H. M. Rohaizad
H.M. Rohaizad (1926 – 17 Disember 1961) merupakan seorang pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dilahirkan pada tahun 1926, nama sebenarnya ialah Syed Mohd Hamid bin Syed Muhammad Al-Sagoff[1] tetapi lebih dikenali dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman.
H. M. Rohaizad | |
---|---|
Kelahiran | Syed Mohd Hamid bin Syed Muhammad Al-Sagoff 1926 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 17 Disember 1961 | (umur 34–35)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Pekerjaan | Pelakon, penolong pengarah, penulis lirik, lakon layar |
Tahun aktif | 1953–1961 |
Pasangan | Mariani |
Anak-anak | 6 (termasuk Rozita dan Shasha Rohaizad) |
Beliau menggunakan nama H.M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di bawah pengurusan Malay Film Productions, Studio Jalan Ampas, Singapura sejak 7 Januari 1953.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]H.M. Rohaizad pernah mendirikan rumahtangga bersama seniwati Mariani dan dikurniakan 6 orang anak.
Meninggal Dunia
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia pada 17 Disember 1961 di Singapura pada usia 34 tahun.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Sebagai penolong pengarah
[sunting | sunting sumber]- Kerana Kau (1953)
- Iman (1954)
- Merana (1954)
- Abu Hassan Penchuri (1955)
- Roh Membela (1955)
- Pencuri (1956)
- Adek Ku (1956)
- Keluarga Tolol (1956)
- Belantara (1957)
- Seruan Darah (1957) - sebagai pengarah bersama
- Azimat (1958)
- Sarjan Hassan (1958)
- Kaki Kuda (1958)
- Saudagar Minyak Urat (1959)
- Samseng (1959)
- Raja Laksamana Bentan (1959)
- Lela Manja (1960)
- Putera Sangkar Maut (1960)
- Indera Bangsawan (1961)
- Mas Merah (1961)
- Aneka Hiboran (1961)
- Seniman Bujang Lapok
Sebagai penulis
[sunting | sunting sumber]- Seniman Bujang Lapok (1961)
- Indera Bangsawan (1961)
Sebagai penyanyi latar
[sunting | sunting sumber]- Iman (1953)
- Adek Ku (1956)
- Seruan Darah (1957)
- Pertarongan (1960)
Sebagai pelakon
[sunting | sunting sumber]- Kerana Kau (1953)
- Merana (1954)
- Jasa (1954)
- Kechewa (1954)
- Anak-ku Sazali (1956)
- Sarjan Hassan (1958)
- Indera Bangsawan (1961)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm[pautan mati kekal]
- http://m.utusan.com.my/hiburan/selebriti/jaga-anak-angkat-mummy-1.165498[pautan mati kekal]
- http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm[pautan mati kekal]
- https://www.thepatriots.asia/archives/4412/amp[pautan mati kekal]
- http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131130/re_08/Zaiton-Zaini-rindu-keakraban-rakan Diarkibkan 2017-08-15 di Wayback Machine
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.