Pergi ke kandungan

128-bit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemproses
4-bit 8-bit 12-bit 16-bit 18-bit 24-bit 31-bit 32-bit 36-bit 48-bit 64-bit 128-bit
Penggunaan
16-bit 32-bit 64-bit
Saiz data
nibel   oktet   bait   kata   kata-d   kata-q

Integer, alamat ingatan, dan unit data 128-bit yang lain dalam bidang seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 128 bit 16 oktet lebarnya. Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit logik aritmetik (ALU) 128-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan pendaftar, bas alamat, atau bas data dengan saiz itu.

Pada saat ini, tidak adanya pemproses tujuan am aliran utama yang dibina untuk mengendalikan integer dan alamat 128-bit, walaupun sebilangan pemproses dapat mengendalikan data 128-bit. System/370 yang dicipta oleh IBM bolehlah dianggap sebagai komputer 128-bit asas yang pertama kerana ia menggunakan daftar titik apung 128-bit. Kebanyakan unit pemprosesan pusat (CPU) yang moden menonjolkan set suruhan SIMD (SSE, AltiVec, dll.), dengan daftar vektor 128-bit digunakan untuk menyimpan banyak nombor yang lebih kecil, misalnya empat nombor titik apung 32-bit. Dengan itu, satu suruhan tunggal dapat mengendalikan kesemua nilai itu secara bersama-sama. Ini merupakan pemproses 128-bit daripada segi bahawa ia mempunyai daftar 128-bit walaupun ia tidak mengendalikan nombor yang panjangnya 128 digit perduaan.

  • 128 bit ialah saiz kekunci untuk sifer simetri dalam bidang kriptografi. Ia juga merupakan saiz untuk alamat Pengecam Unik Sejagat dan IPv6.
  • Pemproses 128-bit akan menjadi lebih lazim apabila ingatan boleh alamat 16 eksbibait tidak lagi mencukupi kerana ia memungkinkan pengalamatan ingatan sebanyak 340,282,366,920,938,463,463,374,607,431,768,211,456 bait (340.3 ~ undesilion bait atau 281,474,976,710,656 yobibait). Namun demikian, had fizikal untuk ingatan sebesar ini kini tidak dapat dicapai berdasarkan pencapaian teknologi semasa, dengan jumlah itu jauh melebihi jumlah data yang kini disimpan di Bumi.
  • Nombor titik apung kepersisan kuadrupel (128-bit) dapat menyimpan nombor titik tetap qkata (64-bit) atau integer dengan tepat tanpa kehilangan kepersisan. Perhatikanlah bahawa sejak pemproses 8087 (1980), seni bina x86 telah mula menyokong titik apung 80-bit yang menyimpan dan memproses integer 64-bit dengan lebih tepat.
  • Banyak kad grafik moden (pada 2007) mempunyai bas data 128-bit atau 256-bit ke ingatan.
  • Playstation 2 CPU Emotion Engine yang diterbitkan oleh Sony diiklankan sebagai pemproses 128-bit. Walau demikian, meskipun ia mempunyai daftar SIMD 128-bit sebagaimana dengan banyak pemproses yang lain, ia sebenarnya hanya merupakan pemproses 64-bit daripada segi tradisional kerana hanya menggunakan alamat ingatan 64-bit.
  • Set suruhan maya AS/400 menetapkan semua penuding sebagai 128-bit. Ini diterjemahkan ke dalam set suruhan nyata perkakasan jika diperlukan, dan membenarkan perkakasan yang mendasarinya bertukar tanpa keperluaan untuk menyusun semula perisian. Perkakasan dahulu ialah komputer set suruhan kompleks (CISC) 32-bit, manakala perkakasan kini ialah PowerPC 64-bit. Kerana penuding ditetapkan sebagai 128-bit, perkakasan masa depan yang menggunakan 128-bit tidak akan menghadapi sebarang ketakserasian perisian.
  • Kadar bit yang lebih besar juga umumnya ditemui dalam cip kad grafik, dengan sesetengah saiz basnya mencapai 512-bit panjangnya.