Abdul Rahman Abbas
Abdul Rahman Abbas SMN; DMK (Kedah); DUPN (Pulau Pinang); SPDK (Sabah); SUMW (WP); DP (Sarawak); DMPN, DJN (Pulau Pinang) | |
---|---|
Dalam jawatan 1 Mei 2001 – 30 April 2021 | |
Ketua Menteri | Koh Tsu Koon (2001–2008) Lim Guan Eng (2008–2018) Chow Kon Yeow (2018–2021) |
Didahului oleh | Hamdan bin Sheikh Tahir |
Digantikan oleh | Ahmad Fuzi Abdul Razak |
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 21 Oktober 1990 – 4 April 1995 | |
Didahului oleh | Ooi Ean Kwong |
Digantikan oleh | Yahaya Abdul Hamid |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Bertam | |
Dalam jawatan 1977–1995 | |
Didahului oleh | Ahmad Abdullah |
Digantikan oleh | Hilmi Abdul Rashid |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Permatang Pauh, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) | 15 Mei 1938
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff |
Kediaman | Seri Mutiara |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Bidang pengkhususan | Guru |
Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Abbas (lahir 15 April 1938) ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-7 dari 1 Mei 2001 hingga 30 April 2021. Beliau juga merupakan Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Kerjaya dan politik
[sunting | sunting sumber]Abdul Rahman bekerja sebagai guru selama 20 tahun. Mulai 1978 bertanding beliau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Pulau Pinang dan menang selama empat penggal.
Beliau pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974-1988. Beliau merupakan anggota Pemuda Umno dari 1976-1978 dan menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas pada 1988.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
[sunting | sunting sumber]Beliau mula dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001. Seterusnya dilantik semula pada 1 Mei 2005.
Pada 15 April 2009, Abdul Rahman menerima watikah pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pada 1 Mei 2009, Abdul Rahman Abbas mengangkat sumpah angkat sumpah penggal ke-3 di Seri Mutiara dan disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria.
Kenamaan yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan lain-lain.[1]
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Abdul Rahman berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan dengan empat orang anak.
Sakit paru-paru
[sunting | sunting sumber]Perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 19 April 2010 ditangguhkan kerana Tun Abdul Rahman Abbas dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana penyakit berkaitan paru-paru.[2]
Penghargaan dan gelaran
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dianugerahkan:[3]
Gelaran
[sunting | sunting sumber]Beliau kini memegang gelaran "Tun Datuk Seri Utama" dengan gabungan gelaran Persekutuan Malaysia yang tertinggi "Tun" (SMN) dan gelaran tertinggi Pulau Pinang "Dato' Seri Utama" (DUPN).
Di negeri-negeri lain di Malaysia, gabungan yang sama antara gelaran Persekutuan Malaysia yang tertinggi "Tun" (SMN) dan gelaran tertinggi tempatannya boleh digunakan. Contoh: Tun Datuk Seri Panglima di Sabah.
Penghargaan Pulau Pinang
[sunting | sunting sumber]- Sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-7 (sejak 1 Mei 2001)
- Darjah Pangkuan Negeri
- Darjah Johan Negeri (DJN)
- Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) dengan gelaran Dato’
- Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) dengan gelaran Dato’ Seri Utama[4]
- Darjah Pangkuan Negeri
Penghargaan Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dengan gelaran Tun
- Kedah :
- Darjah Utama Sri Mahawangsa Yang Amat di-Hormati (DMK) dengan gelaran Dato' Seri Utama
- Sabah :
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) dengan gelaran Datuk Seri Panglima
- Sarawak :
- Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) dengan gelaran Datuk Patinggi
Penghargaan dan gelaran Majimor binti Shariff
[sunting | sunting sumber]Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff telah dianugerahkan:[5]
Gelaran
[sunting | sunting sumber]Beliau memegang gelaran "Toh Puan Datuk Seri Utama" dengan gabungan Toh Puan yang dihubungkan dengan gelaran "Tun" (SMN) tertinggi Malaysia suaminya dan gelaran "Dato' Seri Utama" (DUPN).
Penghargaan Pulau Pinang
[sunting | sunting sumber]- Sebagai isteri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-7 (sejak 1 Mei 2001)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tun Abdul Rahman Sambung Tugas Sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Bernama
- ^ Yang Dipertua Negeri P Pinang Semakin Pulih
- ^ List of Malay rulers with orders details
- ^ decorations of Penang : Order of the Defender of State founded in 01/08/1967
- ^ List of Malay consorts of rulers with details of orders
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Biografi" (dalam bahasa Malay). Penang State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2011. Dicapai pada 2011-04-30. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1938
- Orang hidup
- Orang dari Pulau Pinang
- Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Alumni Universiti Malaya
- ADUN Pulau Pinang
- Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
- Penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah