Pergi ke kandungan

Majlis Kuno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Tetua
Conseil des Anciens
Jata
Lambang Majlis Tetua
Republik Perancis Pertama
Jenis
Jenis
Sejarah
Dibubarkan10 November 1799
Didahului oleh
Sidang Kebangsaan Perancis (ekadewan)
Diikuti oleh
Senat Empayar
Struktur
Ahli250
Tempat persidangan
Salle du Manège, rue de Rivoli, Paris
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Bouquerot de Voligny (1755-1841) di dalam seragamnya sebagai ahli Majlis Tetua. Dari (Muzium Revolusi Perancis).
Majlis Tetua ketika bersidang.

Majlis Tetua (bahasa Perancis: Conseil des Anciens pinjam terjemah Senatus "orang tua-tua"[1]) adalah dewan perundangan Perancis di bawah era Perlembagaan Tahun III, dalam tempoh yang biasa dikenali sebagai Perarahan (Directoire), dari 22 Ogos 1795 hingga 9 November 1799, kira-kira separuh kedua tempoh yang umumnya dirujuk sebagai Revolusi Perancis.

Majlis Tetua adalah bertaraf senior dari kedua-dua bahagian sistem perundangan republikan. Para anggota terdiri dari 250 orang yang boleh menerima atau menolak undang-undang yang dikemukakan oleh dewan bawah Direktori, Majlis Lima Ratus (Conseil des Cinq-Cents). Setiap ahli perlu berumur sekurang-kurangnya empat puluh tahun, dan satu pertiga daripada mereka akan diganti setiap tahun. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, tetapi apa-apa usul yang mereka tolak tidak dapat diperkenalkan semula sekurang-kurangnya dalam setahun.[2]

Selain berfungsi sebagai badan perundangan, Para Tetua memilih lima orang Direktor, yang bersama-sama memegang kuasa eksekutif, dari senarai nama yang dikemukakan oleh Majlis Lima Ratus. Majlis Tetua mempunyai pakaian seragam rasmi tersendiri, dengan jubah, mantel dan topi, sama seperti seragam ahli Majlis Lima Ratus dan para Direktor.[3][4] Di bawah perlembagaan Thermidorean, seperti yang dikatakan oleh Boissy d'Anglas, Majlis Lima Ratus menjadi imajinasi Republik, dan Majlis Tetua dari asbabnya.[5][6]

Kepimpinan

[sunting | sunting sumber]

Senarai Presiden Majlis

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "sēnātōr (senatus)". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 780. "2. anggauta madjelis; orang tua-tua."
  2. ^ Paul R. Hanson, Contesting the French Revolution, John Wiley & Sons 2009 p.131
  3. ^ http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/btv1b6953456x diakses 30/4/2017
  4. ^ https://chrhc.revues.org/4768#tocfrom3n5 diakses 30/4/2017
  5. ^ https://hal-amu.archives-ouvertes.fr/hal-01367516/document diakses 30/4/2017
  6. ^ http://books.openedition.org/pur/19748?lang=fr diakses 30/4/2017