Pergi ke kandungan

Le Havre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Le Havre
Jata Le Havre
NegaraPerancis
KawasanNormandy
JabatanSeine-Maritime
ArrondissementRouen
InterkomunalitiCODAH
Pentadbiran
 • Datuk Bandar (2010 - 2014) Edouard Phillippe (UMP)
Keluasan
1
46.95 km2 (18.13 batu persegi)
 • Bandar
 (2006)
182.45 km2 (70.44 batu persegi)
 • Metro
 (2006)
615.39 km2 (237.60 batu persegi)
Penduduk
 (2007)2
179,751
 • Pemeringkatanke-12 di Perancis
 • Kepadatan3,800/km2 (9,900/batu persegi)
 • Bandar
 (2006)
246,195
 • Kepadatan bandar1,300/km2 (3,500/batu persegi)
 • Metro
 (2006)
291,765
 • Kepadatan metro470/km2 (1,200/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET (UTC +1))
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
INSEE/Poskod
Laman sesawangwww.ville-lehavre.fr
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.
Le Havre, Bandar yang dibina semula oleh Auguste Perret
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asliLe Havre
Nama rasmiLe Havre Sunting ini di Wikidata
Inskripsi2005 (sesi 29th)
Keluasan46.95 km2 (505,400,000 ka2)
Laman sesawang
https://lehavre.fr/ Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiAgglomeration community of Le Havre, Seine-Maritime, Le Havre, Perancis Sunting ini di Wikidata
Koordinat49°29′39″N 0°06′29″E / 49.4942°N 0.1081°E / 49.4942; 0.1081
Le Havre yang terletak di Perancis
Le Havre
Lokasi Le Havre
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Le Havre (Sebutan bahasa Perancis: [lə avʁ]) adalah bandar dan komun di jabatan Seine-Maritime bagi région (kawasan) Haute-Normandie di Perancis. Ia terletak di barat laut Perancis, di tebing kanan muara Sungai Seine di Selat Inggeris. Le Havre adalah komun yang paling padat di Haute-Normandie (Hulu Normandy), meskipun jumlah penduduk konurbasi raya Le Havre lebih kecil daripada konurbasi Rouen. Ia juga merupakan subprefektur kedua terbesar di Perancis (selepas Reims). Pelabuhannya adalah yang kedua tersibuk di Perancis (selepas Pelabuhan Marseille). Sejak 1974 ia menjadi pusat utama uskup (biskop) bagi keuskupan Le Havre.

Le Havre dinamakan pada asalnya Franciscopolis sempena Raja François I, yang menubuhkan bandar ini pada 1517. Satu kapel (gereja) yang bernama Notre-Dame-de-Grâce wujud di tempat sebelum penubuhan bandar ini dan panggilan ini memberikan namanya kepada pelabuhannya, yang dipanggil Le Havre (atau Le Hable) de Grâce ("pelabuhan rahmat"). Nama yang dipendekkan Le Havre, yang digunakan pada zaman sekarang, diterjemahkan dengan mudahnya kepada "pelabuhan".

Di bawah penjajahan Jerman, bandar ini telah musnah pada 1944 ketika Pertempuran Normandy pada Perang Dunia Kedua; 5,000 orang dibunuh dah 12,000 rumah musnah, terutamanya oleh serangan udara Pihak Berikat. Selepas perang, pusat bandar dibina semula mengikut gaya modenis oleh Auguste Perret. Le Havre diberikan gelaran anugerah Légion d'honneur pada 18 Julai 1949. Ia dicalonkan dan disahkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2005.

Le Havre dahulu dikaitkan dengan kemuraman dan kekelabuan. Penduduk-penduduknya telah banyak berusaha untuk mengubah persepsi ini; kesan daripada perubahan yang meningkat, Le Havre kini disebut sebagai Brasilia Perancis. [perlu rujukan].

Kod pelabuhan Le Havre ialah LH.