Rina Mohd Harun
Rina binti Mohd Harun | |
---|---|
Bendahari Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Menyandang jawatan 28 November 2024 | |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Datuk Mohamed Salleh Bajuri |
Ketua Wanita Parti Perikatan Nasional | |
Menyandang jawatan 2020 | |
Timbalan | Nuridah Mohd Salleh |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Dalam jawatan 5 April 2017 – 4 Oktober 2024 | |
Naib Ketua | Mas Ermieyati Samsudin |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Mas Ermieyati Samsudin |
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Siti Zailah Mohd Yusoff |
Digantikan oleh | Nancy Shukri |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Siti Zailah Mohd Yusoff |
Didahului oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Titiwangsa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Johari Abdul Ghani |
Digantikan oleh | Johari Abdul Ghani |
Majoriti | 4,139 (PRU-14) |
Menteri Pembangunan Luar Bandar | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan Menteri | Sivarasa Rasiah |
Didahului oleh | Ismail Sabri Yaacob |
Digantikan oleh | Abdul Latiff Ahmad |
Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan | |
Dalam jawatan 2017 – 24 Februari 2020 | |
Ketua | Zuraida Kamaruddin |
Digantikan oleh | Raj Munni Sabu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | [1] Kuala Lumpur, Malaysia | 18 April 1973
Parti politik | UMNO (2002-2016) PPBM (2017-kini) |
Gabungan politik lain | BN (2002-2016) PH (2017-2020) PN (2020-kini) |
Tempat belajar | Universiti Northwood, Amerika Syarikat Institut Teknologi MARA |
Gaji | RM34,004.48 sebulan[2] |
Kabinet | |
Anugerah awam | Senarai |
Datuk Seri[3] Rina Mohd Harun (lahir 18 April 1973) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2020-2022), mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (2018-2020) dan mantan Ahli Parlimen Titiwangsa selama sepenggal (2018-2022). Di peringkat parti beliau ialah Ketua Srikandi BERSATU.
Pendidikan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dibesarkan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA; UiTM) dalam Diploma dalam Pengajian Perbankan. Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.
Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Rina bekerja dalam bidang perbankan komersial selama 8 tahun sebelum menceburi bidang politik.[4][5]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]- UMNO
- Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang - 2002-2013
- Setiausaha Puteri UMNO Selangor - 2002-2004
- Timbalan Ketua Puteri UMNO Selangor - 2004-2009
- Timbalan Ketua Puteri UMNO Selangor - 2009
- EXCO Puteri UMNO Malaysia - 2009-2013
- Pemangku Ketua Wanita UMNO Bandar Baru Salak Tinggi 2013-2016
- BERSATU
- Ketua Srikandi
- Pakatan Harapan
- Timbalan Ketua Wanita
- Perikatan Nasional
- Ketua Wanita
Pertubuhan NGO
[sunting | sunting sumber]- Penolong Bendahari, Majlis Belia Selangor
- Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Sepang
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Sepang | Rina Harun | PN (BERSATU) | 47,315 | Aiman Athirah Sabu | PH (AMANAH) | 56,264 | 8,949 |
Anuar Basiran | BN (UMNO) | 31,097 | ||||||
Che Asmah Ibrahim | GTA (PEJUANG) | 2,337 | ||||||
Syahrul Amri Mat Sari | BEBAS (PEN) | 319 | ||||||
Daud Leong | PUR | 264 | ||||||
M. Muneswaran | BEBAS (GAJAH) | 194 | ||||||
Nageswaran Ravi | PRM | 165 | ||||||
2018 | Titiwangsa | Rina Harun | PH (BERSATU) | 23,840 | Johari Abdul Ghani | BN (UMNO) | 19,701 | 4,139 |
Mohamad Noor Mohamad | PAS | 6,845 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Batu Tiga | Rina Harun | PN (BERSATU) | 25,682 | Danial Al-Rashid | PH (AMANAH) | 29,064 | 3,382 |
Cheda Razak | MUDA | 1,908 |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Melaka
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM); membawa gelaran Datuk Seri (2018)[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bernama Radio on Instagram: "Infografik: Profil Menteri Pembangunan Luar Bandar #BernamaRadio #semuanyatentanganda #pakatanharapan"". Instagram.
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 28 Oktober 2020.
- ^ 5 menteri bergelar Datuk Seri
- ^ Wahid, Shakira Buang dan Ramieza (2019-04-25). "Rina akui dirinya 'menteri pasif' tapi bersebab". Malaysiakini. Dicapai pada 2021-12-27.
- ^ My Minister series: Rina Harun (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-12-27
- ^ "Husam kembali bergelar 'datuk', Mujahid Dr Dzul Ahmad Awang 'datuk seri'". MALAYSIADATELINE. 13 October 2018. Dicapai pada 13 October 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1973
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Anggota wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
- Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia