Pergi ke kandungan

Najihatussalehah Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Najihatussalehah Ahmad
KMN
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Bota
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Khairul Shahril Mohamed
Majoriti1,963 (PRU-15)
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak
Menyandang jawatan
2013
Maklumat peribadi
Lahir (1966-11-15) 15 November 1966 (umur 58)
Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Bota, Perak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanPerak Parit, Perak
PekerjaanAhli Politik
Bidang pengkhususanDoktor perubatan
Laman webhttp://www.pas.org.my/

YB Dr. Najihatussalehah binti Ahmad (lahir 15 November 1966) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Bota. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatnkuasa PAS Pusat, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Najihatussalehah dilahirkan pada 15 November 1966 di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Perak. Ketika zaman kanak-kanak, beliau menetap di Parit dan Batu Gajah. Pada tahun 1976 beliau berpindah ke Gunung Semanggol. Beliau mendapat pengajian awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Wah, Gunung Semanggol, Taiping Kemudian melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (1979-1981) dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (kini SMA Labu) (1982-1983). Pada tahun 1992, beliau telah berjaya memperoleh Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Universiti Malaya tahun 1992.

Penglibatan dalam politik dan NGO

[sunting | sunting sumber]

Najihatussalehah bergiat dalam persatuan mahasiswa semenjak 1986 di Universiti Malaya. Beliau merupakan salah seorang Alumni SMAP Labu atau dikenali sebagai IKMAL. Beliau juga merupakan Ahli seumur hidup Persatuan Bekas Pelajar Izuddin Taayah (PBPSISTA)[1].

Dalam badan kebajikan, beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH) 2009 hingga kini, dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Wanita Daerah Perak Tengah (PEKANITA) 2008 hingga kini.

Najihatussalehah juga mempunyai sebuah Klinik Najiha di Bota yang dibuka pada tahun 1997. Beliau juga berpengalaman sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Changkat Melintang dan Klinik Hidayah di Bagan Serai.[2]

Dalam Parti Islam Se-Malaysia, beliau pernah menjadi Naib Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Parit (1997/2001), Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Parit (2003 hingga kini), Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak (2011 hingga kini)[3], dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat (2007 hingga kini)[4]. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015-2017[5].Bagi sessi 2019-2021,Beliau telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Penerangan Media Baru PAS PUSAT manakala bagi Dewan Muslimat PAS Pusat ,beliau adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS PUSAT .

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]

Najihatussalehah pernah bertanding sebagai calon Parlimen Parit dalam tahun 2008, Dewan Undangan Negeri (ADUN) N32 Belanja pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13(2013) namun tewas kedua2nya kepada Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria yang kemudiannya memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Agama Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak[6]. Pada tahun 2016, beliau telah bertanding di dalam pilihanrayakecil Kuala Kangsar PRK P067 setelah dipilih oleh pimpinan PAS .

Beliau juga bertanding sekali lagi sebagai calon Ahli Parlimen P069 Parit pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 namun tewas kepada orang yang sama, Drs Mohd Nizar Zakaria.[7]

Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Parit Najihatussalehah Ahmad PAS 7,715 Mohd Nizar Zakaria BN (UMNO) 14,035 6,320
Tarmizi Mohd Jam PH (AMANAH) 7,240
2016 Kuala Kangsar Najihatussalehah Ahmad PAS 5,684 Mastura Mohd Yazid BN (UMNO) 12,653 6,969
Ahmad Termizi Ramli PH (AMANAH) 4,883
Izat Bukhary BEBAS 54
2008 Parit Najihatussalehah Ahmad PAS 9,526 Mohd Nizar Zakaria BN (UMNO) 12,399 2,873

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Bota Najihatussalehah Ahmad PN (PAS) 11,275 Khairul Shahril Mohamed BN (UMNO) 9,312 1,963
Usaili Alias PH (PKR) 3,138
Shahril Harahab PEJUANG 218
2013 Belanja Najihatussalehah Ahmad PAS 4,728 Mohd Nizar Zakaria BN (UMNO) 7,691 2,963

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41331-dr-najihatussalehah-di-kuala-kangsar-dr-rani-di-sg-besar[pautan mati kekal]
  2. ^ http://www.suaraperak.com/?fb_comment_id=826731267430778_827155737388331#!Dr-Najihatussalehah-Calon-PAS-Di-Parlimen-Kuala-Kangsar/cjds/57486e260cf2f56abe50aff1
  3. ^ https://www.pas.org.my/organisasi-dewan-muslimat-pas-perak
  4. ^ https://www.pas.org.my/info/pimpinan/dewan-muslimat-pas-pusat/5152-ajk-dewan-muslimat-pas-pusat-sesi-2015-2017
  5. ^ https://www.pas.org.my/info/pimpinan/ajk-pas-pusat/5088-senarai-pimpinan-pas-pusat-sesi-2015-2017
  6. ^ http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KeputusanDUN.php?kod=06938
  7. ^ http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php
  8. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.