Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Disember
Templat:DisemberCalendar2024Source
1 Disember: Hari Kesatuan di Romania (1918); Hari AIDS Sedunia.
- 1640 – João IV diisytiharkan sebagai Raja Portugal, dengan itu tercetusnya perang dengan Sepanyol.
- 1822 – Pedro I (gambar) dimahkotakan sebagai Maharaja Brazil yang pertama.
- 1958 – Koloni Oubangui-Chari menjadi sebuah wilayah autonomi dalam Komuniti Perancis dan mengambil nama Republik Afrika Tengah.
- 1990 – Pekerja-pekerja Terowong Selat dari United Kingdom dan Perancis bertemu 40 meter di bawah dasar laut Selat Inggeris.
- 2009 – Perjanjian Lisbon, yang meminda dua perjanjian sebelumnya yang menjadi dasar perundangan Kesatuan Eropah, mula berkuatkuasa.
Hari-hari sebelum: 30 November – 29 November – 28 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
2 Disember: Hari Kebangsaan di Emiriah Arab Bersatu (1971) dan Laos (1975)
- 1805 – Perang Pakatan Ketiga: Angkatan Perancis yang diketuai Napoleon I menewaskan tentera Rusia-Austria pimpinan Czar Aleksandr I.
- 1823 – Presiden A.S. James Monroe mengeluarkan Doktrin Monroe, yang menentang dasar penjajahan Eropah di Dunia Baru.
- 1942 – Projek Manhattan: Ahli-ahli sains yang diketuai Enrico Fermi memulakan tindak balas rantai nuklear selenggara diri yang pertama di dalam reaktor kajian Chicago Pile-1 (gambar).
- 1988 – Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri Pakistan, ketua kerajaan wanita pertama di sebuah negara majoriti Muslim.
- 1993 – STS-61: Bolak-balik angkasa lepas Endeavour dilancarkan dalam misi membaiki Teleskop Angkasa Hubble.
Hari-hari sebelum: 1 Disember – 30 November – 29 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
3 Disember: Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa
- 1854 – Sekurang-kurangnya 22 orang maut apabila para pelombong di Kubu Eureka, Ballarat, Victoria, Australia, bertempur ganas dengan pihak polis dan tentera.
- 1959 – Bendera Singapura mula digunakan, enam bulan selepas Singapura mula memerintah sendiri dalam Empayar British.
- 1984 – Pembebasan tidak sengaja metil isosianit dan bahan kimia lain di Bhopal, India menyebabkan lebih 20,000 kematian dalam bencana perindustrian paling teruk di dunia.
- 1997 – Wakil 121 negara menandatangani Perjanjian Ottawa yang mengharamkan penggunaan periuk api anti-orang.
- 1999 – NASA terputus hubungan dengan Mars Polar Lander (gambar) sejurus ia tiba di atmosfera Marikh dan hilang.
Hari-hari sebelum: 2 Disember – 1 Disember – 30 November
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
4 Disember: Hari Tentera Laut di India
- 1639 – Ahli astronomi Inggeris Jeremiah Horrocks membuat pencerapan pertama terhadap peralihan Zuhrah (gambar 2004).
- 1791 – Akhbar Ahad pertama di dunia, The Observer di Britain, diterbitkan buat pertama kali.
- 1829 – Amalan sati dihapuskan secara rasmi di India British selepas Ram Mohan Roy berkempen bertahun-tahun menentang adat pengebumian Hindu ini.
- 1954 – Rangkaian kedai makanan segera hamburger sejagat Burger King, terkenal kerana Whoppernya, diasaskan di Miami, Florida, A.S.
- 1977 – Penerbangan 653 Malaysia Airlines dirampas dan jatuh di Tanjung Kupang, Johor, mengorbankan 100 nyawa.
Hari-hari sebelum: 3 Disember – 2 Disember – 1 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
5 Disember: Hari Bapa dan Hari Kebangsaan di Thailand (1927); Hari Sebelum Hari St Nicholas di pelbagai negara Eropah.
- 1492 – Christopher Columbus (gambar) menjadi orang Eropah pertama menjejak kaki di pulau Hispaniola (kini Haiti dan Republik Dominika).
- 1766 – Di London, James Christie membuka sebuah rumah lelong seni yang terkemuka di dunia hari ini.
- 1933 – Pelarangan jual beli arak secara meluas di Amerika Syarikat berakhir secara rasmi apabila Pindaan ke-21 Perlembagaan Amerika Syarikat disahkan.
- 1945 – Penerbangan 19, satu skuadron lima pesawat pengebom torpedo TBF Avenger Tentera Laut A.S., hilang di Segi Tiga Bermuda.
- 1955 – Pasukan kawalan rusuhan Pasukan Simpanan Persekutuan ditubuhkan di Persekutuan Tanah Melayu.
Hari-hari sebelum: 4 Disember – 3 Disember – 2 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
6 Disember: Hari Kemerdekaan di Finland (1917); Hari Perlembagaan di Sepanyol.
- 1768 – Edisi mingguan pertama Ensiklopedia Britannica diterbitkan, di Edinburgh, Scotland.
- 1917 – Sebuah kapal di Pelabuhan Halifax yang membawa TNT dan asid pikrik terbakar dan meletup selepas berlanggar dengan sebuah kapal lain, memusnahkan Halifax, Nova Scotia, Kanada.
- 1922 – Negara Bebas Ireland diwujudkan tepat setahun selepas pemeteraian Perjanjian Inggeris-Ireland.
- 1957 – Sukarno mengusir semua rakyat Belanda dari Indonesia.
- 1992 – Masjid Babri (gambar) di Ayodhya dirobohkan oleh anggota Vishva Hindu Parishad dan kumpulan lain, yang mendakwa ia dibina di atas tempat kelahiran Rama.
Hari-hari sebelum: 5 Disember – 4 Disember – 3 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
7 Disember: Hari Bendera Angkatan Tentera di India; Día de las Velitas di Colombia.
- 43 SM – Pemidato dan ahli gaya prosa terkenal Rom Cicero dibunuh selepas diselar secara rasmi sebagai musuh negara.
- 1732 – Royal Opera House (gambar teater) dibuka di Covent Garden, London, England.
- 1949 – Perang Saudara China: Kerajaan Republik China berpindah dari tanah besar China ke Taipei di pulau Taiwan.
- 1972 – Anak kapal Apollo 17 mengambil gambar "Guli Biru", imej jelas pertama muka cerah Bumi, dalam perjalanan mereka ke Bulan.
- 2007 – Sebuah baj kren hanyut terlanggar kapal tangki berhampiran Daesan, Korea Selatan, menyebabkan tumpahan minyak terteruk negara itu.
Hari-hari sebelum: 6 Disember – 5 Disember – 4 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
8 Disember: Hari Perlembagaan di Romania (1991); Perayaan Konsepsi Suci (Roman Katolik); Hari Bodhi di Jepun.
- 1609 – Bilik bacaan Biblioteca Ambrosiana (gambar) Milan dibuka kepada awam, menjadi perpustakaan awam kedua di Eropah.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Tentera Jepun memulakan serangan terhadap Tanah Melayu dan mendarat di Kota Bharu, Kelantan
- 1980 – Bekas anggota Beatle John Lennon ditembak di luar pangsapuri The Dakota di Bandar Raya New York.
- 1987 – Konflik Arab-Israel: Seorang Israel membunuh empat pelarian Palestin di Lintasan Erez di sempadan Israel–Genting Gaza, mencetuskan Intifada Pertama.
- 2004 – 12 negara Amerika Selatan menandatangani Perisytiharan Cusco, membentuk asas Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan.
Hari-hari sebelum: 7 Disember – 6 Disember – 5 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
9 Disember: Hari Angkatan Tentera di Peru (1824); Hari Kemerdekaan di Tanzania (1961).
- 1897 – Pelakon pentas, wartawan dan pejuang hak mengundi untuk wanita terkenal Marguerite Durand menubuhkan akhbar kewanitaan La Fronde.
- 1941 – MS Awazisan Maru yang karam berdekatan pantai Kelantan di pantai timur Malaysia menjadi kapal Jepun pertama yang karam semasa Perang Dunia Kedua
- 1946 – Perbicaraan bagi doktor yang terlibat dalam pengujikajian manusia Nazi semasa Perang Dunia Kedua bermula di Nuremberg, Jerman.
- 1979 – Satu suruhanjaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesahkan pembasmian sejagat penyakit cacar (gambar virus).
- 1990 – Lech Wałęsa menjadi Presiden Poland pertama dilantik melalui pilihan raya presiden langsung.
Hari-hari sebelum: 8 Disember – 7 Disember – 6 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
10 Disember: Hari Perlembagaan di Thailand (1932); Hari Hak Asasi Manusia.
- 1508 – Negeri-Negeri Paus, Perancis, Aragon dan Empayar Suci Rom membentuk Liga Cambrai, satu perikatan menentang Republik Venice.
- 1868 – Lampu isyarat yang pertama dipasang di luar Bangunan Parlimen di London.
- 1898 – Perang Amerika-Sepanyol tamat dengan pemeteraian Perjanjian Paris. Sepanyol mengakui kemerdekaan Cuba dan menjual Guam, Filipina dan Puerto Rico kepada Amerika Syarikat.
- 1901 – Hadiah Nobel yang pertama dianugerahkan pada hari ulang tahun kematian ke-5 pengasasnya, Alfred Bernhard Nobel.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Pengebom torpedo Empayar Jepun menenggelamkan kapal induk Tentera Laut Diraja British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse (gambar) di timur Malaya.
Hari-hari sebelum: 9 Disember – 8 Disember – 7 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
11 Disember: Hari Republik di Burkina Faso (1958)
- 1282 – Putera Wales yang terakhir memerintah Wales bebas, Llywelyn ap Gruffudd dibunuh dalam satu serangan hendap.
- 1789 – Universiti Carolina Utara di Chapel Hill, antara universiti awam tertua di Amerika Syarikat dan satu-satunya yang menganugerahkan ijazah pada abad ke-18, mendapat piagamnya.
- 1946 – UNICEF (gambar bendera) ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB.
- 2006 – Tindakan pertama dalam Perang Dadah Mexico terjadi apabila Presiden Felipe Calderón mengarahkan unit tentera dan polis persekutuan ke negeri Michoacán.
- 2008 – Broker saham A.S. Bernard Madoff ditahan dan didakwa dengan penipuan pelaburan dalam satu skim Ponzi $50 bilion, yang terbesar dalam sejarah.
Hari-hari sebelum: 10 Disember – 9 Disember – 8 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
12 Disember: Hari Kemerdekaan di Kenya (1963)
- 1897 – Bandar raya terancang yang pertama di Brazil, ibu negeri Minas Gerais Belo Horizonte, dirasmikan sebagai Cidade de Minas.
- 1901 – Guglielmo Marconi menerima isyarat radio rentas Atlantik yang pertama, dari Stesen Wayarles Poldhu di Cornwall, England ke Menara Cabot di St. John, Newfoundland.
- 1915 – Presiden Republik China Yuan Shikai (gambar) mengembalikan pemerintahan beraja dan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Hongxian.
- 1964 – Jomo Kenyatta menjadi Presiden Republik Kenya yang pertama.
- 1991 – Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia menarik diri daripada Kesatuan Republik Sosialis Soviet.
Hari-hari sebelum: 11 Disember – 10 Disember – 9 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
13 Disember: Hari Republik di Malta (1974); Hari St. Lucia.
- 1545 – Persidangan Kristian yang diasaskan Paus Paul III sebagai tindak balas kepada perkembangan Protestantisme, Majlis Trent bermula di Trento, Itali kini.
- 1577 – Sir Francis Drake meninggalkan Plymouth, England, dengan lima kapal dan 164 orang dalam pelayarannya mengelilingi dunia.
- 1862 – Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan ditewaskan dengan teruk oleh pertahanan Gabungan dalam Pertempuran Fredericksburg (gambar).
- 1937 – Perang China-Jepun Kedua: Tentera Jepun menawan Nanjing, China dan mula menjarahnya.
- 2003 – Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein dijumpai bersembunyi di dalam sebuah lubang oleh tentera A.S. semasa Operasi Subuh Merah.
Hari-hari sebelum: 12 Disember – 11 Disember – 10 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1896 – Sistem metro bawah tanah yang ketiga tertua di dunia, Kereta Api Bawah Tanah Glasgow memulakan operasi di Glasgow, Scotland.
- 1911 – Penjelajah Norway Roald Amundsen dan pasukannya menjadi manusia pertama tiba di Kutub Selatan.
- 1918 – Raja Väinö I dari Finland yang berketurunan Jerman melepaskan takhtanya selepas Empayar Jerman tewas dalam Perang Dunia Pertama.
- 1994 – Pembinaan Empangan Tiga Gaung (gambar) di Sungai Yangtze, China bermula.
- 2008 – Ketika sidang akhbar di Baghdad, wartawan Iraq Muntadhar al-Zaidi membaling kasutnya kepada Presiden A.S. George W. Bush.
Hari-hari sebelum: 13 Disember – 12 Disember – 11 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
15 Disember: Hari Kesusasteraan Esperanto
- 533 – Angkatan pimpinan Belisarius menewaskan angkatan Vandal, menyempurnakan "Penaklukan Semula Afrika Utara" di bawah Maharaja Justinianus I.
- 1256 – Kubu Hashshashin di Alamut, di Iran kini, ditawan dan dimusnahkan oleh Hulagu Khan dan askar-askar Mongol.
- 1791 – Sepuluh pindaan yang pertama terhadap Perlembagaan A.S., dikenali sebagai Perakuan Hak Amerika Syarikat, disahkan.
- 1994 – Pelayar web Netscape Navigator 1.0 mula diterbitkan.
- 2005 – Pesawat pejuang halimunan F-22 Raptor (gambar), didakwa Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai yang terhebat hari ini, memasuki perkhidmatan.
Hari-hari sebelum: 14 Disember – 13 Disember – 12 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
16 Disember: Hari Kebangsaan di Bahrain (1971); Hari Kemenangan di Bangladesh dan India (1971); Hari Kemerdekaan di Kazakhstan (1991).
- 1598 – Angkatan laut Korea di bawah Laksamana Yi Sun-sin menewaskan armada Jepun dalam pertempuran laut terakhir Perang Tujuh Tahun.
- 1689 – Parlimen England menerima akta Perakuan Hak, yang menyatakan hak awam dan politik orang Inggeris.
- 1707 – Letusan terakhir Gunung Fuji Jepun (gambar) melepaskan sekitar 800 juta m3 abu gunung berapi.
- 1773 – Bagi menghalang pemunggahan teh yang dicukai tanpa persetujuan mereka, sekumpulan kolonis membuang tong-tong teh dari tiga kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris ke dalam laut.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Wehrmacht Jerman Nazi melancarkan serangan terakhir di medan barat, Pertempuran Bulge.
Hari-hari sebelum: 15 Disember – 14 Disember – 13 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
17 Disember: Hari Kebangsaan di Bhutan (1907)
- 920 – Romanos I Lekapenos menjadi Maharaja Byzantine bersama dengan Constantine VII yang bawah umur.
- 1819 – Republik Gran Colombia di Amerika Selatan diasaskan, dengan Simón Bolívar sebagai presiden pertama.
- 1862 – Perang Saudara Amerika: Jeneral Ulysses S. Grant mengeluarkan Perintah Am No. 11 yang mengusir orang-orang Yahudi dari Tennessee, Mississippi dan Kentucky.
- 1903 – Dengan Wright Flyer (gambar), Orville dan Wilbur Wright berjaya terbang buat pertama kali menggunakan sebuah pesawat kepak kaku berenjin.
- 2010 – Penjual jalanan Mohamed Bouazizi membakar dirinya demi membantah gangguan polis, mencetuskan Revolusi Tunisia.
Hari-hari sebelum: 16 Disember – 15 Disember – 14 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
18 Disember: Hari Kebangsaan di Qatar (1878); Hari Republik di Niger (1958).
- 1271 – Pemerintah Mongol Kublai Khan mengasaskan Dinasti Yuan di China dan Mongolia kini.
- 1966 – Bulan Zuhal Epimetheus ditemui, tetapi salah dianggap sebagai Janus.
- 1987 – Versi pertama bahasa pengaturcaraan Perl diterbitkan oleh Larry Wall melalui kumpulan berita comp.sources.misc.
- 1990 – Konvensyen Pekerja Migran ditandatangani di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mempertingkat perlindungan untuk pekerja migran.
- 2006 – Siri pertama banjir besar (gambar) melanda Semenanjung Malaysia dan Singapura, mengorbankan 118 orang dan menyebabkan lebih 400,000 lagi terpaksa berpindah.
Hari-hari sebelum: 17 Disember – 16 Disember – 15 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1154 – Selepas kemangkatan Raja Stephen, Henry II ditabalkan sebagai Raja England di Westminster Abbey London.
- 1843 – A Christmas Carol, sebuah novela mengenai watak Ebenezer Scrooge oleh Charles Dickens, diterbitkan buat pertama kali.
- 1972 – Eugene Cernan, Ronald Ellwin Evans dan Harrison Hagan Schmitt (gambar) menaiki Apollo 17 untuk kembali ke Bumi dari Bulan.
- 1984 – Republik Rakyat China dan United Kingdom memeterai Pengisytiharan Bersama China-British, mengembalikan kedaulatan Hong Kong kepada China pada 1997.
- 1997 – Titanic dikeluarkan, kemudian menjadi filem pecah panggung terbaik dalam sejarah perfileman dengan meraih lebih AS$1.8 bilion.
Hari-hari sebelum: 18 Disember – 17 Disember – 16 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
- 1522 – Pengepungan Rhodes: Sulaiman al-Qanuni menerima penyerahan kalah Kesateria Rhodes.
- 1860 – Carolina Selatan berpisah dengan Amerika Syarikat, membawa kepada pembentukan Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan kemudian Perang Saudara Amerika.
- 1951 – Experimental Breeder Reactor I berhampiran Arco, Idaho, A.S. menjadi loji kuasa nuklear pertama menghasilkan elektrik apabila berjaya menghidupkan empat mentol lampu 200-watt (gambar).
- 1995 – Selaras dengan Persetujuan Dayton, pasukan IFOR yang diketuai NATO memulakan tugas menjaga keamanan di Bosnia dan Herzegovina.
- 1999 – Portugal memindahkan kedaulatan Makau, yang telah ditadbirnya sejak pertengahan abad ke-16, kepada Republik Rakyat China.
Hari-hari sebelum: 19 Disember – 18 Disember – 17 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
21 Disember: Solstis Disember (05:04 UTC Hemisfera Utara, 17:11 UTC Hemisfera Selatan, 2013)
- 69 – Vespasianus menjadi Maharaja Rom yang keempat memerintah secara berturut-turut.
- 1937 – Filem cetera animasi pertama, Snow White and the Seven Dwarfs yang berdasarkan cerita pari-pari Puteri Salji, mengadakan tayangan perdananya.
- 1962 – Taman negara Norway yang pertama, Taman Negara Rondane (gambar) diasaskan.
- 1968 – Penerbangan manusia pertama ke Bulan (dan jasad cakerawala lain), Apollo 8 dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, A.S.
- 1988 – Sebutir bom memusnahkan Penerbangan 103 Pan Am ketika pesawat itu berada di ruang udara Lockerbie, Scotland, membunuh 270 orang termasuk 11 di atas tanah.
Hari-hari sebelum: 20 Disember – 19 Disember – 18 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
22 Disember: Hari Ibu di Indonesia
- 1808 – Penggubah Jerman Ludwig van Beethoven mempersembahkan Simfoni Kelima di Theater an der Wien di Vienna.
- 1864 – Perang Saudara Amerika: Perarakan ke Laut Jeneral Kesatuan William Tecumseh Sherman tamat dengan penawanan Savannah, Georgia.
- 1885 – Itō Hirobumi, seorang samurai dari Chōshū, menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama.
- 1974 – Grande Comore, Anjouan dan Mohéli mengundi untuk menjadi negara bebas Comoros.
- 2001 – Burhanuddin Rabbani daripada Perikatan Utara menyerahkan kuasanya di Afghanistan kepada kerajaan sementara yang diketuai Hamid Karzai (gambar).
Hari-hari sebelum: 21 Disember – 20 Disember – 19 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
23 Disember: Hari Keputeraan Maharaja di Jepun
- 962 – Perang Arab-Byzantium: Di bawah Nicephorus Phocas, tentera Byzantium menggempur kota Aleppo, mendapat balik tunik koyak-rabak John Pembaptis.
- 1823 – Puisi A Visit from St. Nicholas yang dikatakan ditulis oleh Clement Clarke Moore diterbitkan buat pertama kali.
- 1947 – Transistor (gambar) yang direka oleh John Bardeen, Walter Brattain dan William Shockley, ditunjuk cara buat pertama kali di Bell Labs.
- 1972 – Ibu negara Nicaragua, Managua dilanda gempa bumi bermagnitud 6.5, mengorbankan lebih 10,000 orang.
- 1990 – Republik Slovenia mengundi untuk berpisah daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia.
Hari-hari sebelum: 22 Disember – 21 Disember – 20 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
24 Disember: Hari sebelum Krismas
- 1777 – Kapten James Cook tiba di Pulau Krismas, atol karang terbesar di dunia.
- 1814 – Perjanjian Ghent ditandatangani di Ghent, Belgium kini, menamatkan Perang 1812 antara United Kingdom dan Amerika Syarikat.
- 1865 – Enam bekas perajurit Gabungan Perang Saudara Amerika mengasaskan Ku Klux Klan, yang kemudian menjadi kumpulan penyokong ketuanan bangsa kulit putih.
- 1968 – Angkasawan Apollo 8 William Anders mengambil gambar foto terkenal Earthrise (gambar), menunjukkan Bumi terbit di atas permukaan qamari.
- 1974 – Siklon Tracy melanda Darwin, Australia, memusnahkan 70 peratus bandar itu.
Hari-hari sebelum: 23 Disember – 22 Disember – 21 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
25 Disember: Krismas (Kristian); Hari Quaid-e-Azam (Pakistan).
- 800 – Raja Frank Charlemagne dimahkotakan Imperator Augustus di Rom, sebagai pesaing Empayar Byzantium di Constantinopolis ("Kustantiniyah").
- 1066 – Duke Normandy William si Penakluk secara rasminya dimahkotakan sebagai Raja England, menyempurnakan Penaklukan Norman.
- 1776 – Perang Revolusi Amerika: George Washington dan tenteranya menyeberangi Sungai Delaware (gambar) untuk melancarkan serangan mengejut ke atas askar-askar upahan Hessian.
- 1926 – Maharaja Taishō mangkat akibat serangan sakit jantung dan takhtanya digantikan putera baginda, Hirohito.
- 2000 – Gimn Rossiyskaya Federatsiya diterima sebagai lagu kebangsaan Rusia, dengan muzik daripada lagu kebangsaan Kesatuan Soviet.
Hari-hari sebelum: 24 Disember – 23 Disember – 22 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
26 Disember: Hari Boxing; Hari St. Stephen (Kristian Barat); Kwanzaa bermula.
- 1806 – Perang Pakatan Keempat: Askar Perancis Napoleon bertempur dengan angkatan Rusia dalam Pertempuran Pultusk dan Golymin.
- 1825 – Pegawai Tentera Darat Imperial Rusia memimpin kira-kira 3,000 askar membantah kenaikan Nikolai I ke takhta.
- 1898 – Di Akademi Sains Perancis, Pierre dan Marie Curie mengumumkan penemuan unsur baharu yang kemudian dinamakan radium.
- 1975 – Pesawat komersil pertama melepasi Mach 2, Tupolev Tu-144 memulakan perkhidmatan.
- 2004 – Gempa bumi di Lautan Hindi berhampiran pantai Sumatera, Indonesia menghasilkan tsunami (gambar) yang mengorbankan lebih 225,000 orang di 11 negara.
Hari-hari sebelum: 25 Disember – 24 Disember – 23 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
27 Disember: Hari St. Stephen dalam Kristian Timur
- 537 – Bangunan terkini Aya Sophia (gambar) di Istanbul dirasmikan, mulanya sebagai gereja, namun kemudian ditukar menjadi masjid dan kini muzium.
- 1831 – Charles Darwin bertolak dari Plymouth, England ke Amerika Selatan menaiki kapal HMS Beagle.
- 1911 – Lagu kebangsaan India Jana-Gana-Mana dinyanyikan buat kali pertama, dalam Sesi Calcutta Kongres Kebangsaan India.
- 1949 – Ratu Juliana dari Belanda memeterai dokumen yang melepaskan kedaulatan sebahagian besar Hindia Timur Belanda, secara rasmi mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.
- 2008 – Israel melancarkan serangan udara mengejut ke Genting Gaza, memulakan Perang Gaza.
Hari-hari sebelum: 26 Disember – 25 Disember – 24 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
28 Disember: Hari Suci Orang-Orang Tak Berdosa (Kristian Barat).
- 1065 – Westminster Abbey, London yang dibina oleh Edward si Pengaku antara tahun 1045 dan 1050 ditahbiskan.
- 1835 – Osceola (gambar) mengetuai pahlawan-pahlawan Seminole di Florida menentang tentera Amerika Syarikat dalam Perang Seminole Kedua.
- 1895 – Sejarah filem: Di Paris, Lumière Bersaudara menunjukkan wayang gambar dengan sinematograf mereka kepada penonton berbayar buat pertama kali.
- 1929 – Penunjuk perasaan yang berkumpul di Apia, Samoa Barat untuk menyambut salah satu ketua pergerakan antipenjajahan mereka diusir paksa polis tentera New Zealand, sebanyak 5 orang maut ditembak.
- 1999 – Presiden pertama Turkmenistan Saparmurat Niyazov diisytiharkan sebagai Presiden Seumur Hidup.
Hari-hari sebelum: 27 Disember – 26 Disember – 25 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
29 Disember: Hari Kemerdekaan di Mongolia (1911)
- 1170 – Ketua Biskop Canterbury Thomas Becket (gambar) dibunuh di gerejanya sendiri oleh empat orang kesateria Henry II dari England.
- 1845 – Republik Texas diilhak oleh Amerika Syarikat, dan menjadi negeri Texas.
- 1911 – Sun Yat-sen dipilih sebagai Presiden sementara Republik China di Taiwan.
- 1937 – Perlembagaan Ireland yang baharu mula berkuatkuasa, menggantikan Negara Bebas Ireland dengan negara yang kini dipanggil Republik Ireland.
- 1972 – Penerbangan 401 Eastern Air Lines terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Florida, mengorbankan 101 orang.
Hari-hari sebelum: 28 Disember – 27 Disember – 26 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
30 Disember: Hari Jose Rizal (gambar) di Filipina (1896)
- 1853 – Amerika Syarikat membeli kira-kira 29,600 bt2 (77,000 km2) tanah yang terletak di selatan Sungai Gila dan barat Rio Grande daripada Mexico pada harga AS$10 juta.
- 1927 – Laluan Ginza, landasan bawah tanah yang tertua di Timur Jauh, dibuka di Tokyo, Jepun.
- 1947 – Raja Mihai I dipaksa turun takhta apabila Kerajaan Romania menjadi Romania Komunis, dan kemudian dibuang negeri.
- 1965 – Ferdinand Marcos menjadi Presiden Filipina.
- 2006 – Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein digantung selepas didapati bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan oleh Tribunal Khas Iraq.
Hari-hari sebelum: 29 Disember – 28 Disember – 27 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah
31 Disember: Malam Tahun Baru (takwim Gregorius)
- 1600 – Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan melalui Piagam Diraja Ratu Elizabeth I.
- 1857 – Ratu Victoria memilih Ottawa sebagai ibu negara koloni British Kanada.
- 1963 – Persekutuan Afrika Tengah terbubar secara rasmi; negara-negara Zambia, Malawi dan Rhodesia yang baharu muncul beberapa tahun kemudian.
- 1999 – Boris Yeltsin, Presiden Rusia pertama yang dipilih secara demokratik, meletakkan jawatan sambil menamakan Vladimir Putin sebagai pemangku jawatannya.
- 2004 – Taipei 101 (gambar bunga api Tahun Baru 2008) di Daerah Xinyi, Taipei, Taiwan, dibuka kepada orang ramai sebagai pencakar langit tertinggi di dunia.
Hari-hari sebelum: 30 Disember – 29 Disember – 28 Disember
lihat - perbincangan - sunting - sejarah