Perang Ingria
Penampilan
Perang Ingrian merupakan satu perang yang berlaku di antara Sweden dan Rusia, yang mana berlangsung dari tahun 1610 sehingga 1617 dan dilihat sebagai sebahagian daripada Tempoh Kekacauan Rusia. Ia diingati sebagai satu cubaan bagi meletakkan seorang duke Sweden ke takhta Rusia. Perang ini tamat dengan Sweden mendapat wilayah yang luas seperti dipersetujui dalam Perjanjian Stolbovo yang mana meletakkan asas penting kepada Zaman Kehebatan Sweden.