Pergi ke kandungan

Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia (Cina ringkas: 马来西亚华语规范理事会Cina tradisional: 馬來西亞華語規範理事會pinyin: Mǎláixīyà Huáyǔ Guīfàn Lǐshìhuì), dengan singkatan Yufan (Bahasa Cina: pinyin: Yǔfàn) merupakan badan yang mengawal selia penggunaan bahasa Cina di Malaysia. [1]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Terdapat kira-kira 7.2 juta orang Cina di Malaysia (26% daripada jumlah penduduk). Penggunaan bahasa Cina dikekalkan menerus pendidikan vernakular bahasa Cina. Pelbagai dialek Bahasa Cina juga digunakan.

Kebanyakan orang Cina Malaysia menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah vernakular yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Pada tahap sekolah menengah, terdapat pelajar yang memilih untuk belajar di Sekolah Persendirian Cina.

Media bahasa Cina juga berkembang pesat di Malaysia. Sin Chew Jit Poh merupakan surat khabar yang paling banyak diedarkan berbanding dengan surat khabar lain di Malaysia.[2] Berita bahasa Cina juga disiarkan oleh stesen television negara seperti TV2 dan Bernama TV, dan stesen swasta seperti TV3, ntv7 dan 8TV.

Tulisan Cina ringkas juga digunakan di Malaysia.

Pada 1997, Malaysia mengadakan Seminar tentang Pengajaran Bahasa Cina di Asia Tenggara, selepas ahli-ahli pakar bahasa Cina di Malaysia bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Kerja Pembakuan Bahasa Cina, yang merupakan pendahulu Yufan. Jawatankuasa tersebut mengandungi ahli daripada organisasi-organisasi masyarakat. Ia dibubarkan pada tahun 2003.

Untuk membakukan penggunaan bahasa Cina oleh media bahasa Cina di Malaysia, Kementerian Maklumat membentuk Majlis Pembakuan pada 12 Februari 2004.

Majlis tersebut menyatakan bahawa misinya adalah untuk "menggalakkan penggunaan bahasa Cina baku, termasuk nama terjemahan, fonetik, tatabahasa, istilah dan teks, tanpa mengehadkan penggunaan dialek bahasa Cina." Majlis ini mengandungi 6 bahagian yang mengawal enam aspek bahasa: penterjemahan, maklumat, fonetik, tatabahasa, perkataan dan penulisan dan penerbitan.

Ahli Majlis mengandungi wakil daripada Kementerian Pelajaran, Persatuan Terjemahan dan Penulisan Kreatif, Gabungan Pertubuhan Cina (Huazhong), sektor pendidikan bahasa Cina swasta, Kementerian Perumahan, surat khabar bahasa Cina, stesen radio bahasa Cina dan universiti awam.[3]

Pengerusi

[sunting | sunting sumber]

Yang berikut merupakan senarai pengerusi majlis bermula dari tahun 2004:[1]

  1. Donald Lim Siang Chai, sebagai Timbalan Menteri Maklumat (2004–2006)
  2. Hon Choon Kim, sebagai Timbalan Menteri Pelajaran (2006–2009)
  3. Wee Ka Siong, sebagai Timbalan Menteri Pelajaran (2009–sekarang)
  1. ^ a b "马来西亚华语规范理事会简介" (dalam bahasa Cina). Yufan. Dicapai pada 2011-05-22.
  2. ^ "The ABC Report: Circulation Figures for the period ending 30 June 2010" (PDF). Audit Bureau of Circulations Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-04-09. Dicapai pada 2011-05-24.
  3. ^ "2010-2013年理事会委员阵容" (dalam bahasa Cina). Yufan. Dicapai pada 2011-05-22.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]