Pergi ke kandungan

Abu Samah Mohd Kassim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 671250 pada 17:27, 20 Oktober 2008 oleh Malekhanif (bincang | sumb.) (Laman baru: '''Abu Samah Mohd Kassim''' salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak 1975. Dengan itu, beliau adalah salah seorang pemimpin Melayu PKM yang penting. PKM ditubuhkan pada 1930 sedan...)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Abu Samah Mohd Kassim salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak 1975. Dengan itu, beliau adalah salah seorang pemimpin Melayu PKM yang penting. PKM ditubuhkan pada 1930 sedangkan UMNO pada 1946.

Abu Samah berasal dari mukim Semantan, Temerloh , Pahang ialah cicit Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan yang memimpin gerakan penentangan terhadap campur tangan Inggeris dalam politik dan pentadbiran Pahang pada tahun 1891-1891.

1946-1948 menyertai pejuangan nasionalisme dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Angkatan Pemuda Insaf. Seterusnya 1948 menyertai perjuangan bersenjata untuk mendapatkan kemerdekaan melalui Rejimen Ke-10, Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Atas arahan pihak tertinggi PKM, pada 1953 Rejimen ke-10 pindah dari hutan Pahang ke selatan Thailand sehingga 1989. Antara 1969 - 1976 , beliau memimpin pasukan penggempur seramai 40 orang di Hulu Kelantan. Malahan pernah bertembung dengan tentera Malaysia dalam Operasi Gonzales.

Dalam usia 80 tahun , beliau menetap di Sukhirin, Selatan Thailand bersama Abdullah CD dan bekas anggota Rejimen Ke-10 yang memilih tidak pulang ke Malaysia .Abdullah CD dan Rashid Maidin telah meninggal dunia di selatan Thailand.

Kritikan

Buku memoir anggota PKM mendapat kecaman pelbagai pihak dalam akhbar Utusan Malaysia kerana cuba mengangkat anggota-anggota PKM sebagai pejuang kemerdekaan. Oleh itu penerbit UKM membekukan penerbitan dan pemasaran buku ini dan diambil alih oleh SIRD, Petaling Jaya.

Rujukan

  • Abu Samah Mohd.Kassim: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman diterbitkan oleh SIRD Petaling Jaya (2008) . Buku ini ditulis oleh Dr.Mohamed Salleh Lamry dari UKM.