Pergi ke kandungan

Kembang emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kembang emas
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Asterales
Keluarga: Asteraceae
Subkeluarga: Asteroideae
Genus: Tagetes
Spesies:
T. erecta
Nama binomial
Tagetes erecta
Sinonim[1]
Senarai
  • Tagetes corymbosa Sweet
  • Tagetes ernstii H.Rob. & Nicolson
  • Tagetes excelsa Soule
  • Tagetes heterocarpha Rydb.
  • Tagetes major Gaertn.
  • Tagetes patula L.
  • Tagetes remotiflora Kunze
  • Tagetes tenuifolia Millsp.

Kembang emas, kembang mas (nama botani: Tagetes erecta)[2][3] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Tagetes yang tumbuh asli di Mexico, di negeri-negeri México, Michoacán, Puebla, dan Veracruz. Ia ditanam di kawasan-kawasan beriklim tropika dan sederhana pada masa kini.[2]

Pokok kembang emas jenis tumbuhan herba yang tumbuh tegak mencapai ketinggian 30–110 sm. Daun-daunnya jenis terbahagi seperti tulang ikan, setiap daun terdiri daripada 11 hingga 17 helai anak daun berbentuk mata lembing disusun selang-seli atau bertentangan.[2][4]

Kuntum bunga kembang emas.

Bunganya muncul dari tangkai induk yang berukuran 15 sm panjang. Setiap kuntum bunganya terdiri daripada 150–250 ranggi halus panjangnya 8–10 mm; semua ranggi ini dikelompokkan menjadi sari dalam cakera berwarna kuning, kuning limau, jingga hingga merah. Cakera-cakera kuntum ini berukuran garis pusat 5–10 sm.[2][5]

Buahnya aken 7–10 mm panjang, berkulit licin atau berbulu sedikit di hujungnya.[5]

Perubatan

[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini digunakan untuk membunuh parasit usus dan cacing.[6] Ia juga boleh merawat selsema, bronkitis dan hidung tersumbat selain juga masalah sakit puan (ginekologi).[7]

Kuntum bunganya boleh dimakan, ia ditambahkan pada salad. Ia juga kaya dengan karotenoid dan digunakan untuk membuat pewarna makanan.[8]

  1. ^ "Tagetes erecta L." World Flora Online. World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  2. ^ a b c d Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 38, 150–151. ISBN 9789676118929.
  3. ^ Tagetes erecta. Sistem Maklumat Biokepelbagaian (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/55568. [Didapat kembali 21 Jun 2023].
  4. ^ Rzedowski, J.; Rzedowski, G.C. (2005). Fanerogamic Flora of the Valley of Mexico. II (ed. pertama). Bandar Raya Mexico: National School of Biological Sciences, IPN, Institute of Biology.
  5. ^ a b Vázquez-García, L. M.; Víveros-Farfán, I. M. G.; Salomé-Castañeda, E. (2002). "Cempasúchil (Tagetes spp.)". Ornamental Phytogenetic Resources of Mexico. Universiti Negeri Mexico: 28–67.
  6. ^ Piña-Vázquez, DM; Mayoral-Peña, Z; Gómez-Sánchez, M; Salazar-Olivo, LA; Arellano-Carbajal, F (18 April 2017). "Anthelmintic effect of Psidium guajava and Tagetes erecta on wild-type and Levamisole-resistant Caenorhabditis elegans strains". Journal of Ethnopharmacology. 202: 92–96. doi:10.1016/j.jep.2017.03.004. PMID 28286043.
  7. ^ Prinz, E. (2009). Dyeing plants - Instructions for dyeing, use in culture and medicine. Stuttgart: Verlag Schweizerbart. m/s. 53. ISBN 978-3-510-65258-7.
  8. ^ Heuzé, V.; Tran, G.; Hassoun, P.; Lebas, F. (2017). "Mexican marigold (Tagetes erecta)". Feedipedia. INRA, CIRAD, AFZ dan FAO. Dicapai pada 24 Ogos 2022.