Pergi ke kandungan

Jean-François Pilâtre de Rozier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jean-François Pilâtre de Rozier
Kelahiran(1754-03-30)30 Mac 1754
Meninggal dunia15 Jun 1785(1785-06-15) (umur 31)
WarganegaraPerancis
Kerjaya saintifik
BidangKimia, Fizik

Jean-François Pilâtre de Rozier (30 Mac 1754 – 15 Jun 1785) ialah seorang guru kimia dan fizik berbangsa Perancis yang merupakan salah seorang perintis dalam bidang penerbangan. Beliau dan Marquis d'Arlandes membuat penerbangan belon tanpa penambak yang pertama pada 21 November 1783 dalam sebuah belon Montgolfier. Beliau kemudianya meninggal dunia apabila belonnya terhempas dekat Wimereux di Pas-de-Calais semasa cuba untuk terbang menyeberangi Selat Inggeris. Pilâtre dan temannya, Pierre Romain, menjadi mangsa kemalangan udara pertama diketahui.