Utarid
Designasi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Adjektif | Mercurian | ||||||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||||||
Epok J2000 | |||||||||||||
Afelion | 69,817,079 km 0.466 698 35 AU | ||||||||||||
Perihelion | 46,001,272 km 0.307 499 51 AU | ||||||||||||
Paksi semimajor | 57,909,176 km 0.387 098 93 AU | ||||||||||||
Kesipian | 0.205 630 69 | ||||||||||||
Tempoh qamari | 115.8776 hari | ||||||||||||
Kelajuan purata orbit | 47.36 km/saat | ||||||||||||
Min anomali | 174.796° | ||||||||||||
Kecondongan | 7.004 87° (3.38° ke khatulistiwa matahari) | ||||||||||||
Longitud nod menaik | 48.331 67° | ||||||||||||
Argumen perihelion | 29.124 78° | ||||||||||||
Satelit | Tiada | ||||||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||||||
Jejari khatulistiwa | 2439.7 km (0.383 kali Bumi) | ||||||||||||
Isi padu | 6.083×1010 km³ (0.056 kali Bumi) | ||||||||||||
Jisim | 3.302×1023 kg (0.055 kali Bumi) | ||||||||||||
Min ketumpatan | 5.427 g/cm³ | ||||||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 3.701 m/s² (0.377 g) | ||||||||||||
Halaju lepas | 4.435 km/s | ||||||||||||
Tempoh putaran ikut bintang | 58.6462 hari (58 hari 15.5088 j) | ||||||||||||
Halaju putaran khatulistiwa | 10.892 km/h (di khatulistiwa) | ||||||||||||
Kecondongan paksi | ~0.01° | ||||||||||||
Jarak hamal kutub utara | 281.01° (18 jam 44 min 2 saat) 1 | ||||||||||||
Keserongan kutub utara | 61.45° | ||||||||||||
Albedo | 0.10-0.12 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Magnitud ketara | −2.6 hingga 5.7 | ||||||||||||
Diameter sudut | 4.5" – 13" | ||||||||||||
Atmosfera | |||||||||||||
Komposisi | 31.7% Kalium 24.9% Natrium 9.5% Oksigen Atom 7.0% Argon 5.9% Helium 5.6% Molekul Oksigen 5.2% Nitrogen 3.6% Karbon dioksida 3.4% Air 3.2% Hidrogen | ||||||||||||
sunting |
Utarid (pinjaman Arab: عُطارِد, rumi: `Uṭārid , ☿) adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal, Titan.
Kehampirannya dengan Matahari dan kekecilannya menjadikannya planet yang paling sukar diamati. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah. Tidak banyak diketahui mengenai planet ini, kapal angkasa yang pertama daripada dua buah kapal yang mendekati planet Utarid adalah Mariner 10 dari tahun 1974 hingga 1975, yang hanya memetakan 45% daripada permukaan planet.[1] Kapal angkasa yang kedua adalah kepal angkasa MESSENGER, yang memetakan lagi 30% permukaan planet semasa penerbangannya pada 14 Januari, 2008.[1] MESSENGER akan membuat dua laluan lagi mengelilingi planet Utarid, diikuti dengan penyertaan orbit pada tahun 2011, dan akan meninjau dan memetakan seluruh planet berkenaan.
Ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Utarid ialah salah satu daripada planet-planet terestial Sistem Suria dan merupakan planet terkecil di Sistem Suria dengan jejari khatulisitwa sebanyak 2,439.7 km.[2] Utarid dipenuhi oleh kira-kira 70% bahan logam dan selebihnya bahan silikat. Ketumpatan Utarid ialah 5.427 g/cm3, kedua tertinggi di Sistem Suria selepas Bumi (5.515 g/cm3). Sekiranya kemampatan graviti diabaikan, kemampatan Utarid ialah 5.3 g/cm3, melebihi ketumpatan Bumi, 4.4 g/cm3.[3]
Suhu permukaan Utarid adalah daripada 100 ke 700 K (−173 ke 427 °C),[4] dengan suhu permukaan di kawasan kutub tidak melebihi 180 K. Keamatan cahaya Matahari di Utarid pula berada dalam julat daripada 4.59 ke 10.61 kali pemalar suria, 1,370 W·m−2.[5]
Struktur dalaman
[sunting | sunting sumber]Kepadatan Utarid digunakan untuk mengkaji struktur dalamnya. Kepadatan Bumi yang tinggi terbentuk kerana tekanan graviti, terutamanya di bahagian teras. Namun begitu, Utarid jauh lebih kecil dan bahagian dalamnya tidak begitu sepadat Bumi sehingga kepadatannya yang tinggi diduga kerana planet tersebut mempunyai teras yang besar dan kaya dengan besi.[6] Para pengkaji menyimpulkan bahwa teras Utarid menempati 42% isi padu planet (teras Bumi hanya menempati 17% isi padu Bumi). Menurut kajian baharu, kemungkinan besar teras Utarid adalah bersifat leburan.[7][8]
Mantel setebal 600 km menyelimuti teras Utarid dan kerak Utarid dikira setebal 100 ke 200 km. Permukaan Utarid mempunyai banyak bukit-bukit yang kurus dengan beberapa mencapai ratusan kilometer panjangnya. Bukit-bukit ini didakwa terbentuk akibat proses teras dan mantel Utarid yang mendingin dan mengecut pada saat kerak sudah membatu.[9]
Utarid mengandung lebih banyak besi daripada planet-planet Sistem Suria lain dan beberapa teori telah diajukan untuk menjelaskan perkara ini. Teori yang paling luas diterima ialah Utarid pada awalnya mempunyai nisbah logam-silikat mirip dengan meteor kondrit umumnya dan mempunyai jisim sekitar 2.25 kali jisim planet sekarang.[10] Namun begitu, pada zaman awal Sistem Suria, Utarid dihentam oleh sebuah planetisimal berukuran sekitar seperenam jisim Utarid.[10] Hentaman tersebut telah melepaskan sebahagian besar dari kerak dan mantel asli Utarid dan meninggalkan intinya.[10] Proses yang sama juga telah dikemukakan untuk menjelaskan pembentukan Bulan.
Satu teori lain menyatakan bahawa Utarid mungkin terbentuk daripada nebula Matahari sebelum tenaga keluaran Matahari telah stabil. Utarid pada awalnya mempunyai dua kali jisim Utarid sekarang, tetapi dengan perkembangan proto-Matahari, suhu di sekitar Utarid boleh mencapai sekitar 2,500 ke 3,500 K dan mungkin mencapai 10,000 Kelvin.[11] Sebagian besar permukaan Utarid akan mengewap pada suhu sebegitu lalu membuat sebuah atmosfera "wap batu" yang boleh tertiup oleh angin suria.[11]
Permukaan
[sunting | sunting sumber]Memandangkan pemahaman geologi Utarid hanya berdasarkan maklumat daripada Mariner 10 dan kajian dari Bumi setakat ini, geologi Utarid adalah yang paling kurang difahami dalam kalangan planet terestial,[12] tetapi dijangka akan berkembang melalui maklumat yang diperoleh daripada MESSENGER. Secara umumnya, permukaan Utarid adalah serupa seperti permukaan Bulan dengan kesan kawah yang banyak, menandakan Utarid adalah tidak aktif secara geologi secara berbilion tahun.
Permukaan Utarid dihentam oleh komet dan asteroid ketika dan sejurus selepas pembentukan Utarid 4.6 bilion tahun lalu serta ketika Pembedilan Berat Akhir pada 3.8 bilion tahun lalu.[13] Pada zaman ini, Utarid dihentam di keseluruhan permukaannya dan dibantu oleh ketiadaan atmosfera untuk memperlahankan hentaman.[14] Pada ketika ini, gunung-gunung berapi Utarid masih aktif seperti yang diperhatikan di Lembangan Caloris yang dipenuhi lava dan membentuk permukaan licin seperti mare di Bulan.[15][16]
Eksosfera
[sunting | sunting sumber]Utarid adalah terlalu kecil serta terlalu panas untuk memelihara atmosfera dalam jangka masa panjang,[17] tetapi memiliki sebuah eksosfera nipis yang terdiri daripada unsur-unsur seperti hidrogen, helium, oksigen, natrium, kalsium dan kalium dengan tekanan kira-kira 0.5 nPa.[18] Eksosfera ini tidak stabil kerana atom-atom yang membentuk eksosfera ini sentiasa hilang dan digantikan semula dari pelbagai punca.
Medan magnet
[sunting | sunting sumber]Meskipun memiliki saiz yang kecil serta tempoh putaran paksi yang lama, Utarid memiliki sebuah medan magnet yang global dan ketara. Pengukuran oleh Mariner 10 mendapati bahawa kekuatan medan magnet Utarid adalah kira-kira 1.1% kekuatan medan magnet Bumi. Medan magnet Utarid adalah bersifat dwikutub seperti medan magnet Bumi.[19] Selain itu, medan magnet Utarid hampir selari dengan paksi planet jika dibandingkan dengan Bumi. Pengukuran oleh Mariner 10 dan MESSENGER mendapati bahawa kekuatan dan bentuk medan magnet Utarid adalah stabil.
Orbit dan putaran
[sunting | sunting sumber]Utarid mengambil masa kira-kira 88 hari untuk mengelilingi Matahari secara lengkap. Nilai kesipian orbit Utarid ialah 0.21, nilai tertinggi dalam kalangan planet Sistem Suria, dengan jarak di antara Matahari dengan Urarid berada dalam lingkungan 46 juta km ke 70 juta km. Kecondongan orbit Utarid ialah 7° berdasarkan ekliptik. Hal ini menyebabkan sebuah transit Utarid hanya boleh diperhatikan dari Bumi sebanyak sekali setiap tujuh tahun.[20]
Kecondongan paksi Utarid adalah hampir sifat atau secara tepatnya, 0.027 darjah.[21] Utarid mengambil masa 58.7 hari untuk melakukan satu pusingan lengkap pada paksinya.[22]
Sebelum kajian tentang Utarid dilakukan, Utarid dianggap terkunci, yakni hanya satu bahagian menghadap Matahari pada setiap masa seperti yang berlaku di Bulan, tetapi pemerhatian lanjut mendapati bahawa planet ini memiliki resonans putaran-orbit 3:2. Hal ini bermakna Utarid berputar tiga kali apabila Utarid mengorbit Matahari sebanyak dua kali. Kesannya, satu hari suria Utarid adalah bersamaan dengan dua tahun Utarid, yaitu 176 hari.[23]
Pengamatan
[sunting | sunting sumber]Peredaran planet ini sering diperhatikan manusia pada zaman baharian, namun peredarannya yang laju menyebabkan ia kelihatan pada dua waktu berbeza sehingga disangka sebagai dua bintang berlainan; hal ini dibetulkan masyarakat Yunani Purba seawal 350 SM.[24] Kelajuan bintang ini memberi nama Ἑρμής Hermēs, dewa pengutus kepercayaan mereka[25] (turut diterapkan dalam bahasa Yunani moden Ερμής Ermis[26]) ataupun Στίλβων Stilbōn "berkilauan". Hal ini turut ditiru masyarakat Rom Purba yang menamakan bintang ini sempena dewa setara mereka tersendiri, Mercurius).[24][27]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Borenstein, Seth (January 30, 2008). "NASA photos reveal Mercury is shrinking". The Mercury News. Dicapai pada 2008-04-07. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Mercury Fact Sheet". NASA Goddard Space Flight Center. November 30, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2014. Dicapai pada May 28, 2008.
- ^ "Mercury". US Geological Survey. May 8, 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2006. Dicapai pada November 26, 2006.
- ^ Prockter, Louise (2005). Ice in the Solar System (PDF). 26. Johns Hopkins APL Technical Digest. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada September 11, 2006. Dicapai pada July 27, 2009.
- ^ Lewis, John S. (2004). Physics and Chemistry of the Solar System. Academic Press. ISBN 978-0-12-446744-6. Dicapai pada June 3, 2008.
- ^ Lyttleton, Raymond A. (1969). "On the Internal Structures of Mercury and Venus". Astrophysics and Space Science. 5 (1): 18–35. Bibcode:1969Ap&SS...5...18L. doi:10.1007/BF00653933.
- ^ Gold, Lauren (May 3, 2007). "Mercury has molten core, Cornell researcher shows". Chronicle Online. Cornell University. Dicapai pada May 12, 2008.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamanrao2
- ^ Schenk, Paul M.; Melosh, H. Jay (March 1994). "Lobate Thrust Scarps and the Thickness of Mercury's Lithosphere". Abstracts of the 25th Lunar and Planetary Science Conference. 1994: 1994LPI....25.1203S. Bibcode:1994LPI....25.1203S.
- ^ a b c Benz, W.; Slattery, W. L.; Cameron, Alastair G. W. (1988). "Collisional stripping of Mercury's mantle". Icarus. 74 (3): 516–528. Bibcode:1988Icar...74..516B. doi:10.1016/0019-1035(88)90118-2.
- ^ a b Cameron, Alastair G. W. (1985). "The partial volatilization of Mercury". Icarus. 64 (2): 285–294. Bibcode:1985Icar...64..285C. doi:10.1016/0019-1035(85)90091-0.
- ^ Finley, Dave (May 3, 2007). "Mercury's Core Molten, Radar Study Shows". National Radio Astronomy Observatory. Dicapai pada May 12, 2008.
- ^ Strom, Robert (1979). "Mercury: a post-Mariner assessment". Space Science Reviews. 24 (1): 3–70. Bibcode:1979SSRv...24....3S. doi:10.1007/BF00221842.
- ^ Broadfoot, A. L.; S. Kumar; M. J. S. Belton; M. B. McElroy (July 12, 1974). "Mercury's Atmosphere from Mariner 10: Preliminary Results". Science. 185 (4146): 166–169. Bibcode:1974Sci...185..166B. doi:10.1126/science.185.4146.166. PMID 17810510.
- ^ "Mercury". U.S. Geological Survey. August 5, 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2006. Dicapai pada April 7, 2008.
- ^ Head, James W.; Solomon, Sean C. (1981). "Tectonic Evolution of the Terrestrial Planets" (PDF). Science. 213 (4503): 62–76. Bibcode:1981Sci...213...62H. CiteSeerX 10.1.1.715.4402. doi:10.1126/science.213.4503.62. PMID 17741171.
- ^ Domingue, Deborah L.; Koehn, Patrick L.; dll. (2009). "Mercury's Atmosphere: A Surface-Bounded Exosphere". Space Science Reviews. 131 (1–4): 161–186. Bibcode:2007SSRv..131..161D. doi:10.1007/s11214-007-9260-9. Unknown parameter
|name-list-format=
ignored (bantuan) - ^ "Mercury Fact Sheet". NASA. December 22, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada November 6, 2015. Dicapai pada January 27, 2016.
- ^ Beatty, J. Kelly; Petersen, Carolyn Collins; Chaikin, Andrew (1999). The New Solar System. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-64587-4.
- ^ Espenak, Fred (21 April 2005). "Transits of Mercury" (dalam bahasa Inggeris). NASA/Goddard Space Flight Center. Dicapai pada 2011-03-19.
- ^ Margot, J. L.; Peale, S. J.; Jurgens, R. F.; Slade, M. A.; dll. (2007). "Large Longitude Libration of Mercury Reveals a Molten Core". Science. 316 (5825): 710–714. Bibcode:2007Sci...316..710M. doi:10.1126/science.1140514. PMID 17478713.
- ^ Strom, Robert G.; Sprague, Ann L. (2003). Exploring Mercury: the iron planet. Springer. ISBN 978-1-85233-731-5.
- ^ "Space Topics: Compare the Planets: Mercury, Venus, Earth, The Moon, and Mars". Planetary Society. Diarkibkan daripada yang asal pada July 28, 2011. Dicapai pada April 12, 2007.
- ^ a b Dunne, James A.; Burgess, Eric (1978). "Chapter One". The Voyage of Mariner 10 – Mission to Venus and Mercury. NASA History Office. Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan) - ^ Στίλβων, Ἑρμῆς. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project.
- ^ "Greek Names of the Planets". April 25, 2010. Dicapai pada July 14, 2012.
Ermis is the Greek name of the planet Mercury, which is the closest planet to the Sun. It is named after the Greek God of commerce, Ermis or Hermes, who was also the messenger of the Ancient Greek gods.
See also the Greek article about the planet. - ^ Antoniadi, Eugène Michel (1974). The Planet Mercury. Translated from French by Moore, Patrick. Shaldon, Devon: Keith Reid Ltd. m/s. 9–11. ISBN 978-0-904094-02-2.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Utarid di Wikimedia Commons
- http://www.astronomes.com/m1_solaire/m121_utarid.html