Pergi ke kandungan

Iskandar Abdul Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Haji
Iskandar Abdul Samad
DPMS (Selangor)
Bendahari PAS Pusat
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Menyandang jawatan
2019
Didahului olehRazman Zakaria
Naib Presiden PAS
Dalam jawatan
2015–2019
Didahului olehSalahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man & Husam Musa
Digantikan olehAhmad Samsuri Mokhtar
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
Dalam jawatan
2014–2018
Menteri BesarMohamed Azmin Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor
Dalam jawatan
2013–2014
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2008–2013
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Chempaka
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului olehDatuk Mad Aris Mad Yusuf (BN-UMNO)
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Pesuruhjaya PAS Selangor
Dalam jawatan
2013–2017
Didahului olehAbdul Rani Osman
Digantikan olehSallehen Mukhyi
Maklumat peribadi
Lahir (1961-02-28) 28 Februari 1961 (umur 63)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDatin Salasiah Zakaria
KediamanSelangor Selangor
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanArkitek

Dato' Iskandar bin Abdul Samad (Jawi: اسکندر بن عبد الصمد) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Bendahari PAS Pusat[1]. Di peringkat kerajaan negeri Selangor, beliau merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Beliau tinggal di Taman Kencana, Pandan Indah. Beliau berkahwin dengan Salasiah Zakaria serta dikurniakan enam orang anak, iaitu lima lelaki dan seorang perempuan. Bapanya Abdul Samad Ahmad merupakan penyunting di Utusan Melayu. Rakan bapanya seperti Haji Subky Latif, Abdul Shukor Harun, bekas Pengarang Harakah, dan Suhaimi Mokhtar bekas Ketua Pengarang Harakah. Ibunya Maimunah Dasmi, seorang suri rumah.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Iskandar belajar di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya. Tahun 1974, sambung belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian di United Kingdom dan mendapat ijazah arkitek dari Universiti Humberside. Dato' Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merupakan rakan sekolah semasa di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Iskandar menyertai PAS pada 1991 sementara Saifudin menyertai UMNO.

Selepas balik dari UK, tahun 1988 bekerja dengan firma arkitek. Selama setahun di United Kingdom . Beliau pernah menjadi pensyarah di UiTM bagi Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Beliau berhenti jadi pensyarah dan beliau kembali menjadi arkitek.

Penglibatan

[sunting | sunting sumber]

Parti politik

[sunting | sunting sumber]

Iskandar pernah menjadi Setiausaha Cawangan PAS AU2 di Taman Seri Keramat.

  • Bendahari PAS Pusat (2019-2021)
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS (2019-2021)
  • Naib Presiden PAS (2015-2017, 2017-2019)
  • Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS Pusat (2017-2019)
  • Ketua Pengarah KHIDMAT Malaysia (2017-2019)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS (2015-2017, 2017-2019)
  • Pengerusi KHIDMAT Malaysia (2015-2017)
  • Pesuruhjaya PAS Selangor (2013-2015, 2015-2017)
  • Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor (2011-2013)
  • Timbalan Persuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor (2009)
  • Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.

Pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N21 Cempaka, Selangor (2008-2013, 2013-2018)
  • Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor (2008-2013)
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (2009-2015)
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (2010)
  • Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor (2013-2014)
  • Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor (2014-2018)

Masyarakat

[sunting | sunting sumber]
  • Ketua Penyelaras Pusat Kajian Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)[2][3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Negeri Selangor[4][5][6][7]
Tahun Kerusi Undi % Pencabar Undi % Jumlah undi Majoriti % Unjuran
1999 N21 Lembah Jaya, P092 Ampang Jaya Iskandar Abdul Samad (PAS) 12,013 45.78% Ismail Kijo (UMNO) 14,267 54.22% 26,770 1,048 77.66%
2008 N21 Chempaka, P100 Pandan Iskandar Abdul Samad (PAS) 12,528 52.18% Nosimah Hashim (UMNO) 11,480 47.82% 23,733 1,048 73.14%
2013 Iskandar Abdul Samad (PAS) 23,117 63.12% Muhammad Faizal Sufar (UMNO) 13,509 36.88% 37,058 9,608 86.40%
2018 N21 Pandan Indah, P100 Pandan Iskandar Abdul Samad (PAS) 7,517 18.35% Izham Hashim (AMANAH) 24,914 60.83% 41,331 16,386 84.20%
Mohd Haniff Koslan (UMNO) 8,528 20.82%
Parlimen Malaysia[8][9]
Tahun Kawasan Undi % Pencabar Undi % Jumlah undi Majoriti % Unjuran
2004 P100 Pandan, Selangor Iskandar Abdul Samad (PAS) 12,609 31.50% Ong Tee Keat (MCA) 26,721 66.76% 40,024 14,112 69.15%

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  •  Selangor
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato' (2014)
  1. ^ Senarai Pimpinan PAS Pusat Sesi 2019-2021 Diarkibkan 2020-10-01 di Wayback Machine PAS
  2. ^ Zuraida tak perlu ‘tambah’ warga asing di Malaysia Malaysia Gazette
  3. ^ Muhamed Noraziha Abdullah Batal penurunan harga rumah warga asing HarakahDaily
  4. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 December 2020.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  7. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 17 December 2020. Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 11 July 2010. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.