantine. Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah iaitu Baitulmaqdis, Alexandria, Antioch, Rom dan Konstantinople mengikuti ajaran Kristian yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya Empayar Rom di barat kepada bangsa Jerman mengakibatnya terputusnya komunikasi antara gereja di Rome dan gereja di timur (Baitulmaqdis, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).

Pada tahun 1054, utusan Paus Rom ke Konstantinople mengucilkan (excommunicate) Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa. Kedua-dua gereja mendakwa mereka di pihak yang benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian dengan kedua-dua gereja memisahkan diri mereka.

Apa yang menyatukan mazhab ini ialah teologinya, walaupun terdapat variasi gaya yang bergantung kepada negara asal dan adat tempatan. Adat tempatan ini dipanggil perbezaan dalam tipika dan diterima oleh pemimpin gereja kerana ia tidak dilihat sebagai bertentangan secara teologinya dengan ajaran asas Gereja Ortodoks Timur.

Oleh itu kita boleh melihat banyak Gereja Ortodoks Timur mengambilpakai gelaran kebangsaan seperti Ortodoks Yunani, Ortodoks Rusia, Ortodoks Romania, Ortodoks Serbia dan sebagainya. Gelaran ini berfungsi membezakan bahasa, uskup dan tipika mana yang diikuti oleh jemaah tertentu. Jemaah Gereja selalunya bersatu dalam kepercayaan tanpa mengira kerakyatan. Perbezaan selalunya sedikit dan ia melibatkan aturan gita puja yang dinyanyikan atau semasa kebaktian tertentu dibuat. Pada umumnya, pengikut Kristian Ortodoks Timur boleh berjalan ke seluruh dunia dan masih mengikuti kebaktian yang sama dilakukan setiap hari Ahad walaupun mereka tidak faham bahasa yang digunakan.

  1. ^ Protestantism, as a whole, is not a single church, and not a single denomination
  1. ^ Johnson, Todd M. "Status of Global Christianity, 2019, in the Context of 1900–2050" (PDF). Center for the Study of Global Christianity.
  2. ^ Parry, Ken; Melling, David J.; Brady, Dimitri; Griffith, Sidney H.; Healey, John F., penyunting (1 September 2017) [1999]. "Eastern Orthodox". The Blackwell Dictionary of Eastern Christianity. Oxford, UK: Blackwell Publishing Ltd. m/s. 170. doi:10.1002/9781405166584. ISBN 978-1-4051-6658-4. The Eastern Orthodox are the second largest Christian communion, exceeded in members only by the Roman Catholic communion.
  3. ^ Ware 1993, m/s. 8.
  4. ^ "BBC – Religions – Christianity: Eastern Orthodox Church". BBC.
  5. ^ "The Patriarch Bartholomew". 60 Minutes. CBS. 20 December 2009. Dicapai pada 26 June 2021.
  6. ^ "Biography – The Ecumenical Patriarchate". Ecumenical Patriarchate. Dicapai pada 11 December 2019.
  7. ^ Winfield, Nicole; Fraser, Suzan (30 November 2014). "Pope Francis Bows, Asks For Blessing From Ecumenical Patriarch Bartholomew In Extraordinary Display Of Christian Unity". Huffington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2016. Dicapai pada 11 December 2019.
  8. ^ Finding Global Balance. World Bank Publications. 2005. m/s. 119. Dicapai pada 2 August 2015. His All Holiness is the spiritual leader of 300 million Orthodox Christians worldwide
Sumber
  • Pogadaev, V. A. "The Orthodox Church in Indonesia". in Nusantara. South-East Asia. Collection of Materials. Vol. 3. St-Petersburg, 2002, p. 89-91.