Brugge
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Brugge, Brugge |
Nama rasmi | Stad Brugge |
Inskripsi | 2000 (sesi Ke-24) |
Keluasan | 140.99 km2 (1.5176×109 ka2) |
Laman sesawang | https://www.brugge.be/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Arrondissement of Bruges, arrondissement of Bruges, Lys, Wilayah Flanders, Belgium |
Koordinat | 51°12′32″N 3°13′27″E / 51.2089°N 3.2242°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Brugge (bahasa Inggeris: Bruges , Belanda: Brugge , Perancis: Bruges , Jerman: Brügge ) merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di wilayah Flanders Barat di Belgium. Brugge terletak di lokasi barat laut negara.
Bandar ini mempunyai kira-kira lebih 13,840 hektar termasuk 1,075 hektar di pantai iaitu di Zeebrugge (dari perkataan Brugge aan zee bermaksud "Brugge di atas laut"). Pusat bandar bersejarah ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bandar ini mempunyai jumlah penduduk sebanyak 117,073 (1 Januari 2008), di mana sekitar 20,000 menetap di pusat bandar.
Brugge kadang kala dirujuk sebagai "Venice Utara". Ekonomi Brugge disignifikan berterima kasih kepada pelabuhannya. Pada suatu masa nanti, bandar ini akan menjadi "ketua bandar kormesial" di dunia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Terdapat banyak aktiviti manusia pada zaman dahulu di Brugge yang bertarikhkan sejak zaman pra-Rom. Kemudian, kubu pertama dibina selepas penaklukan Julius Caesar ke atas Menapii pada abad pertama BC. Puak Frank kemudian mengambil alih wilayah ini daripada Gallo-Rom sekitar abad keempat. Viking kemudian melancarkan serangan pada abad kesembilan memaksa Baldwin I untuk memperkukuh kubunya.
Bermula pada tahun 1500, terusan Zwin telah memberikan kemakmuran yang baik kepada bandar Brugge. Bandar ini kemudian di belakang Antwerp mengikut ekonomi perdana Negara-Negara Rendah. Ketika 1650an, bandar ini merupakan kubu untuk Charles II dari England dan menjadi mahkamahnya ketika beliau dibuang negeri.[1] Infrasuktur maritim menjadi semakin moden dan perhubungan baru dengan laut dibina tetapi tidak banyak kejayaan. Antwerp menjadi bandar maju manakala Brugge terus mundur dan penduduknya semakin menurun dari 200,000 kepada 50,000 pada tahun 1900.
Pada penghujung abad ke-19, Brugge menjadi salah satu destinasi utama para pelancong British dan Perancis. Pelabuhan Zeebrugge dibina pada 1907 dan tentera Jerman menggunakan U-bootnya dari pelabuhan Brugge untuk berperang pada Perang Dunia Pertama. Pelabuhan itu kemudian semakin berkembang dan menjadi salah satu pelabuhan utama Eropah.
Sukan
[sunting | sunting sumber]Brugge menganjurkan acara berbasikal iaitu Tour of Flanders pada April dan ia merupakan salah satu acara sukan terbesar di Belgium.
Sukan bola sepak juga popular di Brugge dan Brugge mempunyai dua kelab bola sepak terkemuka, Club Brugge KV dan Cercle Brugge KSV yang bermain di Divisyen Pertama Belgium. Kedua-dua kelab itu juga bermain di Stadium Jan Breydel (30,000 tempat duduk). Kemudian, rancangan baharu untuk menambahkan kapasiti stadium itu kepada 45,000 tempat duduk. Pada 2000, Brugge salah satu daripada lapan bandar tuan rumah yang menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2000 yang dianjurkan oleh Belgium bersama negara jiran, Belanda.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ David Plant (2007-09-10). "Charles, Prince of Wales, (later Charles II), 1630-85". British-civil-wars.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-19. Dicapai pada 2009-07-07.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Brugge |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Brugge. |
- Tapak web rasmi (Inggeris)
- Visit-Bruges.com Diarkibkan 2006-04-24 di Wayback Machine (Inggeris)
- Teks di Wikisumber:
- "Bruges". Encyclopædia Britannica. 4 (ed. ke-9). 1878.
- "Bruges". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). 1911.
- "Bruges". Encyclopedia Americana. 1920.
Alveringem | Anzegem | Ardooie | Avelgem | Beernem | Blankenberge | Bredene | Brugge | Damme | De Haan | De Panne | Deerlijk | Dentergem | Diksmuide | Gistel | Harelbeke | Heuvelland | Hooglede | Houthulst | Ichtegem | Ieper | Ingelmunster | Izegem | Jabbeke | Knokke-Heist | Koekelare | Koksijde | Kortemark | Kortrijk | Kuurne | Langemark-Poelkapelle | Ledegem | Lendelede | Lichtervelde | Lo-Reninge | Menen | Mesen | Meulebeke | Middelkerke | Moorslede | Nieuwpoort | Oostende | Oostkamp | Oostrozebeke | Oudenburg | Pittem | Poperinge | Roeselare | Ruiselede | Spiere-Helkijn | Staden | Tielt | Torhout | Veurne | Vleteren | Waregem | Wervik | Wevelgem | Wielsbeke | Wingene | Zedelgem | Zonnebeke | Zuienkerke | Zwevegem | |
Belgium | Flanders | Pembagian administratif Belgia |
- Wikipedia articles incorporating a citation from EB9
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 dengan rujukan Wikisumber
- Rencana Wikipedia menggabungkan petikan dari Encyclopedia Americana dengan rujukan Wikisource
- Bandar di Belgium
- Tapak Warisan Dunia di Eropah