Abbas bin Abdul Muttalib

‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib (Arab: العباس بن عبد المطلب) (sek. 566 – sek. 653 M) adalah bapa saudara dan sahabat Nabi Muhammad s.a.w., cuma beberapa tahun lebih tua daripada baginda. Seorang saudagar kaya, beliau membantu melindungi baginda di awal penyebaran Islam di Makkah, namun cuma memeluk Islam selepas Perang Badar pada 2 H. Keturunannya mengasaskan Kerajaan Bani Abbasiyyah pada 750 M.[1]

Beliau berkahwin dengan Lubabah binti al-Harith dan mendapat dua orang anak, Abdullah dan Fadl.

Rujukan

sunting
  1. ^ Huston Smith, Cyril Glasse (2002), The new encyclopedia of Islam, Walnut Creek, CA: AltaMira Press, ISBN 0759101906