Pergi ke kandungan

Onn Hafiz Ghazi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor ke-19
Menyandang jawatan
15 Mac 2022
(2 tahun, 9 bulan dan 8 hari)
SultanSultan Ibrahim
Tunku MahkotaTunku Ismail Idris
Didahului oleh Hasni Mohammad
Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan
dan Pembangunan Ekonomi

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Menyandang jawatan
26 Mac 2022
(2 tahun, 8 bulan dan 27 hari)
Didahului olehHasni Mohammad
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Machap
Menyandang jawatan
21 April 2022
(2 tahun, 8 bulan dan 2 hari)
Didahului oleh Abd Taib Abu Bakar
Majoriti6,543 (2022)
Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan, Belia dan Sukan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
6 Mac 2020 – 22 Januari 2022
(1 tahun, 10 bulan dan 16 hari)
SultanSultan Ibrahim
Menteri Besar Hasni Mohammad
Didahului olehLiow Cai Tung (Pelancongan)
Sheikh Umar Bagharib Ali (Belia dan Sukan)
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Layang-Layang
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 22 Januari 2022
(3 tahun, 8 bulan dan 13 hari)
Didahului oleh Onn Mohd Yassin
Digantikan oleh Abd Mutalip Abd Rahim
Majoriti364 (2018)
Maklumat peribadi
Lahir
Onn Hafiz bin Ghazi

(1979-03-02) 2 Mac 1979 (umur 45)
Simpang Renggam, Kluang, Johor Johor, Malaysia Malaysia
Parti politikUMNO
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PasanganDatin Sharmin Fazlina binti Mohd Shukor
PertalianDato' Jaafar Muhammad
(Buyut)
Dato' Sir Onn Jaafar
(Moyang)
Tun Dato'
Hussein Onn

(Datuk)
Dato' Seri Hishammuddin Hussein
(Bapa Saudara)
Tan Sri Dr.
Yahya Awang

(Bapa Saudara)
Dato' Sri Najib Razak
(Bapa Saudara)
Tan Sri Nazir Razak
(Bapa Saudara)
Dato' Mohammed Rhiza Ghazi
(Abang)
Dr. Onn
Ridzwan Ghazi
(Adik)
Tan Sri Noah Omar
(Moyang)
Anak4
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • Allahyarham Dato' Ghazi bin Ishak (bapa)
  • Allahyarhamah Datin Roquaiya Hanim binti Tun Dato' Hussein (ibu)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perakaunan
Tempat belajarUniversity of Hertfordshire

Dato' Onn Hafiz bin Dato' Ghazi (lahir 2 Mac 1979) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor dan ADUN Machap. Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi BN dan UMNO Johor serta Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam[1].

Menteri Besar Johor ke-19 (2022)

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mac 2022, Onn Hafiz secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dan ke-19, beliau merupakan Menteri Besar ke-4 hanya dalam satu penggal Parlimen Malaysia ke-14 dari tahun 2018 hingga 2022. Pada mulanya selepas pilihan raya negeri Johor 2022, Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa beliau akan menyerahkan nama bekas penyandang Menteri Besar Johor ke-18, Datuk Hasni Mohammad kepada Sultan Johor untuk dilantik semula ke jawatan itu selepas BN meraih kemenangan besar pada tahun pilihan raya 12 Mac lepas. BN sebelum ini turut memilih Hasni sebagai calon menteri besar sebaik BN diberi mandat semula oleh rakyat. Bagaimanapun sehari sebelum pelantikannya, Hasni tiba-tiba mengumumkan penarikan diri daripada bertanding jawatan itu dan beliau mengesahkan untuk memberi laluan dan menyokong calon yang lebih muda untuk menerajui kerajaan negeri Johor memandangkan pembangunan jangka masa panjang negeri Johor.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada 23 April 2019, Onn Hafiz memberi keterangan dalam kes perbicaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak yang berhadapan pertuduhan jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Onn Hafiz berkata portal berita Malaysian Digest menerima bayaran dalam bentuk cek berjumlah RM240,000 daripada Najib pada 2015. Hafiz, yang memiliki saham portal itu melalui Vital Spire Sdn Bhd, mengesahkan menerima cek berkenaan daripada Najib pada 30 Jan 2015, untuk melancarkan laman berita tersebut.[2]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Johor[3][4]
Tahun Kawasan pilihan raya Undian Peratus Lawan Undian Peratus Jumlah mengundi Majoriti Peratus mengundi
2018 N27 Layang-Layang Onn Hafiz Ghazi (BN-UMNO) 7,449 46.93% Murugan Muthu Samy (PH-PKR) 7,085 44.63% 16,257 364 81.90%
Mohd Jubri Selamat (PAS) 1,339 8.44%
2022 Machap Onn Hafiz Ghazi (BN-UMNO) 11,029 56.64% Azlisham Azhar (PN-PAS) 4,486 23.04% 19,473 6,543 57.67%
Sangaran Rawisandran (MUDA) 3,493 17.94%
Shahruddin Md Salleh (PEJUANG) 465 2.39%

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/247452/berita/politik/enam-ketua-bahagian-di-johor-menang-tanpa-bertanding
  2. ^ Najib beri RM240k untuk Malaysian Digest - Saksi
  3. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.