Pergi ke kandungan

Wong Kam Hoong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dato'
Wong Kam Hoong
DMPN (PP); KMN
Pengerusi
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Dalam jawatan
2009–2010
MenteriRais Yatim
Didahului olehRazali Ibrahim
Digantikan olehMohammed Mohd Daud
Timbalan Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Dalam jawatan
2004–2008
Menteri
Didahului olehFu Ah Kiow
Digantikan olehTeng Boon Soon
Setiausaha Parlimen
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Dalam jawatan
1999–2004
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehTan Chai Ho
Digantikan olehHoo Seong Chang
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Bayan Baru, Pulau Pinang
Dalam jawatan
1995–2008
Didahului oleh Ahmad Nor
Digantikan oleh Zahrain Mohamed Hashim
Maklumat peribadi
Parti politik MCA
PekerjaanAhli Parlimen
Bidang pengkhususanAkauntan

Yang Berbahagia Dato' Wong Kam Hoong adalah ahli politik MCA dari parti komponen Barisan Nasional. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen untuk Bayan Baru, Pulau Pinang dari 1995 hingga 2004 lalu.[1]

Beliau adalah Pengerusi MCA Pulau Pinang.[2] Pertama kali menjadi Ahli Parlimen pada 1995 setelah memenangi kerusi Bayan Baru, Pulau Pinang. Setelah menjawat selama satu penggal, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia pada 1999-2004 di bawah menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[3] Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan pada 2004 hingga 2008.[4]