Wikipedia:Manual gaya penulisan/Ejaan
Penampilan
Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Semasa menulis untuk Wikipedia, sila ambil perhatian terhadap ejaan anda. Sebagai sebuah ensiklopedia, Wikipedia tidak seharusnya mengandungi kesalahan ejaan. Pada dasarnya, kesalahan ejaan boleh dielakkan dengan:
- Mengamalkan sikap berhati-hati
- Tidak gopoh semasa menaip
- Merujuk kepada kamus sekirannya tidak pasti akan ejaan sesuatu perkataan.
Untuk orang dewasa yang telah menerima pendidikan dasar, biasanya mereka tidak akan menghadapi masalah yang besar dalam mengeja sesuatu perkataan. Kesalahan ejaan yang dilakukan biasanya adalah disebabkan oleh kecuaian, ataupun kesilapan menaip.
Kesalahan ejaan bahasa Melayu yang biasa dijumpai
[sunting sumber]Satu masalah ejaan Bahasa Melayu yang biasanya dihadapi oleh masyarakat umum ialah ejaan kata terbitan, yakni ejaan untuk kata yang telah menerima imbuhan. Masalah ini timbul apabila sesetengah kata akan mengalami proses morfofonemik, dan sesetengah lagi tidak. Contohnya: