Pergi ke kandungan

Zaman baharian lewat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gading Barberini ialah kepingan gading yang berasal daripada zaman Byzantium lama, era Leonid atau Justinianus, yang dibuat di Constantinople pada awal abad ke-6. Ia kini dipamerkan di Muzium Louvre.

Zaman baharian lewat (bahasa Inggeris: late antiquity, lit.'zaman purba lewat') kadangkala ditakrifkan bermula dari penghujung zaman baharian klasik hingga sebelum Zaman Pertengahan, dari sekitar akhir abad ke-3 hingga abad ke-7 atau ke-8 di Eropah dan kawasan berhampiran Lembangan Mediterranean, bergantung pada lokasi.[1] Cara pengkategorian zaman sejarah ini menjadi popular dalam bahasa Inggeris kerana ahli sejarah Peter Brown, yang mencadangkan tahun antara 150 dan 750 TM.[2] Pusat Oxford untuk Zaman Baharian Lewat mentakrifkannya sebagai "tempoh antara kira-kira 250 dan 750 TM".[3] Had sebenar tempoh ini masih diperdebatkan. Di dunia Barat, ia berakhir lebih awal, dengan Abad Pertengahan Awal bermula sekitar abad ke-6, atau lebih awal lagi di pinggir Empayar Rom Barat.[perlu rujukan]

Terminologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "baharian" bermaksud perihal zaman silam, dan ia berasal daripada adjektif "bahari", yang bermaksud dahulukala. Istilah Spätantike, harfiahnya bermaksud "zaman purba lewat", telah digunakan oleh ahli-ahli sejarah berbahasa Jerman sejak ia dipopularkan oleh Alois Riegl pada awal abad ke-20.[4] Dalam bahasa Inggeris, ia mendapat populariti melalui penulisan Peter Brown, The World of Late Antiquity 'Dunia Baharian Lewat' (1971), yang mencabar pandangan tradisional tentang budaya Klasik yang stagnan yang dicadangkan oleh Gibbon. Sebaliknya, Brown mempersembahkan zaman purba lewat sebagai tempoh pembaharuan yang dinamik dan permulaan baharu. Satu lagi karya Brown, The Making of Late Antiquity 'Pembuatan Baharian Lewat', memperkenalkan cara baharu untuk memahami perubahan dalam budaya Barat pada masa itu, menentang The Making of the Middle Ages 'Pembuatan Zaman Pertengahan' karya Richard Southern.[5]

Garis masa

[sunting | sunting sumber]
  • 284: Diocletianus menjadi maharaja, mengakhirkan Krisis Abad Ketiga.
  • 285: Maharaja Diocletianus membahagikan Empayar Rom kepada Timur dan Barat. Memulakan Tetrarki.
  • 298: Maharaja Rom Timur Galerius mengalahkan raja Sasania Narseh pada Pertempuran Satala, menawan Tisfun dan memaksa Perdamaian Nisibis ke atas Parsi, menamatkan permusuhan antara Empayar Rom dan Sasania.
  • 311: Maharaja Galerius mengeluarkan Dekri Serdica, menamatkan Penindasan Diocletianus terhadap agama Kristian di Empayar Rom.
  • 313: Constantinus I mengalahkan augustus Maxentius di Pertempuran Jambatan Milvian dan menjadi augustus Barat. Constantinus and Licinius mengeluarkan Dekri Milan.
  • 324: Constantinus I dan Crispus mengalahkan Licinius dan Licinius II di Pertempuran Chrysopolis dan Hellespont.
  • 325: Majlis Nicaea Pertama diadakan oleh Constantinus I.
  • 330: 11 May pendedikasian Tiang Constantinus di Konstantinopel menandakan perasmian bandar baharu, Rom Baru.
  • 363: Maharaja pagan Julian menyerang Empayar Sasan dalam Perang Parsi dan ditewaskan teruk oleh Shapur II. Jovianus menjadi maharaja baharu dan menyerahkan beberapa wilayah dalam Perjanjian Keamanan Parsi-Rom.
  • 376: Thervingi di bawah Fritigern, yang melarikan diri daripada Pencerobohan Hun, dibenarkan menyeberangi Danube ke Moesia.
  • 378: Pada Pertempuran Adrianople, Maharaja Valens Rom Timur dikalahkan dan dibunuh oleh pemberontak Gothik. Pengepungan Pertama Konstantinopel oleh Goth.
  • 380: Theodosius I, Gratian, dan Valentinian II mengeluarkan Dekri Thessalonika, menetapkan agama Kristian Nicaea sebagai gereja negara Empayar Rom.
  • 381: Majlis Konstantinopel Pertama diadakan oleh Theodosius di Gereja Hagia Irene.
  • 382: Dipengaruhi oleh Saint Ambrose, Maharaja Rom Gratian menindas paganisme, menyingkirkan Altar Kemenangan.
  • 394: Dalam Pertempuran Frigidus, Theodosius I mengalahkan Eugenius, augustus Rom pagan yang terakhir.
  • 395: Orang Hun menakluk Parsi.
  • 395: Maharaja Rom Theodosius I mengharamkan semua agama paganisme untuk agama Kristian.
  • 405: Alkitab Vulgata siap, kebanyakannya oleh ahli teologi Jerome. Vulgate akan menjadi satu-satunya Alkitab yang digunakan secara meluas di Barat Latin sehingga Reformasi.
  • 406: Penyeberangan Rhine oleh gabungan puak-puak Jermanik menandakan titik perubahan dalam Zaman Penghijrahan.
  • 410: Alaric I menyerbu Rom buat kali pertama sejak 390 SM. Majlis Seleucia-Ctesiphon yang diadakan oleh Yazdegerd I, untuk menganjurkan Gereja Timur. Pemergian terakhir orang Rom dari Britain.
  • 413: Tembok Theodosian di sekitar Konstantinopel siap, sistem kubu terbesar di Eropah. Konstantinopel tidak akan ditakluki dengan pengepungan sehingga 1204.
  • 415: Hypatia dari Iskandariah, ahli matematik wanita pagan dibunuh oleh rusuhan Kristian. Pembunuhan seorang ahli akademik adalah luar biasa, dan mencetuskan gelombang kejutan di seluruh Empayar Rom.
  • 431: Majlis Efesus diadakan oleh Theodosius II.
  • 432: Santo Patrick memulakan penukaran agama Ireland kepada Kristian, Ireland menjadi negara Eropah pertama di luar wilayah Rom yang ditukar. Kristian Celtik, atau dikenali sebagai Kristian pulau mula membuat tradisi dan adat yang unik kepada penutur bahasa Celtik, sambil tetap menghormati Paus.
  • 451: Pertempuran Dataran Catalaunian, Persekutuan Hun dan perseikatan antara Rom Barat dan Visigoth bertempur sehingga seri. Majlis Khalsedon dianjurkan oleh Pulcheria dan Marcian.
  • 453: Attila Si Orang Hun meninggal dunia.
  • 454: Pertempuran Nedao: Pelbagai pengikut Jerman memberontak dan mengalahkan anak Attila: Ellac. Tamatnya Empayar Hun di Eropah Barat
  • 455: Orang Vandal di bawah Gaiseric menyerbu Rom.
  • 476: Romulus Augustus, Maharaja Rom Barat terakhir dipaksa turun oleh Odoacer, penghulu kaum Heruli Jermanik yang separuh orang Hun dan separuh Sciri; Odoacer mengembalikan persalinan maharaja kepada Maharaja Rom Timur Zeno in Konstantinopel untuk gelaran dux Italy; ini menandakan berakhirnya Empayar Rom Barat dan sering dianggap sebagai menandakan berakhirnya zaman baharian klasik.
  • 486: Dalam Pertempuran Soissons, Clovis I menewaskan negeri baki Rom iaitu Soissons, memulakan dinasti Feringgi Merovingia.
  • s. 500: Battle of Badon: Kemenangan besar untuk Celtic Britons melawan Anglo-Saxons di Britain.
  • 502: Permulaan Perang Anastasia antara Rom dan Parsi Sasan, berlanjutan sehingga 506.
  • 507: Pertempuran Vouillé: Clovis I daripada orang Frank menakluki Gallia Aquitania selepas mengalahkan Visigoth.
  • 526-532: Perang Iberia antara Rom Timur dan Parsi Sasan. Iberia menjadi jajahan Sasan.
  • 529: Maharaja Rom Timur Justinianus I memerintahkan mazhab-mazhab Empayar Rom Timur terkemuka zaman baharian (termasuklah Akademi di Athens yang terkemuka, salah satunya) tutup—kononnya kerana Justinianus murka melihat sifat pagan aliran-aliran tersebut.
  • 532: Pertempuran Autun (532): Kejatuhan Kerajaan Burgundy di tangan orang Feringgi.
  • 533-534: Perang Vandal: Panglima Rom Timur Belisarius menawan semua Afrika dan menghancurkan Kerajaan Vandal.
  • 534: Corpus Juris Civilis, juga dikenali sebagai Kanun Justinianus siap. Kanun undang-undang baharu ini akan mempengaruhi Undang-undang Eropah Zaman Pertengahan dan Kod Napoleon.
  • 535-536: Sebuah letusan gunung berapi dahsyat (mungkin di Amerika Tengah) menyebabkan peristiwa cuaca melampau 535–536: Selama 18 bulan, debu dan abu menggelapkan langit, menyebabkan cuaca tidak sesuai dengan musim, kematian tanaman dan kebuluran di seluruh dunia.
  • 536: Belisarius menawan Rom semasa Perang Goth (535–554). Permulaan Kepausan Byzantium.
  • 537: Hagia Sophia, bangunan Kristian terbesar yang pernah dibina, siap dibina di Konstantinopel, menjadi pusat masyarakat Byzantium selama satu alaf.
  • 539/540: Satu lagi letusan di kawasan tropika menyebabkan satu lagi musim sejuk gunung berapi dan Zaman Ais Baharian Lewat.
  • 541-562: Perang Lazik yang panjang antara Rom Timur dan Parsi.
  • 542: Wabak Justinianus tiba di Konstantinopel dan tersebar di seluruh Lembangan Mediterranean dan Eropah pada 540-an, memulakan pandemik wabak yang pertama yang berlanjutan sehingga abad ke-8.
  • 546: Ostrogoth di bawah kepimpinan Totila menyerbu Rom.
  • 547: Musim sejuk akibat gunung berapi terakhir Zaman Ais Kecil Baharian Lewat.
  • 550: Gereja Para Hawari Suci Justinianus ditahbiskan di Konstantinopel.
  • 553: Majlis Konstantinopel Kedua diadakan oleh Maharaja Justinianus I dan dipengerusikan oleh Patriark Eutychius dari Konstantinopel.
  • s. 560: Battle of Gol-Zarriun: Hephthalite Empire dibubarkan menjadi kerajaan kecil dengan serangan gabungan Parsi dan Western Turkic Khaganate.
  • 567: Perang Lombard–Gepid (567): Kerajaan Gepid di Pannonia dihancurkan oleh orang Lombard dan Avar. Lombard akan menakluk Italy tahun berikutnya.
  • 572-591: Perang Byzantium–Sasan 572–591: Konflik yang panjang di Kaukasus.
  • 575/578: Penaklukan semula Sasan di Yaman.
  • 590s-602: Kempen Balkan Maurice menjadi pertahanan serangan terakhir sempadan Danube.
  • 585: Kerajaan Suebi di Gallaecia dihancurkan oleh Raja Visigoth Liuvigild.
  • 602: perubahan rejim ganas daripada Maurice kepada Phocas. Menggunakan itu sebagai alasan, Khusrau II memulakan Perang Byzantium-Sasan Terakhir, berlanjutan sehingga 628. Perang berlangsung di seluruh Timur Dekat, meletihkan kedua-dua pihak.
  • 609: Maharaja Phocas memberikan Pantheon, Rom kepada Paus Bonifatius IV dan ia menjadi sebuah gereja.
  • 622: Hijrah: Nabi Muhammad and Abu Bakar meninggalkan Makkah ke Madinah dan mulakan sebuah masyarakat Islam.
  • 626: Pengepungan Konstantinopel oleh orang Avar, Slav dan Sasan.
  • 626: Puak-puak Slav di Moravia dan Pannonia, diketuai oleh saudagar Feringgi Samo memberontak terhadap khagan Avar, mengasaskan Empayar Samo, negeri orang Slav yang pertama.
  • 630: Di tataran Pontic, Kekhaganan Khazar dibentuk, selepas pembubaran Kekhaganan Turkik Barat.
  • 632: Bulgaria Raya Lama diasaskan di utara Laut Hitam di Eropah Barat
  • 634: Pertempuran Qartin: pemulaan pembukaan kota Syam oleh Arab.
  • 636: Pertempuran al-Qadisiyah: pembukaan Mesopotamia oleh Khulafa al-Rasyidin.
  • 636: Pertempuran Yarmuk: Pembukaan Syam oleh panglima Arab Khalid bin Walid.
  • 640: Pertempuran Heliopolis: Panglima Arab Amru bin al-As memulakan pembukaan Mesir oleh orang Islam.
  • 641: Pertempuran Nihawand: Empayar Sasan hampir jatuh.
  • 650s: Pertempuran Balanjar (650-an): Orang Turk Khazar menewaskan tentera Khulafa al-Rasyidin. Permulaan Perang Arab–Khazar
  • 651: Pembukaan Parsi oleh Orang Islam menyebabkan Kejatuhan Empayar Sasan dengan kekalahan, pelarian dan kematian maharaja terakhirnya Yazdegerd III selepas Pertempuran Sungai Amu Darya.
  • 654: Abu al-Awar mengalahkan Constans II di Pertempuran Kepala Tiang. Kemenangan besar di laut dalam Perang Arab–Byzantium.
  • 661: Fitnah Pertama tamat dengan perjanjian Hasan–Muawiyah antara Hasan bin Ali dan Muawiyah I, mengakui Muawiyah sebagai Khalifah Umaiyah yang pertama.
  • 663: Constans II menanggalkan jubin-jubin gangsa daripada Pantheon, Rom.
  • 674: Pengepungan Pertama Konstantinopel oleh orang Arab, berlanjutan sehingga 678.
  • 680: Fitnah Kedua bermula selepas kematian Muawiyah I dan berlanjutan selama 12 tahun. Husain bin Ali dikalahkan oleh Yazid I di Pertempuran Karbala. Majlis Ketiga Konstantinopel diadakan oleh Constantinus IV dan Patriark George I dari Konstantinopel.
  • 681: Empayar Bulgaria Pertama diasaskan oleh khan Asparuh melalui perjanjian dengan Constantinus IV.
  • 688: Pertempuran Mamma: Panglima Umaiyah Zuhair bin Qais mengalahkan raja barbar Kusailah. Kejatuhan Kerajaan Altava
  • 691: Pembinaan Kubah al-Sakhrah di Bukit Kuil di Baitulmuqaddis bermula di bawah khalifah Umaiyah Abdul Malik bin Marwan.
  • 698: Kartaj Rom diranapkan oleh Hassan bin al-Nukman selepas Pertempuran Kartaj. Tamatnya Keeksarkan Afrika.
  1. ^ https://guides.loc.gov/late-antiquity. Retrieved 5 November 2023.
  2. ^ The World of Late Antiquity (1971)
  3. ^ https://www.ocla.ox.ac.uk/. Retrieved 24 Disember 2024.
  4. ^ A. Giardina, "Esplosione di tardoantico", Studi storici 40 (1999).
  5. ^ Glen W. Bowersock, "The Vanishing Paradigm of the Fall of Rome", Bulletin of the American Academy of Arts and Sciences 49.8 (May 1996:29–43) p. 34.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Perry Anderson, Passages from Antiquity to Feudalism, NLB, London, 1974.
  • Peter Brown, The World of Late Antiquity: dari Marcus Aurelius hingga Muhammad (CE 150–750), Thames dan Hudson, 1989,ISBN 0-393-95803-5
  • Peter Brown, Pihak Berkuasa dan Yang Suci : Aspek Kristianisasi Dunia Rom, Routledge, 1997,ISBN 0-521-59557-6
  • Peter Brown, The Rise of Western Christendom: Triumph and Diversity 200–1000 CE, Blackwell, 2003,ISBN 0-631-22138-7
  • Henning Börm, Westrom. Von Honorius bis Justinian, ed ke-2. , Kohlhammer Verlag, 2018,ISBN 978-3-17-023276-1 . ( Semakan dalam bahasa Inggeris ).
  • Averil Cameron, Empayar Rom Kemudian: CE 284–430, Harvard University Press, 1993,ISBN 0-674-51194-8
  • Averil Cameron, The Mediterranean World in Late Antiquity CE 395–700, Routledge, 2011,ISBN 0-415-01421-2
  • Averil Cameron et al. (editor), The Cambridge Ancient History, jilid. 12–14, Cambridge University Press 1997ff.
  • Gilian Clark, Late Antiquity: A Very Short Introduction, Oxford University Press, 2011,ISBN 978-0-19-954620-6
  • John Curran, Kota Pagan dan Ibu Kota Kristian: Rom pada Abad Keempat, Clarendon Press, 2000.
  • Alexander Demandt, Die Spätantike, ed ke-2. , Beck, 2007
  • Peter Dinzelbacher dan Werner Heinz, Europa in der Spätantike, Primus, 2007.
  • Fabio Gasti, Profilo storico della letteratura tardolatina, Pavia University Press, 2013,ISBN 978-88-96764-09-1 .
  • Tomas Hägg (ed.) "Debat SO: The World of Late Antiquity revisited," dalam Symbolae Osloenses (72), 1997.
  • Scott F. Johnson ed. , The Oxford Handbook of Late Antiquity, Oxford University Press, 2012,ISBN 978-0-19-533693-1
  • Arnold HM Jones, Empayar Rom Kemudian, 284–602; tinjauan sosial, ekonomi dan pentadbiran, jilid. I, II, Universiti Oklahoma Press, 1964.
  • Bertrand Lançon, Rom pada Zaman Kuno Akhir: CE 313–604, Routledge, 2001.
  • Noel Lenski (ed.), The Cambridge Companion to the Age of Constantine, Cambridge University Press, 2006.
  • Samuel NC Lieu dan Dominic Montserrat (eds.), Dari Constantine kepada Julian: Pandangan Pagan dan Byzantine, Sejarah Sumber, Routledge, 1996.
  • Josef Lössl dan Nicholas J. Baker-Brian (eds.), A Companion to Religion in Late Antiquity, Wiley Blackwell, 2018.
  • Michael Maas (ed.), The Cambridge Companion to the Age of Justinian, Cambridge University Press, 2005.
  • Michael Maas (ed.), The Cambridge Companion to the Age of Attila, Cambridge University Press, 2015.
  • Robert Markus, Pengakhiran Agama Kristian Kuno, Cambridge University Press, 1990.
  • Ramsay MacMullen, Mengkristiankan Empayar Rom CE 100–400, Yale University Press, 1984.
  • Stephen Mitchell, Sejarah Empayar Rom Kemudian. CE 284–641, edisi ke-2. , Blackwell, 2015.
  • Michael Rostovtzeff (rev. P. Fraser), Sejarah Sosial dan Ekonomi Empayar Rom, Oxford University Press, 1979.
  • Johannes Wienand (ed.), Monarki yang Dipertandingkan. Mengintegrasikan Empayar Rom pada Abad Keempat CE, Oxford University Press, 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]