Pergi ke kandungan

Phee Boon Poh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Seri Phee Boon Poh (lahir 1 Disember 1951) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan EXCO Pulau Pinang (2008-2023) dan mantan ADUN Sungai Puyu selama empat penggal (2004-2023) serta mantan ADUN Bagan Jermal selama sepenggal (1990-1995).

Dato' Seri
Phee Boon Poh
DGPN (Pulau Pinang)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
2008–2023
Ketua MenteriChow Kon Yeow (2018-2023)
Lim Guan Eng (2008-2018)
Digantikan olehLim Siew Khim (Kebajikan)
Sundarajoo Somu (Alam Sekitar)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Sungai Puyu
Dalam jawatan
2004–2023
Didahului oleh Loo Ah Dee @ Lee Ah Lee
Digantikan oleh Phee Syn Tze
Majoriti19,569 (PRU-14)
16,207 (PRU-13)
9,201 (PRU-12)
607 (PRU-11)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Bagan Jermal
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului oleh Lim Hock Seng
Digantikan oleh Sak Cheng Lum
Majoriti4,781 (PRU-8)
Maklumat peribadi
Lahir (1951-12-01) 1 Disember 1951 (umur 73)
Parti politik Parti Tindakan Demokratik
PekerjaanAhli Politik

Pasukan Peronda Sukarela

[sunting | sunting sumber]

Phee Boon Poh adalah pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Sempena perarakan Merdeka pada 31 Ogos 2014, seramai 150 orang ahli PPS telah ditangkap oleh polis kerana engkar arahan polis PDRM. Phee ditahan polis ketika memberi keterangan di ibu pejabat polis Timur Laut, Pulau Pinang. Beliau ditemani oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan seorang lagi ADUN RSN Rayer (Seri Delima). [1]