Pergi ke kandungan

Abu Ubaidah bin Al-Jarrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Abu Ubaidah Al-Jarrah)

Abu Ubaidah al-Jarrah r.a atau nama sebenarnya 'Amir ibn Abdullah ibn al-Jarrah ibn Hilal bin Hilal al-Fihri al-Quraisy' salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa'ad. Dia berasal dari kaum Quraisy, suku al-Harith ibn Fihr. Abu Ubaidah merupakan antara sahabat Rasulullah yang terawal. Beliau merupakan antara sahabat yang berhijrah ke Habsyah, dan kemudian ke Madinah.

Abu Ubaidah Al-Jarrah

أبو عبيدة بن الجراح
Kelahiran
Amir bin Abdullah

StatusMeninggal dunia
Meninggal dunia639M
Sebab kematian Dijangkiti Penyakit Taun
Mayat dijumpai olehAmru al-As
Tempat ditanamAl-Agwar Wusto, Jordan
PekerjaanPanglima islam
Tahun aktif624M-639M
Era
Pangkat
  • Panglima Islam
  • Ketua Panglima Islam
  • Pemegang Amanah Umat Islam
PenggantiSaidina Khalid Ibn Walid
BapaAbdullah bin Al-Jarrah bin Hilal bin Hilal al-Fihri al-Quraisy
KeluargaQuraisy

Kelebihan beliau

[sunting | sunting sumber]

Hadis Nabi mengenai kelebihan Abu Ubaidah

"Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al Jarrah"

"Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur dikalangan umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah"[1]

"Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy[1] memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah"

Salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalid Al-Walid segan dan kagum akan kehebatan dan karisma beliau. Sehingga dalam peperangan menentang Rom Byzantine, sewaktu proses penyerahan tugas dari Abu Ubaidah kepada Khalid, Khalid berkata:

"Demi Allah, kalau tidak kerana mematuhi arahan khalifah, aku tidak akan memerintahkan kamu ataupun berada di atas kamu. Engkau lebih mulia dari aku. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang sahabat Nabi. Tapi kamu adalah yang hormati. Kamulah yang baginda panggil 'Penjaga Amanah Umat'."

Begitu juga dengan Umar. Ketika para sahabat berselisih pendapat mengenai rombongan ke Amawas ketika berlakunya wabak taun, Abu Ubaidah mengatakan kepada Umar:

"Wahai Umar. Apakah kamu mahu lari daripada takdir Allah?"

Umar yang merenung wajah Abu Ubaidah kerana merasa segan dengan teguran dan karisma Abu Ubaidah mengatakan:

"Sekiranya ada orang lain yang mengatakan perkara itu selain daripada kau wahai Abu Ubaidah, ya. Aku lari dari takdir Allah untuk pergi kepada takdir Allah yang lain."

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Ubaidah merupakan antara calon pilihan Abu Bakar untuk menjadi khalifah bersama Umar. Namun umat Islam ketika itu sepakat untuk memilih Abu Bakar sebagai Khalifah Rasulullah yang pertama.

Beliau juga dikenali oleh orang Islam dan Yahudi Madinah pada ketika itu sebagai perunding dan pembuat keputusan yang terbaik di kalangan para sahabat.

Abu Ubaidah Al-Jarrah membantu Abu bakar

[sunting | sunting sumber]

Pada suatu pagi, Abu Ubaidah Al-Jarrah berjalan di Masjid al-Haram bagi berjumpa dengan Abu Bakar. Dilihat orang ramai berkumpul sambil bersorak ria. Beliau menghampiri sekumpulan itu. Beliau terkejut melihat Abu Bakar dibelasah.

Beliau menyuruh mereka berhenti memukul Abu Bakar namun tidak dihiraukan. Beliau bersama beberapa lagi lelaki Bani Tamim yang berada disitu menyelamatkan Abu Bakar dengan menghalangnya dari terus dipukul. Tetapi berapa orang lelaki memukul Abu Bakar cuba bertindak kasar dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah dan para lelaki kaum Bani Tamim. Abu Ubaidah Al-Jarrah lantas mengeluarkan pedang yang berada disamping.

"Silakan sesiapa yang tidak sayang nyawanya. Mari kita berlawan satu lawan satu" cabar Abu Ubaidah Al-Jarrah.

"Oh, mahu tunjuk lagak? Saya nak tentang kamu!" Pemuda bernama ikramah, anak Abu Jahal bersuara. Dia menyahut cabaran Abu Ubaidah Al-Jarrah.

"Keluarkan senjata kamu, mari kita buktikan siapa yang kuat!" Teriak Abu Ubaidah Al-Jarrah. Dia lalu menghunuskan pedang.

Ikramah segera menghunus pedangnya. Kedua-duanya siap untuk bertarung tetapi dihalang olehAbu Jahal dan abu lahab.

"kamu berdua ini bukan pengikut Muhammad . Kita sama-sama tentang dia. Jadi sia-sia sahaja sekiranya terjadi pertumpahan darah disini" Jerit Abu Jahal.

"Abu Bakar adalah sahabat baik saya. Saya tidak akan biarkan dia dianaya"Balas Abu Ubaidah Al-Jarrah dengan nada marah.

sekiranya kamu bunuh Abu Bakar kami Bani Tamim akan menuntut bela! Kami akan perangi kamu!" Teriak seorang lelaki daripada Bani Tamim yang kebetulan berada disitu.


Mendengar ancaman itu, orang ramai pun berundur kerana ketakutan. Abu Ubaidah Al-Jarrah serta lelaki daripada Bani Tamim itu segera mengangkat Abu Bakar yang cedera dipukul.


Abu Bakar mengerang kesakitan.

"Terima kasih Abu Ubaidah Al-Jarrah atas pertolongan kamu dan juga kamu semua" katanya dengan pelahan. Mukanya berkereut menahan sakit.

"Perkara kecil sahaja. Saudara dalam kesusahan jadi saya beri pertolongan, Keadaan saudara agak teruk, biar saya hantar saudara pulang kerumah" Abu Ubaidah Al-Jarrah menawarkan bantuan.

Abu Bakar mengangguk setuju. Abu ubaidah dan lelaki Bani Tamim itu membantu memapah Abu Bakar pulang ke rumahnya.

"wahai anak quhafah, jika tidak keberatan biarlah unta saya ini membawa kamu yang cedera ini kerumah. Dalam keadaan begini pasti sukar bagi kamu untuk berjalan" pelawa lelaki Bani Tamim itu.




Membunuh bapa kandungnya sendiri

[sunting | sunting sumber]

Diceritakan perang tercetus antara Umat Islam dan Kaum Kafir Quraisy yang dinamakan Perang Badar disebabkan perang itu tercetus dikawasan Badar. Bapa Abu Ubaidah Al-Jarrah, Abdullah turut menyertai peperangan. Abu Ubaidah Al-Jarrah Selalu mengelakkan diri untuk bertemu dengan bapa kandungnya Abdullah kerana tidak sanggup bertarung dengan bapa sendiri.

Abdullah antara Panglima Musyrikin yang mengetuai peperangan itu. Beliau antara orang yang lantang menentang agama Islam dan menolak Ajaran Nabi Muhammad SAW selain Abu Jahal.

Ditengah keramaian dan kebisingan bunyi hanusan pedang, dengan takdir Allah Abu Ubaidah Al-Jarrah terserempak dengan bapanya Abdullah. Abdullah lalu mengejar Abu Ubaidah. Abdullah menyangka anaknya itu takut dan tidak mampu berhadapan dengan dia. Abdullah tidak melihat anak lelakinya itu sebagai anak tetapi sebagai musuh.

Selepas puas Abu Ubaidah Al-Jarrah berpusing keliling bagi menjauhkan diri daripada ayahnya. Akhirnya Abu Ubaidah Al-Jarrah tersempit disuatu penjuru. Beliau tidak dapat kemana-mana selain menantikan bapanya tiba.

Abu Ubaidah Al-Jarrah kemudiannya berkata ke ayahnya, "Wahai ayah, ucaplah tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu persuruh Allah"

Abdullah membalas, "Aku tidak akan sesekali tunduk pada Tuhannya Muhammad. Aku lebih Rela mati daripada menyembah Tuhan kamu itu!"

Dengan pedang terhunus ditangan, Abdullah menerpa kearah Abu Ubaidah Al-Jarrah. Si anak terpaksa mengelak bagi mempertahankan dirinya. Tetapi si bapa menggila tanpa belas kasihan menyerang anaknya itu sendiri. Akhirnya Abu Ubaidah Al-Jarrah tiada pilihan, beliau terpaksa menentang ayah kandungnya sendiri. yang pada masa itu, Abdullah masih berada diatas kuda sedangkan Abu Ubaidah Al-Jarrah berjalan kaki.

Kemudian Abdullah memecut kudanya kearah Abu Ubaidah Al-Jarrah lalu cuba menetaknya dengan pedang tetapi tidak mengenai sasaran. Kemudian Abdullah mencuba lagi. Tetapi kali ini Abu Ubaidah Al-Jarrah sudah bersiap sedia. Dengan pantas beliau menetak tubuh ayah kandungnya itu sebelum ayahnya itu sempat mengayun senjatanya.

Abdullah terjatuh daripada kudanya. Melihat ayahnya telah rebah, Abu Ubaidah Al-Jarrah terus mendapatkan ayahnya yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Pelahan-lahan kepala ayahnya itu dipangku ke ribanya. Tidak lama kemudian, Abdullah meninggal dunia dipangkuan anaknya Abu Ubaidah Al-Jarrah.

Pada malam itu, Abu Ubaidah Al-Jarrah Tidak dapat melelapkan matanya. Terlalu sukar baginya untuk melupakan peristiwa siang tadi semasa beliau terpaksa membunuh ayah kandungnya sendiri. Tiba-tiba muncul Nabi Muhammad SAW bersama Abu Bakar as-Siddiq

"Wahai Abu Ubaidah Al-Jarrah, bergembiralah kamu kerana Allah yang Maha mengetahui sudah menurunkan wahyunya". Kata Abu Bakar as-Siddiq

Nabi Muhammad SAW lantas membacakan wahyu yang baru diterimanya itu,

"Engkau tidak akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat berkasih mesra dengan orang yang menentang Allah dan Rasulullah, sekalipun orang itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka. Allah sudah menetapkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka semangat. Allah akan memasukkan mereka kedalam syurga yang didalamnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong agama Allah, ketahuilah penyokong agama Allah adalah orang yang berjaya"Surah al mujadalah ayat 22

Apabila mendengar ayat suci itu dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW, serta merta wajah Abu Ubaidah Al-Jarrah bertukar gembira. Kepedihan perasaannya itu tiba-tiba hilang seperti dibawah angin.

Perancangan menakluki Damsyik

[sunting | sunting sumber]

Selepas pemecatan Saidina Khalid Bin Walid dan kemenangan umat Islam di Yarmuk kini pasukan tentera Islam berada dibawah Pemerintahan Abu Ubaidah Al-Jarrah

Dengan kemenangan Umat Islam di Yarmuk, Abu Ubaidah Al-Jarrah Yakin Raja Kaisar Herculis tidak berdiam diri. Oleh itu, beliau bersiap sedia dengan menghantar pasukan tentera ke wilayah terdekat. Tujuannya adalah memujuk penduduk Arab yang duduk dibawah jajahan Rom membantu tentera Islam menghadapi tentera Rom yang mempunyai bala tentera yang menggerunkan mereka. Ini membuatkan bersetuju tanpa membantah. Berita itu mengemirakan Abu Ubaidah Al Jarrah

Kekalahan di Yarmuk menambahkan lagi kebegisan Rasa Kaisar Herculis. Walaupun dengan pasukan tentera yang mencecah beratusan ribu di bawah ketua panglima Hiraqla , namun mereke tetap tewas apa bila melawan tentera Islam. Kemarahan Raja Kaisar Herculis memuncak. Ternyata tentera Islam sukar digugat. Tetapi tidak mungkin Sang Raja mendiamkan diri kerana ramai pembesarnya turut terkorban.

Kekalahan tentera Rom menjadi berita paling hangat ketika itu. Orang ramai sibuk memperkatakan kekalahan tentera Rom.

Sementara itu, Bilal serta Omar Bin Yasir ditugaskan untuk mengintip bagi tentera Islam di wilayah tentera Rom. Bilal dan sahabatnya itu mengambil kesempatan meninjau di sekitar kawasan tersebut. Selepas berpuas hati dengan hasil tinjauan itu, mereka kembali semula ke kem tentera Islam bagi menyampaikan maklumatkan yang diperolehi kepada Abu Ubaidah Al-Jarrah.


Setelah selesai solat zohor, abu ubaidah menadah tangan memohon doa dengan penuh khusyuk. jemaah dibelakang mengaminkan setiap doa yang dilafazkan olehnya. selesai berdoa Abu Ubaidah meminta sahabatnya untuk duduk bagi membincangkan strategi baharu. Mereka berkumpul dan mula berbincang. masing-masing memberikan pendapat masing-masing.

“bagi serangan kali ini, negeri jajahan Rom yang manakah kita mahu serang dahulu.” tanya Abu Ubaidah kepada sahabat-sahabatnya itu.

Damsyik. Pada pandangan saya, kota Damsyik negeri yang paling sesuai untuk kita serang dahulu. Kemudian baru kota Fihl.” cadang Khalid.

“Mengapa kota Damsyik perlu kita serang dahulu.” tanya Abu Ubaidah

“Ini kerana kota Damsyik adalah kota yang strategi bagi Rom mempertahankan kedudukan mereka. Kota Damsyik mempunyai benteng pertahanan yang kukuh serta nadi pertahanan Rom.” Terang Khalid kemudian beliau menyambung lagi “selepas menawan kota Damsyik baru kita tawan kota fhil.”

Kemudian amru pula mencelah, “saya cadangkan kita tawan dahulu Paalestin. Kemudian baru Damsyik dan seterusnya kota fhil.”

“Mengapa pula kita takluk Palestin dahulu, sedangkan palestin tidak sehebat kota damsyik. saya yakin Raja Kaisar Herculis pasti takut kehilangan kota damsyik berbanding palestin.”Khalid memberi pendapatnya. dia kurang setuju dengan cadangan Amru.

Abu Ubaidah mendengarkan dengan penuh teliti sambil mencatatkan beberapa cadangan yang difikirkan baik.

“baiklah sekarang saya sudah dengar banyak pendapat dan cadangan tetapi saya sendiri tidak dapat memutuskan. Jadi, lebih baik kita minta pendapat Khalifah Umar bagi penyesaikan perkara ini.” kata Abu Ubaidah. Para sahabat bersetuju.

selepas mesyuarat, Abu Ubaidah tanpa berlengah menulis surat kepada khalifah umar bagi menyesaikan masalah yang dihadapi. surat itu diserahkan kepada utusan bagi disampaikan kepada khalifah umar al-khattab di madinah.


lebih kurang dua minggu kemudian, utusan beliau kembali membawa surat balasan dari khaliffah umar. Didalam surat itu Khalifah Umar memerintahkan Abu Ubaidah menakluk Damsyik dahulu, kemudian baru takluk kota fihl kemudian palestin.

Suatu Peristiwa Di Perang Uhud

[sunting | sunting sumber]

Peristiwa itu berlaku dalam peperangan Uhud apabila tentera Islam sedang bertempur dengan golongan Musyrikin yang tidak henti-henti menentang Islam.

Menurut satu riwayat, Abu Bakar berkata, ketika peperangan Uhud meletus, Rasulullah saw terkena panah. Dalam riwayat lain ada disebutkan dalam peperangan itu, Baginda terkena lemparan batu daripada pihak musuh.

Batu yang dilemparkan kepada Rasulullah itu terkena rantai pakaian perang (topi berantai besi) Baginda. Apabila terkena rantai itu, kepingan rantai yang patah itu tertusuk ke dalam rahang hingga dua gigi geraham Baginda tercabut. Ketika itu darah mengalir dari pipi Baginda dengan banyak.

Dalam suasana hiruk-pikuk peperangan itu, Abu Bakar berusaha mendekati Rasulullah, tetapi ketika itu ada seorang lain yang meluru dengan pantas seperti kilat ke arah Baginda.

Melihat ada orang yang berlari begitu pantas ke arah Rasulullah, ramai sahabat cemas dan bimbang kerana menyangka musuh Islam.

Bagaimanapun, akhirnya jelas didapati orang yang berlari kencang itu ialah Abu Ubaidah.

Sewaktu berada di sisi Rasulullah, Abu Ubaidah berkata: "Wahai Abu Bakar. Aku mohon dengan nama Allah agar engkau membiarkan aku mencabut besi yang tertusuk di pipi Rasulullah.”

Selepas dibenarkan berbuat demikian, Abu Ubaidah menggunakan dua gigi depannya untuk mencabut besi tajam yang tertusuk di pipi Rasulullah. Ini kerana ia tidak boleh ditarik keluar dengan tangan. Kalau menggunakan tangan, serpihan dan kepingan besi itu mungkin sukar dikeluarkan.

Riwayat ini adalah kisah yang sangat tragik mengenai perjuangan Rasulullah dan sahabat untuk menegakkan Islam.

Entah bagaimana Abu Ubaidah mendapat ilham yang dianugerahkan Allah kepadanya hingga dia mendekatkan mulutnya ke pipi Rasulullah untuk menggigit besi itu. Sejurus kemudian dia terus menariknya keluar.

Pada masa merapatkan mulutnya ke pipi Rasulullah itu, hidungnya tercium darah yang sedang mengalir pada pipi Baginda. Hal ini tidak sedikit pun menggusarkan Abu Ubaidah untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh kewaspadaan.

Apabila serpihan besi itu tercabut keluar, dua gigi geraham Rasulullah turut tercabut bersamanya.

Sebenarnya, Abu Ubaidah bukan saja bimbang gigi geraham Baginda tercabut tetapi dia takut bahagian yang lain turut tercedera. Dengan cara tindakan yang bijak itu, Abu Ubaidah dapat menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih teruk lagi.

Melihat peristiwa yang berlaku di depannya itu, Abu Bakar berkata: "Aku dan Rasulullah amat terharu di atas kesetiaan dan pengorbanan Abu Ubaidah itu."Memanglah benar, kalau kita teliti riwayat berkenaan, kita akan dapati ada unsur kesetiaan dan pengorbanan yang amat tinggi daripada Abu Ubaidah terhadap Rasulullah.

Kematiannya

[sunting | sunting sumber]

Selepas kewafatan Saidina Abu Bakar, Abu Ubaidah menjadi panglima besar bagi menggantikan Khalid bin al-Walid untuk menjadi panglima perang di Syria. Beliau berjasa besar dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom Byzantine dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Khalifah Umar mengkehendaki beliau sebagai calon khalifah selepasnya (Umar), namun beliau meninggal dunia terlebih dahulu akibat suatu wabak pada 640 M.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ 29, Mila Melyani (2020-04-13). "PEMAHAMAN HADIS KEPEMIMPINAN QURAISY (STUDI KOMPARATIF TIPOLOGI KEPEMIMPINAN QURAISY DENGAN TIPOLOGI KEPEMIMPINAN DI INDONESIA)". Diroyah : Jurnal Studi Ilmu Hadis. 4 (2). doi:10.15575/diroyah.v4i2.6449. ISSN 2540-9069.CS1 maint: numeric names: authors list (link)

https://maktabahalbakri.com/4614-abu-ubaidah-al-jarrah-dan-keistimewaannya/