Pergi ke kandungan

Presiden Timor Leste

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden
Republik Demokratik Timor Leste
Portugis: Presidente da República
Tetum: Prezidente Republika
Penyandang
José Ramos-Horta
sejak 20 Mei 2022
GelaranHis Excellency
StatusKetua negara
Bidang kuasaTimor Leste Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanNicolau Lobato Presidential Palace
PusatDili
Dilantik olehPilihan raya presiden
Tempoh jawatan5 tahun
Diperbaharui sekali sahaja[1]
Surat cara pembentukanPerlembagaan Timor Leste
PeloporGabenor Timor Leste
Dibentuk28 November 1975
20 May 2002
Pemegang pertamaFrancisco Xavier do Amaral
Xanana Gusmão
Gaji30,000 USD (tahunan)[2]
Tapak webpresidenciarepublica.tl Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Timor Leste

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Timor Leste



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Presiden Timor Leste, secara rasminya Presiden Republik Demokratik Timor Leste (Bahasa Portugis: Presidente da República Democrática de Timor-Leste, Tetum: Prezidente Republika Demokratika Timor-Leste), ialah ketua negara di Timor Leste, yang dipilih oleh rakyat untuk tempoh lima tahun. Presiden adalah ketua ex officio Majlis Negara Timor Leste. Presiden juga mempunyai kuasa eksekutif yang terhad. Presiden boleh melaksanakan veto terhadap undang-undang negaranya. Selepas pilihan raya, presiden biasanya melantik ketua parti majoriti atau gabungan majoriti sebagai Perdana Menteri. Sebagai ketua kerajaan, perdana menteri akan mengetuai kabinet. Selain itu, presiden juga merupakan komander tertinggi Angkatan Pertahanan Timor Leste.

Presiden Timor Timur semasa perang kemerdekaan

[sunting | sunting sumber]
No. Potret Nama
(Lahir-Mati)
Pilihan raya Tempoh pentadbiran Parti politik Gabungan politik
Memulakan jawatan Meninggalkan jawatan Tempoh mentadbir
1 Francisco Xavier do Amaral
(1939–2012)
28 November 1975 7 Disember 1975 9 hari Fretilin Marxist
2 Nicolau dos Reis Lobato
(1946–1978)
7 Disember 1975 31 Disember 1978 3 tahun, 24 hari Fretilin Marxist

Presiden Timor Leste selepas kemerdekaan

[sunting | sunting sumber]
No. Potret Nama
(Lahir-Mati)
Pilihan raya Tempoh menjawat Parti politik
Memulakan jawatan Meninggalkan jawatan Tempoh mentadbir
3 Xanana Gusmão
(l. 1946)
2002 20 Mei 2002 20 Mei 2007 5 tahun, 0 hari Bebas
4 José Ramos-Horta
(l. 1949)[a]
2007 20 Mei 2007 20 Mei 2012 5 tahun, 0 hari Bebas
Vicente Guterres
(l. 1956)
Interim
11 Februari 2008 13 Februari 2008 2 hari CNRT
Fernando de Araújo
(1962–2015)
Interim
13 Februari 2008 17 April 2008 64 hari PD
5 Taur Matan Ruak
(l. 1956)
2012 20 Mei 2012 20 Mei 2017 5 tahun, 0 hari Bebas
6 Francisco Guterres
(l. 1954)
2017 20 Mei 2017 20 Mei 2022 5 tahun, 0 hari Fretilin
7 José Ramos-Horta
(l. 1949)
2022 20 May 2022 Penyandang 2 tahun, 192 hari CNRT

Pilihan raya terkini

[sunting | sunting sumber]

Pusingan pertama pilihan raya telah diadakan pada 19 Mac 2022, namun kedua-dua calon gagal memperoleh sekurang-kurangnya 50% undian. Oleh itu, pusingan kedua pilihan raya diadakan pada 19 April 2022. Pertandingan antara José Ramos-Horta, bekas presiden, dan penyandang presiden Francisco Guterres diteruskan. Dalam pusingan ini, Ramos-Horta menerima 62.09% undi dan berjaya menewaskan Guterres, yang menerima 37.91% peratus undi.[3]

  1. ^ Menjawat dari 11 Februari to 17 April 2008.
  1. ^ "Constitution of the Democratic Republic of Timor-Leste", Section 75.3: "The President of the Republic's term of office may be renewed only once."
  2. ^ "REPÚBLICA DEMOCRÁTICA DE TIMOR-LESTE - Jornal da República". www.mj.gov.tl.
  3. ^ ."Ramos-Horta wins Timor-Leste presidential election" 20 April 2022. p. 1. Dicapai pada 20 April 2022.