Gianluca Gaetano
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Gianluca Gaetano | ||
Tarikh lahir | 5 Mei 1995 | ||
Tempat lahir | Cimitile, Itali | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
Nombor | 70 | ||
Kerjaya remaja | |||
2005–2011 | ASD Future Boys di Cimitile | ||
2011–2019 | Napoli | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2019– | Napoli | 2 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015 | Itali B15 | 2 | (0) |
2015 | Itali B16 | 6 | (1) |
2016 | Itali B17 | 2 | (0) |
2018 | Itali B19 | 2 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Julai 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Julai 2019 |
Gianluca Gaetano (sebutan bahasa Itali: [dʒanˈluːka ɡaeˈtaːno]; lahir Mei 5 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Itali 0 beraksi di posisi pemain tengah menyerang untuk kelab Itali, Napoli. Beliau merupakan pemain lepasan akademi Napoli dan telah menyertai kelab itu sejak tahun 2011. Beliau merupakan pemain termuda dalam sejarah kelab yang pernah menandantangani kontrak profesional bersama Napoli iaitu semasa beliau berusia 16 tahun.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Gianluca Gaetano telah dilahirkan dan dibesarkan di Cimitile, Napoli. Beliau telah dilahirkan dalam keadaan keluarga yang aktif dalam sukan. Abangnya, Felice Gaetano merupakan pemain bola sepak yang juga pemain akademi Napoli. Beliau mempunyai dua orang sepupu iaitu Michele Peluso dan Felice Raiola yang juga merupakan pemain bola sepak.[1]
Sebagai seorang peminat setia Napoli, Gaetano menyertai kelab itu sejak berusia 11 tahun dan menyimpan impian untuk menjadi kapten pasukan Napoli suatu hari nanti.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Gaetano telah memulakan kariernya bersama kelab setempat, ASD Future Boys di Cimitile ketika beliau berusia lima tahun. Bahkan, beliau bermain bersama dengan abangnya, Felice di kelab tersebut. Pada tahun 2011, mereka berdua telah menyertai akademi Napoli.[2]
Semasa musim 2017–18, Gaetano telah menjaringkan 17 gol dan mencipta 14 hantaran kepada jaringan gol lain sepanjang kejohanan apabila beliau membentuk barisan serangan mantap bersama dengan rakan sepasukannya, Ciro Palmieri.
Ketika musim 2018–19, Gaetano telah menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan Liga Remaja UEFA apabila beliau beraksi menentang pasukan-pasukan terkemuka Eropah. Beliau menjaringkan gol sulungnya ketika menentang Liverpool yang berkesudahan seri 1–1. Beliau turut telah menjaringkan hatrik ketika menentang Red Star Belgrade yang menyaksikan Napoli menang 5-3.
Beliau telah menjadi kapten pasukannya dan berhasil menjaringkan 22 gol dan mencipta lapan hantaran kepada jaringan golnya dalam semua kejohanan. Prestasinya yang begitu menonjol telah membolehkan beliau untuk dipanggil oleh jurulatih skuad senior Napoli, Carlo Ancelotti dan diberi peluang untuk melakukan penampilan sulung untuk skuad senior.
Napoli
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2016, Gaetano telah menjadi pemain termuda yang pernah menandantangani kontrak profesional bersama Napoli semasa beliau baru berusia 16 tahun.[3] Gaetano telah melakukan kemunculan sulungnya untuk Napoli ketika perlawanan Coppa Italia menentang Sassuolo pada 13 Januari 2019 yang berkesudahan Napoli menang 2–0.[4]
Pada 12 Mei 2019, beliau telah dipanggil oleh jurulatih Carlo Ancelotti untuk diberi peluang melakukan penampilan sulungnya di Serie A menentang S.P.A.L. Namun, ia disusuli oleh insiden neneknya, Gaetano telah diserang sakit jantung ketika dia meraikan pencapaian cucunya itu.[5][6]
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 25 Mei 2019[7]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Napoli | 2018–19 | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 |
2019–20 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
Jumlah | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | |
Jumlah kerjaya | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Staff, Editorial (5 July 2016). "The Brothers Sign for Napoli - In Italian Language". ilgiornalelocale. Dicapai pada 5 July 2016.
- ^ Andrea Cardone (27 November 2014). "Storie dal Sud: Gianluca Gaetano, la fantasia al potere nei Giovanissimi del Napoli". www.iamnaples.it.
- ^ Giacometti, Pasquale (28 November 2018). "Gianluca Gaetano, brilla la stella della Primavera del Napoli!".
- ^ "Partita Coppa Italia - napoli-sassuolo - La Gazzetta dello Sport". www.gazzetta.it.
- ^ Gordan, Jamie (14 May 2019). "'I LOVE YOU' Napoli starlet Gianluca Gaetano's gran dies as she celebrates his first-team debut". The Sun. London. Dicapai pada 14 May 2019.
- ^ Winehouse, Amatai (14 May 2019). "You will always be with me in my heart': Napoli starlet Gianluca Gaetano's grandmother DIES as she celebrates his debut for the first team". Dailymail. Dicapai pada 14 May 2019.
- ^ Biodata Gianluca Gaetano di Soccerway