Pergi ke kandungan

Lautan Atlantik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Laut Atlantik)
Lautan Atlantik
لاءوتن اتلنتيک
kawasan liputan Lautan Atlantik
Koordinat0°N 25°W / 0°N 25°W / 0; -25Koordinat: 0°N 25°W / 0°N 25°W / 0; -25[1]
Negara lembanganDaftar negara, pelabuhan
Luas permukaan106,460,000 km2 (41,100,000 bt2)[2][3]
North Atlantic: 41,490,000 km2 (16,020,000 bt2),
South Atlantic 40,270,000 km2 (15,550,000 bt2)[4]
Kedalaman purata3,646 m (11,962 ka)[4]
Kedalaman maksimumParit Puerto Rico
8,376 m (27,480 ka)[5]
Isi padu air310,410,900 km3 (74,471,500 bt3)[4]
Panjang pesisir1111,866 km (69,510 bt) including marginal seas[1]
PulauDaftar kepulauan
PeparitParit Puerto Rico;
Parit South Sandwich;
Parit Romanche
1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas.

Lautan Atlantik (Jawi: لاءوتن اتلنتيک) atau Laut Maghrib (Jawi: لاءوت مغرب[6]) dalah lautan kedua terbesar di dunia meliputi sekitar satu perlima permukaan Bumi. Lautan ini berbentuk huruf S memanjang dari belahan bumi utara ke selatan dibahagi dua oleh arus balik khatulistiwa pada 8° Lintang Utara menjadi Atlantik Utara dan Atlantik Selatan. Ia disempadani benua-benua Amerika Utara and Amerika Selatan di bahagian barat lautan dan Eropah dan Afrika di bahagian timurnya.

Lautan Atlantik berhubungan dengan Lautan Pasifik, dibahagian utara bumi melalui Lautan Artik dan dibahagian selatan bumi melalui Lintasan Drake. Sebuah hubungan buatan tangan antara Lautan Atlantik dengan LAutan Pasifik dibuat melalui Terusan Panama. Batas antara Lautan Atlantik dengan Lautan India di bahagian timur, dibatasi pada garis 20° Bujur Timur. Batas antara LAutan Atlantik dengan LAutan Artik adalah garis dari Greenland ke Svalbard di utara Norway.

Lautan Atlantik kedua terbesar dalam segi ukurannya setelah Lautan Pasifik. Bersama dengan lautan di sekitarnya ia mempunyai luas sebesar 106,450,000 km².[2][3] It mencakupi sekitar 20% permukaan Bumi; jika lautan di sekitarnya tidak dihitung, luasnya 82.362.000 km². Jumlah wilayah yang mengalir ke Lautan Atlantik lebih besar empat kali daripada Lautan Pasifik maupun Lautan Hindia. Volume Lautan Atlantik dengan lautan sekitarnya adalah 354.700.000 km³ dan tanpanya adalah 323.600.000 km³.

5 lautan bumi

Nama "Atlantik" diberikan untuk lautan ini mula dicatat pada pertengahan abad ke-6 SM oleh Stesikhoros dengan nama Ἀτλαντικῷ πελάγει Atlantikôi pelágei (Sch. A. R. 1. 211) [7] dan Ἀτλαντὶς θάλασσα Atlantis thalassa oleh Herodotus pada sekitar 450 SM,[8] dua-duanya bermaksud "Laut Atlantis" yang berakar kepada Atlas iaitu gergasi yang dipercayai orang Yunani menjunjung langit kayangan menjauhi bumi.[9] "Laut Maghrib" dicatatkan dalam kitab Bustanus al-Salatin nukilan Nuruddin al-Raniri.[6]

Lautan Atlantik dilihat dari pesisir barat Ireland pada hari yang cerah.

Kedalaman rata-rata Lautan Atlantik, dengan lautan di sekitarnya adalah 3.332 m (10.932 kaki); tanpanya adalah 3.926 m (12.877 kaki). Kedalaman terbesar, 8.605 m (28.232 kaki), berada di Palung Puerto Riko. Lebar Lautan Atlantik beragam, dari 2.848 km (1.769 mil) di antara Brazil dan Liberia hingga sekitar 4.830 km (3.000 mil) antara Amerika Syarikat dan sebelah utara Afrika.

Lautan Atlantik mempunyai pesisir pantai yang tak beraturan (ireguler) yang dibatasi pelbagai teluk dan lautan, termasuk Laut Carribean, Teluk Mexico, Teluk St. Lawrence, Laut Mediterranean, Laut Hitam, Laut Utara, Laut Baltik, dan Laut Norway-Greenland. Pulau-pulau di Lautan Atlantik termasuk Svalbard, Greenland, Iceland, Rockall, Britania Raya, Irlandia, Fernando de Noronha, Azores, Kepulauan Madeira, Kepulauan Canary, Tanjung Verde, Bermuda, Hindia Barat, Ascension, St. Helena, Tristan da Cunha, Kepulauan Falkland, dan Pulaua South Georgia.


Cuaca dan iklim

[sunting | sunting sumber]

Badai tropis berkembang di sekitar pesisir pantai Afrika dekat Tanjung Verde dan bergerak ke arah barat menuju Laut Carribean; badai terjadi dari Mei hingga Disember, namun paling sering terjadi dari Ogos hingga November. Angin ribut merupakan perkara yang biasa di Atlantik Utara pada masa musim sejuk di utara, menyebabkan perlintasan lautan menjadi lebih sukar dan berbahaya.

Titik tertinggi dan terendah

[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan

[sunting | sunting sumber]

Abidjan (Pantai Gading), Accra (Ghana), Amsterdam (Belanda), Antwerp (Belgia), Bahia Blanca (Argentina), Baltimore (AS), Banjul (Gambia), Belfast (Britania Raya), Bergen (Norwegia), Betio (Kiribati), Bissau (Guinea-Bissau), Bordeaux (Perancis), Boston (AS), Bremen (Jerman), Brest (Perancis), Bristol (Britania Raya, Buenos Aires (Argentina), Cadiz (Spanyol), Cape Town (Afrika Selatan), Casablanca (Maroko), Cayenne (Guyana Perancis), Charleston (AS), Cherbourg (Perancis), Conakry (Guinea), Cork (Republik Irlandia), Cotonou (Benin), Dakar (Senegal), Douala (Kamerun), Dublin (Republik Irlandia), Dunkirk (Perancis), Edinburgh (Britania Raya), Fortaleza (Brasil), Georgetown (Guyana), Glasgow (Britania Raya), Hamburg (Jerman), Halifax (Kanada), Jacksonville (AS), La Coruña (Spanyol), Lagos (Nigeria), Las Palmas (Kepulauan Canary, Spanyol), Le Havre (Perancis), Libreville (Gabon), Lisboa (Portugal), Liverpool (Britania Raya), Lomé (Togo), London (Britania Raya), Luanda (Angola), Malabo (Guinea Ekuatorial), Monrovia (Liberia), Montevideo (Uruguay), Montreal (Kanada), New Haven (AS), New York (AS), Newcastle upon Tyne (Britania Raya), Newport News (AS), Norfolk (AS), Nouakchott (Mauritania), Oslo (Norwegia), Ostend (Belgia), Paramaribo (Suriname), Philadelphia (AS), Port Harcourt (Nigeria), Porto (Portugal), Porto-Novo (Benin), Portsmouth (Britania Raya), Portsmouth (AS), Providence (AS), Rabat (Maroko), Recife (Brasil), Rio de Janeiro (Brasil), Rotterdam (Belanda), Salvador (Brasil), Santander (Spanyol), Santos (Brasil), Savannah (AS), Sevilla (Spanyol), Southampton (Britania Raya), Tangier (Maroko), Trondheim (Norwegia), Vigo (Spanyol), Pantai Walvis (Namibia), Wilmington (AS)

Catatan – transportasi

[sunting | sunting sumber]

Terusan Kiel dan Terusan Saint Lawrence adalah dua jalur air yang penting.

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CIA-World
  2. ^ a b NOAA: How big is the Atlantic Ocean?
  3. ^ a b "Atlantic Ocean". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2017. Dicapai pada 20 December 2016.
  4. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ETOPO1
  5. ^ Dean 2018-12-21T17:15:00-05:00, Josh. "An inside look at the first solo trip to the deepest point of the Atlantic". Popular Science (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-22.
  6. ^ a b Wormser, Paul; d’Hubert, Thibaut (2008) "Représentations du monde dans le golfe du Bengale au XVIIe siècle : Ālāol et Rānīrī" (dalam bahasa Perancis). Archipel. 76 (1) 20-2, 24. doi:10.3406/arch.2008.4096
  7. ^ Mangas, Julio; Plácido, Domingo; Elícegui, Elvira Gangutia; Rodríguez Somolinos, Helena (1998). La Península Ibérica en los autores griegos: de Homero a Platón – SLG / (Sch. A. R. 1. 211). Editorial Complutense. m/s. 283–.
  8. ^ "Ἀτλαντίς, DGE Diccionario Griego-Español". dge.cchs.csic.es. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 2018.
  9. ^ Oxford Dictionaries 2015