Pergi ke kandungan

Protokol Laluan Sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Protokol Get Sempadan (Border Gateway Protocol - BGP) merupakan protokol yang menyokong keputusan laluan asas di Internet. Ia mengekalkan jadual jaringan IP atau 'prefix' yang menentukan kecapaian jaringan ditetapkan antara sistem automatik ("autonomous systems-AS"). Ia digambarkan sebagai protokol laluan vektor. BGP tidak menggunakan metrix Protokol Get Dalaman ((Interior Gateway Protocol - IGP), tetapi melakukan pemilihan laluan berdasarkan laluan, polisi jaringan dan/atau set peraturan. Untuk sebab ini, ia lebih sesuai dinamakan sebagai protokol boleh dicapai dan bukannya protokol penghalaan ("routing protocol").

BGP dicipta bagi menggantikan protokol penghalaan Protokol Get Luaran ("Exterior Gateway Protocol - EGP) untuk membenarkan penghalaan berpusat sepenuhnya agar membenarkan penyingkiran rangkaian tulang belakang Internet NSFNet. Ini membenarkan Internet untuk menjadi sistem terpencar sebenar. Sejak 1994, empat versi BGP telah digunakan di Internet. Kesemua versi sebelumnya kini lapuk. Penambahan utama pada versi 4 merupakan sokongan bagi Penghalaan Antara-Domain Tanpa Kelas ("Classless Inter-Domain Routing") dan kegunaan kumpulan laluan bagi mengurangkan saiz jadual penghalaan. Sejak Januari 2006, versi 4 disepadukan pada RFC 4271, yang melalui lebih 20 lakaran berdasarkan versi 4 RFC 1771 terdahulu. Versi RFC 4271 memperbetulkan sejumlah ralat, menjelaskan kekaburan dan membawa RFC lebih hampir kepada amalan industri.

Kebanyakan pengguna Internet tidak menggunakan BGP secara langsung. Oleh kerana kebanyakan pembekal perkhidmatan Internet perlu menggunakan BGP bagi menentukan penghalaan antara satu sama sendiri (terutama sekiranya mereka banyak rumah multihoming, ia merupakan salah satu protokol terpenting bagi Internet. Bandingkan ini dengan Pengisyarat Sistem 7 (SS7), yang merupakan protokol pemanggil pusat antara-pembekal di talian awam PSTN. Rangkaian Protokol Internet (IP) persendirian menggunakan BGP dalaman. Contoh adalah menyambung sejumlah besar rangkaian Buka Lalaun Tersingkat Pertama ("Open Shortest Path First - OSPF") di mana OSPF itu sendiri tidak berskala menurut saiz. Satu lagi sebab lain menggunakan BGP adalah rangkaian banyak rumah ("multihoming") bagi gandaan lebih baik samaada bagi titik capaian banyak bagi satu ISP (RFC 1998) atau banyak ISP.

Simulator BGP

[sunting | sunting sumber]
  • BGPviz Diarkibkan 2011-01-11 di Wayback Machine, penggunaan Flash yang membentangkan gambaran grafik laluan BGP dan kemaskini bagi sebarang AS di Internet
  • SSFnet Diarkibkan 2009-03-22 di Wayback Machine, Simulator rangkaian SSFnet termasuk perlaksanaan BGP dibangunkan oleh BJ Premore
  • C-BGP, simulator BGP mampu melaksanakan simulasi berskala besar cuba untuk memodel ASes Internet atau memodelkan ASes sebesar Tier-1.[1]
  • BGP++, a patch integrating GNU Zebra software on ns-2 and GTNetS network simulators
  • ns-BGP, a BGP extension for ns-2 simulator based on the SSFnet implementation
  • NetViews, a Java application that monitors and visualizes BGP activity in real time.


  1. ^ "Modeling the routing of an Autonomous System with C-BGP" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-09-11. Dicapai pada 2010-08-06.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]