Pergi ke kandungan

Virgil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patung kepala Vergil bertarikh abad pertama di Napoli

Publius Vergilius Maro (15 Oktober 70 SM–19 SM, juga dikenali dengan nama Inggerisnya Virgil atau Vergil) ialah seorang penyair Romawi. Beliau merupakan pengarang seberapa karya bahasa Latin, paling utama termasuk Eclogae, Georgica, dan terutamanya Aeneis iaitu himpunan sajak penceritaan ( narrative poem ) sebanyak dua belas buku yang mengisahkan perkembangan dan keagungan Empayar Rom.