Orang Ionia
Siri Sejarah Yunani | |
---|---|
Tamadun Aegea | Sebelum 1600 SM |
Yunani Mykenai | k.k. 1600–1200 SM |
Zaman Kelam Yunani | k.k. 1200–800 SM |
Yunani Purba | 776–323 SM |
Keyunanian | 323–146 SM |
Yunani Rom | 146 SM–330 |
Kerajaan Byzantion/Byzantium | 330–1453 |
Yunani Uthmaniyah | 1453–1832 |
Yunani moden | Selepas 1832 |
Mengikut topik | |
Bahasa Yunani | Kesusasteraan |
Sejarah ketenteraan | Nama-nama Yunani |
Orang Ionia (Yunani: Ἴωνες , Íōnes, tunggal Ἴων , Íōn) merupakan satu daripada empat puak besar yang orang Yunani menganggap diri mereka terbahagi kepada semasa zaman purba; tiga yang lain ialah orang Doria, Aeolia, dan Akhaia.[2] Dialek Ionia ialah salah satu daripada tiga pecahan bahasa utama dunia Yunani, bersama-sama dengan dialek Doria dan Aeolia.
Apabila merujuk kepada penduduk, "Ionia" merangkumi beberapa kaum di Yunani zaman klasik. Dalam erti paling sempit, perkataan ini merujuk wilayah Ionia di Asia Kecil. Dalam erti yang lebih luas, ia boleh digunakan untuk memerikan semua penutur dialek Ionia, yang selain daripada orang di Ionia juga termasuk orang Yunani di Euboea, Kyklades, dan banyak bandar yang diasaskan oleh peneroka-peneroka dari Ionia. Akhir sekali, dalam erti yang paling luas ia boleh memaksudkan semua orang yang bertutur bahasa-bahasa kumpulan Yunani Timur, yang termasuk Attika.
Mitos dari zaman Klasik mengatakan bahawa orang Ionia dinamakan sempena Ion, anak lelaki Xuthus, yang tinggal di utara wilayah Peloponnesos di Aigialeia. Sewaktu orang Doria menyerang orang Peloponnesos, mereka mengusir sekali orang Akhaia dari Argolis dan Lakedaemonia. Orang Akhaia kemudian berpindah ke Aigialeia (mula dari itu dikenali sebagai Akhaia), mengusir orang Ionia pula dari Aigialeia.[3] Orang Ionia berpindah ke Attika dan bercampur dengan penduduk Attika, dan bertahun-tahun kemudian berhijrah ke pesisir Anatolia dan mengasaskan wilayah Ionia. Menurut Herodotus, semua orang Ionia tinggal di Anatolia tanpa perempuan dan berkahwin dengan orang Caria di situ.[4]
Berbeza dengan orang Doria yang sederhana dan memfokuskan ketenteraan, orang Ionia terkenal dengan perasaan cinta mereka terhadap falsafah, seni, demokrasi dan kenikmatan—sifat-sifat Ionia yang paling terkenal diungkapkan oleh orang Athens.[5][halaman diperlukan][memerlukan petikan untuk diperiksa] Pusat pengajian falsafah Ionia, berpusat di Miletus, dicirikan dengan fokus pada menjelaskan fenomena semula jadi tanpa kaitan dengan makhluk ghaib dan mencari penjelasan rasional untuk alam semesta, memberikan asas kepada penyiasatan ilmiah dan pemikiran rasional dalam falsafah Barat.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Etimologi perkataan ωνες atau Ἰᾱ́ϝoνες tidak pasti.[6] Frisk mengasingkan akar yang tidak diketahui, *Ia-, disebut *ya-.[7] Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori:
- Daripada akar onomatopoeia Indo-Eropah Purba *wi- atau *woi- untuk jeritan yang diucapkan oleh orang yang berlari untuk membantu orang lain; menurut Pokorny, *Iāwones boleh bermaksud "pemuja Apollo", berdasarkan seruan iḕ paiṓn yang dilafazkan dalam pemujaannya; dewa itu juga dipanggil iḕios.[8]
- Daripada nama penduduk pulau awal yang tidak diketahui namanya di pulau Mediterranean timur yang dipanggil ḥꜣw-nbwt, nama Mesir purba untuk orang yang tinggal di sana.[9]
- Daripada jwn Mesir purba "tiang, batang pokok" diimbuhkan kepada jwnt "busur" (daripada kayu?) dan jwntjw "pemanah."[10] Bentuk terbitan ini menggunakan kaedah kias daripada terbitan andaian untuk nama Doria, juga padan dengan konsep Mesir "sembilan busur" dengan merujuk kepada Bangsa Laut.
- Daripada kata akar daripada bahasa Indo-Eropah Purba *uiH-, bermaksud "kuasa."[11]
Sejarah nama
[sunting | sunting sumber]Berbeza dengan orang "Aeolia" dan "Doria", nama "Ionia" terdapat dalam bahasa-bahasa pelbagai tamadun sekitar Mediterranean timur dan jauh sehingga China Han. Mereka bukanlah orang Yunani terawal yang dicatatkan; yang itu adalah orang Dana dan Akhaia. Jejak orang Ionia bermula dengan catatan Crete yang ditulis dalam bahasa Yunani Mikenai.
Mikenai
[sunting | sunting sumber]Tablet Linear B dari Knossos (tablet Xd 146) mempunyai nama i-ja-wo-ne, ditafsirkan oleh Ventris dan Chadwick[12] sebagai kemungkinan kasus jamak datif atau nominatif bagi *Iāwones, sebuah nama etnik. Tablet-tablet Knossos ini bertarikh 1400 atau 1200 SM, sebelum orang Doria menguasai Crete, jika nama itu merujuk kepada orang Crete.
Nama ini pertama kali muncul dalam kesusasteraan Yunani dalam Homer sebagai Ἰάονες, iāones,[13] digunakan hanya sekali tentang beberapa orang Yunani berjubah panjang yang diserang oleh Hector dan dikatakan adalah orang Athens, dan bentuk kata ini dalam karya Homer tersebut nampaknya sama dengan bentuk Mikenai tetapi tanpa *-w-. Nama ini juga muncul dalam serpihan penyair awal yang lain, Hesiod, dalam bentuk tunggal Ἰάων, iāōn.[14]
Parsi
[sunting | sunting sumber]Ionia muncul dalam beberapa inskripsi Parsi Kuno Empayar Hakhamaniyah sebagai Yaunā (𐎹𐎢𐎴𐎠 ),[15] Yauna yang jamak nominatif maskulin dan tunggal;[16] contohnya, inskripsi Darius pada dinding selatan istana di Persepolis mencatatkan salah satu wilayah empayar itu "Ionia yang dari tanah besar dan (mereka) yang berada di tepi laut, dan negeri-negeri yang berada di seberang laut; ...."[17] Pada masa itu empayar itu mungkin meluas di sekitar Aegea ke utara Yunani.
Cina
[sunting | sunting sumber]Dayuan (atau Tayuan; Bahasa Cina: 大宛 ; pinyin: Dàyuān; secara harfiahnya "Orang Ionia Hebat"; Cina Pertengahan dâi C -jwɐn < LHC: dɑh-ʔyɑn[18] ) ialah eksonim Cina bagi sebuah negeri yang wujud di lembah Ferghana di Asia Tengah, yang diperikan dalam karya sejarah China Rekod Sejarawan Besar dan Buku Han. Ia disebut dalam catatan penjelajah Cina Zhang Qian pada tahun 130 SM dan pelbagai kedutaan yang mengikuti beliau ke Asia Tengah. Negeri Dayuan diterima umum sebagai berkaitan dengan Lembah Ferghana, dikawal oleh bandar atau polis Yunani, Alexandria Eskhata (Khujand moden, Tajikistan), yang mungkin boleh dianggap sebagai "negara kota Yunani-Fergana".
Bahasa-bahasa lain
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan bahasa Asia Barat moden menggunakan istilah "Ionia" dan "Ionia" untuk merujuk kepada negara dan orang Yunani. Itu benar dalam bahasa Ibrani (Yavan 'Yunani' / Yevani fem. Yevania 'seorang Yunani'),[19] Armenia (Hunastan 'Yunani' [20] / Huyn 'seorang Yunani'[perlu rujukan]), dan perkataan Arab Klasik (al-Yūnān 'negeri Yunani' / Yūnānī fem. Yūnāniyya jmk. Yūnān 'seorang Yunani',[21] mungkin daripada bahasa Aramia Yawnānā[22]) digunakan dalam kebanyakan dialek Arab moden termasuk Mesir[perlu rujukan] dan Palestin[23] serta digunakan dalam bahasa Parsi moden (Yūnānestān 'negara Yunani' / Yūnānī jmk. Yūnānīhā/Yūnānīyān 'berkaitan dengan Yunani')[24] dan Turki juga melalui Parsi (Yunanistan 'Yunani' / Yunan 'orang Yunani' jmk. Yunanlar 'orang Yunani').[25]
Bahasa Ionia
[sunting | sunting sumber]Bahasa Yunani Ionia atau Ionik ialah subdialek kumpulan dialek Attika–Ionia atau Timur dalam bahasa Yunani Kuno.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Darius I, DNa inscription, Line 28
- ^ Apollodorus I, 7.3
- ^ Pausanias VII, 1.7
- ^ Herodotus. Histories. Book I, Chapter 146.
- ^ Kōnstantinos D. Paparrēgopulos, Historikai Pragmateiai – Volume 1, 1858
- ^ Robert S. P. Beekes, Etymological Dictionary of Greek, Brill, 2009, p. 608 f.
- ^ "Indo-European Etymological Dictionary". Leiden University, the IEEE Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2006. Untuk mendapatkan pembentangan penuh dalam Griechisches Wörterbuch oleh H. J. Frisk, cari di halaman 1,748, pastikan anda memasukkan koma. Untuk pembentangan serupa dalam A Greek Etymological Dictionary oleh Beekes, cari di Ionian dalam Etimologi. Kedua-dua ahli bahasa menyatakan susunan penuh perkataan "Ionia" dengan sumber.
- ^ "Indo-European Etymological Dictionary". Leiden University, the IEEE Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2006. Dalam Indogermanisches etymologisches Wörterbuch (1959), oleh Pokorny. m/s 1176.
- ^ Partridge, Eric (1983). Origins: A Short Etymological Dictionary of Modern English: Ionian. New York: Greenwich House. ISBN 0-517-41425-2.
- ^ Bernal, Martin (1991). Black Athena: The Afroasiatic Roots of Classical Civilization: Volume I: The Fabrication of Ancient Greece 1785–1985. New Brunswick, N.J.: Rutgers University Press. m/s. 83–84. ISBN 0-8135-1277-8.
- ^ Nikolaev, Alexander S. (2006), "Ἰάoνες" Diarkibkan 4 Mac 2016 di Wayback Machine, Acta Linguistica Petropolitana, 2(1), pp. 100–115.
- ^ Ventris, Michael; John Chadwick (1973). Documents in Mycenaean Greek: Second Edition. Cambridge University Press. m/s. 547 in the "Glossary" under i-ja-wo-ne. ISBN 0-521-08558-6.
- ^ Homer. Iliad, Book XIII, Line 685.
- ^ Hes. fr. 10a.23 M-W: see Glare, P. G. W. (1996). Greek-English Leicon: Revised Supplement. Oxford University Press. m/s. 155.
- ^ Waters, Matt (2014). Ancient Persia: A Concise History of the Achaemenid Empire, 550–330 BCE. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 173. ISBN 978-1-107-00960-8.
- ^ Kent, Roland G. (1953). Old Persian: Grammar Texts Lexicon: Second Edition, Revised. New Haven, Connecticut: American Oriental Society. m/s. 204. ISBN 0-940490-33-1.
- ^ Kent, p. 136.
- ^ Schuessler, Axel. (2009) Minimal Old Chinese and Later Han Chinese.. University of Hawai'i Press. p. 233, 268
- ^ Dagut, M. (1990). Prof. Jerusalem: Kiryat-Sefer Ltd. m/s. 294. ISBN 9651701722.
- ^ Bedrossian, Matthias (1985). New Dictionary Armenian-English. Beirut: Librairie du Liban. m/s. 515.
- ^ Wehr, Hans (1971). Dictionary of Modern Written Arabic. Wiesbaden: Harrassowitz Verlag. m/s. 1110. ISBN 0-87950-001-8.
- ^ Rosenthal, Franz (2007). Encyclopedia of Islam Vol XI (ed. 2nd). Leiden: Brill. m/s. 344. ISBN 9789004161214.
- ^ Elihai, Yohanan (1985). Dictionnaire de l'arabe parlé palistinien Français-Arabe. Paris: Éditions Klincksieck. m/s. 203. ISBN 2252025115.
- ^ Turner, Colin (2003). A Thematic Dictionary of Modern Persian. London: Routledge. m/s. 92. ISBN 978-0-7007-0458-3.
- ^ Kornrumpf, H.-J. (1979). Langenscheidt's Universan Dictionary Turkish-English English-Turkish. Berlin: Langenscheidt. ISBN 0-340-00042-2.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- J. A. R Munro. "Pelasgians and Ionians". The Journal of Hellenic Studies, 1934 (JSTOR).
- R. M. Cook. "Ionia and Greece in the Eighth and Seventh Centuries B.C." The Journal of Hellenic Studies, 1946 (JSTOR).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Mair, Victor H. (2019), " Greeks in ancient Central Asia: the Ionian ", Language Log, 20 Oktober 2019. Perbincangan ilmiah yang bermaklumat.
- Myres, John Linton (1911). . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 14 (ed. ke-11). m/s. 730–731. Pembaca harus sedar bahawa, walaupun berguna, artikel ini menggugurkan semua kesarjanaan moden.
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Rencana Wikipedia memerlukan petikan bilangan muka surat dari Julai 2024
- Wikipedia articles needing factual verification dari Julai 2024
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Parsi Lama (ca. 600-400 B.C.)
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari May 2014
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 dengan rujukan Wikisumber
- Puak-puak Yunani
- Orang purba Anatolia
- Puak purba di Euboea
- Puak purba di Attika
- Orang Ionia