Pergi ke kandungan

Bachang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bachang ialah sebuah bandar dalam daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia. Asalnya, mukim ini adalah beberapa perkampungan Melayu dan sawah bendang yang diusahakan dengan tanaman padi dan tembakau. Mulai dekad 1980-an, banyak tanah sawah menjadi terbiar ekoran kurang tenaga kerja. Antara sebabnya adalah pembangunan sebuah zon perindustrian bersebelahan dengan mukim Bachang. Sebahagian besar daripada tanah terbiar ini telah diambil alih untuk projek-projek perumahan dan komersil baharu, tempias daripada peningkatan aktiviti ekonomi kawasan sekelilingnya.

Taman perumahan

[sunting | sunting sumber]
  1. Taman MGBM
  2. Taman Rumpun Bahagia
  3. Taman Widuri
  4. Taman Padang Balang
  5. Taman Cergas
  6. Taman Ara
  7. Taman Ikhsan
  8. Taman Bachang Baru
  9. Taman Bachang Jaya
  10. Taman Setiakawan

Pekan berdekatan

[sunting | sunting sumber]
  1. Batu Berendam
  2. Bukit Beruang
  3. Bertam
  4. Malim Jaya
  5. Peringgit
  6. Balai Panjang
  7. Bandaraya Melaka