Dewan Undangan Negeri Sembilan
Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ديوان اوندڠن نڬري نڬري سمبيلن | |
---|---|
Jenis | |
Jenis | Satu dewan |
Dewan | Dewan Undangan Negeri |
Kepimpinan | |
Yang di-Pertuan Besar | Tuanku Muhriz sejak 29 Disember 2008 |
Yang Di-Pertua | |
Timbalan Yang Di-Pertua | Kosong |
Ketua Pembangkang | |
Setiausaha Dewan | Mohd Amin Ludin sejak 2013 |
Struktur | |
Ahli | 36 |
Kumpulan politik |
|
Tempoh penggal | sehingga 5 tahun |
17 / 36 | |
14 / 36 | |
5 / 36 | |
Pilihan raya | |
Sistem pengundian | |
Pilihan raya pertama | September 1955 |
Pilihan raya terakhir | Ogos 2023 |
Pilihan raya seterusnya | 2028 |
Penyempadanan semula | 2018 |
Tempat persidangan | |
Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan (Jawi: ديوان اوندڠن نڬري نڬري سمبيلن ) ialah badan perundangan negeri di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia dianggotai oleh 36 orang individu yang mewakili bahagian pilihan raya masing-masing yang dipanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil dan dikelola oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Selain 36 orang anggopta terpilih, DUN Negeri Sembilan turut dianggotai secara ex-officio oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.
DUN Negeri Sembilan diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang timbalan. Persidangannya diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri yang bertempat di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.
Keanggotaan
DUN Negeri Sembilan dianggotai oleh 36 orang anggota yang dipilih melalui pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil. Ia diketuai oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh seorang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua boleh dilantik dalam kalangan anggota DUN atau bukan dalam kalangan yang telah dipilih. Timbalan Yang di-Pertua pula mesti dilantik dalam kalangan yang telah dipilih.
Berikut ialah senarai anggota semasa DUN Negeri Sembilan:
Anggota dilantik
No. | Jawatan | Nama | Parti |
---|---|---|---|
1 | Yang di-Pertua | MK Ibrahim Abd Rahman | PH (Amanah) |
2 | Timbalan Yang di-Pertua | Kosong | |
3 | Ketua Majlis | Aminuddin Harun | PH (Keadilan) |
4 | Ketua Pembangkang | Kosong | |
Anggota berdasarkan jawatan (ex-officio) | |||
1 | Setiausaha Kerajaan | Mohd Zafir Ibrahim | Penjawat awam |
2 | Pegawai Kewangan | Mohd Khidir Majid | Penjawat awam |
3 | Penasihat Undang-undang | Muzalmah Mustapha Kamal | Penjawat awam |
Anggota dipilih
Kerajaan | Pembangkang | ||||
17 | 14 | 5 | |||
11 | 5 | 1 | 14 | 3 | 2 |
DAP | PKR | AMANAH | UMNO | PAS | BERSATU |
Komposisi
Komposisi parti politik dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, 2023-kini
Parti Pemerintah | Pembangkang | ||||
17 | 14 | 5 | |||
11 | 5 | 1 | 14 | 3 | 2 |
DAP | PKR | AMANAH | UMNO | PAS | PPBM |
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Susunan tempat duduk
N03 Sungai Lui | N34 Gemas | N31 Bagan Pinang | Kosong | N11 Lobak | N22 Rahang | ||||
N32 Linggi | N30 Lukut | N21 Bukit Kepayang | N18 Pilah | N36 Repah | N12 Temiang | ||||
N35 Gemencheh | N14 Ampangan | N08 Bahau | N23 Mambau | ||||||
N17 Senaling | N01 Chennah | N7 Jeram Padang | C | B | A | Setiausaha Kewangan Negeri | N04 Kelawang | N24 Seremban Jaya | |
N06 Palong | N05 Serting | N28 Kota | Penasihat Undang-Undang Negeri | N10 Nilai | N29 Chuah | ||||
N02 Pertang | N16 Seri Menanti | N15 Juasseh | Cokmar | Setiausaha Kerajaan Negeri | N20 Labu | N09 Lenggeng | |||
N19 Johol | N26 Chembong | N27 Rantau (Ketua Pembangkang) |
Setiausaha | N13 Sikamat (Menteri Besar) |
N25 Paroi | N33 Sri Tanjung (Timbalan Yang di-Pertua Dewan) | |||
Yang di-Pertua Dewan | |||||||||
Yang di-Pertuan Besar | Bentara |
Keputusan pilihan raya terkini (2023)
Calon | Kerusi | % menang | |
---|---|---|---|
Negeri Sembilan | |||
Pakatan Harapan : | 19 | 17 | 47.22 |
Parti Tindakan Demokratik | 11 | 11 | 100.00 |
Parti Keadilan Rakyat | 6 | 4 | 66.67 |
Parti Amanah Negara | 2 | 1 | 50.00 |
Barisan Nasional : | 17 | 14 | 38.89 |
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | 17 | 14 | 82.35 |
Perikatan Nasional : | 36 | 5 | 13.89 |
Parti Pribumi Bersatu Malaysia | 17 | 2 | 11.76 |
Parti Islam Se-Malaysia | 13 | 3 | 23.08 |
Parti Gerakan Rakyat Malaysia | 6 | 0 | 0.00 |
Ikatan Demokratik Malaysia | 1 | 0 | 0.00 |
Bebas (dan lain-lain) | 10 | 0 | 0.00 |
Jumlah keseluruhan | 83 | 36 | 100.00 |
Sejarah
Jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan diperkenal
Bermula penggal ke-14 Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan iaitu pada 2 Julai 2018, jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri telah diperkenalkan buat pertama kalinya dalam Persidangan (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14. Anggota DUN Sri Tanjung, Ravi Munusamy (PKR) telah dilantik untuk jawatan tersebut[2].
Senarai nama DUN di Negeri Sembilan
Berikut merupakan senarai nama bahagian pilihan raya di Negeri Sembilan sejak 1955.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri
Parti pemerintah bagi Kerajaan Negeri Sembilan telah melantik wakil parti pemerintah sebagai penyelaras bagi DUN di kawasan negeri yang tidak dimenangi. Pasca-PRU 2018, Kerajaan Negeri Sembilan telah melantik 16 orang penyelaras DUN yang hampir semuanya terdiri daripada bekas calon yang tewas. Pada tahun 2020, penyelaras dari parti BERSATU dihentikan perkhidmatan berikutan keluarnya parti tersebut daripada gabungan parti pemerintah[3]. Pada 2021, berlaku perubahan bagi pemegang jawatan penyelaras[4].
Parlimen | Kod | DUN | 2018-2019 | 2020 | 2021-2023 | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Parti | Nama | Parti | Nama | Parti | Nama | |||
Jelebu | N02 | Pertang | Osman Mohd Dusa | Yus Mazmi Ahmad Yusof | Zainal Fikri Abdul Kadir | |||
N03 | Sungai Lui | Zainal Fikri Abdul Kadir | Zainal Fikri Abdul Kadir | Saiful Bahri Jaaman | ||||
Jempol | N05 | Serting | Abdul Rahman Ramli | Abdul Rahman Ramli | Abdul Rahman Ramli | |||
N06 | Palong | Dato' Abdul Rahman Jaafar | Rebin Birham | Rebin Birham | ||||
N07 | Jeram Padang | S. Muliadi Sabtu | S. Muliadi Sabtu | S. Muliadi Sabtu | ||||
Kuala Pilah | N15 | Juasseh | Haji Rosli Omar | Haji Rosli Omar | Mohd Aidil Abdullah | |||
N16 | Seri Menanti | Jamali Salam | Shahran Kaat | Shahran Kaat | ||||
N17 | Senaling | Md Rais Mohamad Basiron | Md Rais Mohamad Basiron | Abdul Malek Alias | ||||
N19 | Johol | Tunku Yazid Tunku Adzim | Tunku Yazid Tunku Adzim | Mohd Zailan Mohd Munawar | ||||
Rembau | N26 | Chembong | Azizan Marzuki | Nasarudin Ibrahim | Nasarudin Ibrahim | |||
N27 | Rantau | Dr. S. Streram a/l Sinnasamy | Dr. S. Streram a/l Sinnasamy | Husin Haroon | ||||
N28 | Kota | Sahrizal Masrudin | Sahrizal Masrudin | Muhammad Allif Ibrahim | ||||
Port Dickson | N31 | Bagan Pinang | Mohd Ibrahim Khan | Nasir Rahman | Nasir Rahman | |||
N32 | Linggi | Rusli Abdullah | Rusli Abdullah | Rusli Abdullah | ||||
Tampin | N34 | Gemas | Rosnani Saring | Rosnani Saring | Siti Aishah Seman | |||
N35 | Gemencheh | Saiful Adly Abdul Wahab | Abd Latif A Tambi | Abd Latif A Tambi |
Senarai yang di-pertua
Penyandang | Parti | Tempoh khidmat | |
---|---|---|---|
Nama | DUN | ||
Abdul Jalil Aminuddin[5] | Lenggeng | Parti Perikatan | 1959 – 1964 |
Ariffin Ali[5] | Pilah | 1964 – 1969 | |
Mohamed Idris Matsil[5] | Pilah | 1969 – 1974 | |
Abdul Kadir Abdullah[5] | Ulu Muar | Barisan Nasional | 1974 – 1981 |
Ahmad Kassim[5] | Seri Menanti | 1981 – 1986 | |
Shahardin Hashim[5] | Labu | 1986 – 1998 | |
Hamdan Mohamad | Rantau | 1998 – 1999 | |
Muhamad Shahlan Shaid | Labu | 1999 – 2004 | |
Lilah Yasin | Serting | 2004 – 2008 | |
Razak Mansor | Pertang | 2008 – 2013 | |
Awaludin Said[6] | Kota | 2013 – 2018 | |
Zulkefly Mohamad Omar[7] | Bukan ADUN | Pakatan Harapan | 2018 – 2023 |
MK Ibrahim Abd Rahman | Bukan ADUN | 2023 - kini |
Lihat juga
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
- Pilihan raya negeri di Negeri Sembilan
- Pilihan raya kecil di Negeri Sembilan
Rujukan
- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/655946/berita/politik/mohamad-hanifah-dilantik-ketua-pembangkang-pn-negeri-sembilan-baharu
- ^ Bernama (2 Julai 2018). "DUN N9 lantik Speaker, timbalan, angkat sumpah Adun". Free Malaysia Today. FMT Media Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2019. Dicapai pada 28 November 2020.
- ^ NORAFIDAH ASSAN (26 Februari 2020). "Khidmat Ahli Majlis, Penyelaras DUN Bersatu NS tamat serta-merta". Sinar Harian.
- ^ Faiz Abdullah (29 Januari 2021). "Lantikan Penyelaras DUN: Enam muka baru". Negeri Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-01. Dicapai pada 1 Februari 2021.
- ^ a b c d e f "Politik Kebangsaan di Negeri Sembilan" (PDF). Dicapai pada 3 September 2023.
- ^ "ADUN Kota dilantik Speaker DUN Negeri Sembilan". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2013-06-18. Dicapai pada 2023-09-03.
- ^ Azizi, Nur Aqidah (2018-07-02). "Zulkefly dilantik Speaker DUN Negeri Sembilan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-03.
Pautan luar