Pergi ke kandungan

Kasa dawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kasa dawai 15x15 cm

Kasa dawai adalah lembaran logam yang nipis yang mempunyai corak seperti kain kasa atau dawai. Kasa dawai akan diletakkan di atas cincin sokongan yang dipasang pada kaki retort antara pembakar Bunsen dan peralatan kaca untuk menyokong bikar, termos, atau barang kaca lain semasa pemanasan.[1][2]

Beberapa kasa dawai mempunyai pusat seramik.[3] Kasa dawai yang kosong dapat menyebarkan haba dengan cekap, tetapi kain kasa dengan pusat seramik juga membolehkan haba tersebar lebih sekata.[3] Seramik di tengah kasa dawai dimasukkan pada tekanan tinggi untuk mengelakkannya mengelupas.[4]

Kegunaan kasa dawai

Kasa dawai adalah alat sokongan yang penting di dalam makmal kerana peralatan kaca tidak boleh dipanaskan secara langsung dengan api oleh pembakar Bunsen, dan memerlukan penggunaan kain kasa untuk menyebarkan haba yang panas dan juga membantu melindungi barang daripada pecah belah. Peralatan kaca mesti rata untuk tetap berada di atas kasa dawai.[5]

Kasa dawai boleh ditenun dari logam seperti besi,[4] keluli,[6] tembaga,[7] atau nikrom.[8] Nikrom memberikan jangka hayat jangka panjang dan ketahanan daripada koyak.[4][8] Tepi kasa dawai dipusingkan/dilipat ke dalam untuk membantu mencegah kerosakan,[4] meningkatkan pengendalian, dan mengurangi bahaya dari hujung dawai yang agak tajam.

Pelbagai saiz kasa dawai

Kasa dawai yang berpusat seramik biasanya terdapat di Amerika Syarikat dalam bentuk persegi 4 inci (100 mm), 5 inci (130 mm), dan 6 inci (150 mm)[5] untuk menampung pelbagai jenis peralatan kaca.

  1. ^ "Laboratory Equipment > Supports". www.mreisley.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-02-05.
  2. ^ "Chemistry Lab Equipment". crescentok.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-18. Dicapai pada 2016-02-05.
  3. ^ a b "What Is Wire Gauze? (with pictures)". wiseGEEK. Dicapai pada 2016-02-11.
  4. ^ a b c d "Iron Wire Gauze with Ceramic | VWR". us.vwr.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-11. Dicapai pada 2016-03-06.
  5. ^ a b "CR Scientific: Catalog: Chemistry: Laboratory Wire Gauze with Ceramic Center". www.crscientific.com. Dicapai pada 2016-03-06.
  6. ^ "Wire Gauze Squares, Steel, 4" x 4"". Flinn Scientific. Dicapai pada 12 August 2018.
  7. ^ "Wire Gauze Mat - Bunsen Burner, circa 1910". Museums Victoria Collections. Dicapai pada 12 August 2018.
  8. ^ a b "Wire Gauze Squares, Nichrome, 4" x 4"". www.flinnsci.com. Dicapai pada 2016-03-06.