Masidi Manjun
Masidi Manjun SPDK, PGDK (Sab); KMN, AMN | |
---|---|
Menteri Kewangan Sabah | |
Menyandang jawatan 11 Januari 2023 | |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor |
Pembantu | Julita Mojungki Tan Lee Fatt |
Didahului oleh | YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor |
Kawasan pilihan raya | Karanaan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Karanaan | |
Menyandang jawatan 2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Menteri Kewangan II Sabah | |
Dalam jawatan 29 September 2020 – 11 Januari 2023 Berkhidmat with Hajiji Noor (Menteri I) | |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor |
Pembantu | Isnin Aliasnih Mohd Hamsan Awang Supian |
Kawasan pilihan raya | Karanaan |
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah | |
Dalam jawatan 29 September 2020 – 11 Januari 2023 | |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor |
Pembantu | Isnin Aliasnih Mohd Hamsan Awang Supian |
Didahului oleh | Bung Moktar Radin |
Digantikan oleh | Joachim Gunsalam |
Kawasan pilihan raya | Karanaan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Masidi bin Manjun @ Masdi 1 Jun 1951 Ranau, Sabah |
Parti politik | BERSATU (2020-2022) BERSATU (2019-2020) UMNO (-2019) Ahli kolektif GRS (Sejak 2022-) GAGASAN (Sejak 2023-) |
Pasangan | Datin Seri Panglima Nur Farizah Abdullah @ Molly Lantai |
Anak | 6 |
Tempat belajar | Universiti London |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Sabah |
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk DUN N.37 Karanaan sejak tahun 2004. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan Sabah. Beliau merupakan antara ahli politik berpengalaman di Negeri Sabah dengan pengelibatan politik lebih 40 tahun. Beliau pernah bertanding pada era 80an menggunakan tiket USNO namun kalah pada pilihan raya pertama beliau.
Beliau memenangi DUN Karanaan pada 2004 sewaktu DUN tersebut pertama kali diwujudkan. Sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau berkerja dibahagian korporat dibeberapa syarikat. Beliau juga pernah menjawat jawatan-jawatan tinggi di dalam pentadbiran Negeri Sabah sebelum masuk ke dunia korporat.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Yang Berhormat Datuk Seri Panglima merupakan anak watan negeri Sabah yang dilahirkan di Ranau, Sabah. Beliau telah berkahwin dengan Datin Nur Farizah Abdullah dan mempunyai 6 orang anak.[1] Datuk Masidi Manjun telah memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti London pada tahun 1977 dan menjadi Barrister-at-Law dengan Kepujian di Lincoln's Inn, London pada tahun 1979.
(Masidi's Morning Quote)
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Amalan undang-undang dan perkhidmatan awam
[sunting | sunting sumber]Datuk Masidi memasuki Perkhidmatan Awam Negeri pada tahun 1977 sebagai penasihat undang-undang dan pendakwa raya di Jabatan Perhutanan. Beliau diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1980. Pada tahun yang sama, beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Daerah Tuaran. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Sandakan dalam posisi yang sama pada tahun 1982 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983. Pada tahun 1987, beliau dilantik sebagai Peguam Negara Kanan di Jabatan Peguam Negara. Namun, Datuk Masidi meninggalkan Perkhidmatan Awam Negeri pada tahun 1990 untuk bergabung dengan sektor swasta.
Sektor swasta
[sunting | sunting sumber]Datuk Masidi berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Pengajian Pembangunan Sabah dari tahun 1994 hingga 2004 dan menjadi ahli Lembaga Pengarah Sabah Development Bank pada masa itu. Beliau memegang jawatan pengarah di pelbagai syarikat termasuk Chase Perdana Berhad, Sitt Tatt Berhad dan Bank Rakyat. Beliau juga merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia sejak 24 Julai 2020.
Bidang politik
[sunting | sunting sumber]Datuk Masidi menyertai politik pada tahun 2004 kerana beliau dicalonkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sebagai calon DUN Karanaan. Beliau kemudian memenangi pilihan raya dan memegang kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut. Beliau kini menjalani tugas untuk penggal kelima di Karanaan berikutan kemenangannya dalam pilihan raya negeri ke-16 di bawah PARTI BARISAN NASIONAL (BN) sebelum bertindak meninggalkan parti tersebut dan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Datuk Masidi naik sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah pada tahun 2004. Beliau kemudian menjadi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dari tahun 2006 hingga 2018 dan juga Menteri yang bertanggungjawab dalam hal hal pendidikan Negeri Sabah. Beliau juga berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya umum ke-14 selama dua hari. Datuk Masidi meninggalkan UMNO pada tahun 2018 untuk bergabung dengan BERSATU dan kemudian menjadi Timbalan Pengerusi Negeri yang terakhir.
Pada 29 September 2020, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerja Raya Sabah yang bertempat di Istana negeri Sabah. Namun, Ketua Menteri Sabah mengumumkan bahawa Datuk Masidi telah bertukar portfolio dari Menteri Kerja Raya Sabah kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah manakala Datuk Bung Moktar yang menyandang jawatan Sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah beralih kepada Menteri Kerja Raya Sabah.[2] Pada waktu yang sama, Datuk Masidi turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan II Sabah.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan pilihan raya | Undi | Peratus | Penentang | Undi | Peratus | Pungutan suara | Majoriti | Muncul sebagai | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | N30 Karanaan, P179 Ranau | Masidi Manjun (UMNO) | 6,519 | 90.72% | Mohd Mian Mohd Ali (BEBAS) | 413 | 5.75% | 7,332 | 6,106 | 68.90% | ||
Sutian Kendilong (SETIA) | 254 | 3.53% | ||||||||||
2008 | Masidi Manjun (UMNO) | 6,505 | 82.40% | Atin Naisin (PKR) | 1,389 | 17.60% | 8,010 | 5,116 | 72.45% | |||
2013 | Masidi Manjun (UMNO) | 6,292 | 58.44% | Muhiddin Anas Yusin (PKR) | 2,792 | 25.94% | 10,331 | 3,500 | 83.10% | |||
Jalibin Paidi (STAR) | 1,067 | 9.91% | ||||||||||
Mat Jaili Samat (BEBAS) | 615 | 5.71% | ||||||||||
2018 | Masidi Manjun (UMNO) | 6,849 | 63.98% | Chong Peck Hing (PKR) | 3,067 | 28.65% | 10,928 | 3,782 | 80.80% | |||
Aman Manaf (PHRS) | 685 | 6.40% | ||||||||||
Juhaili Sidek (PKAN) | 104 | 0.97% | ||||||||||
2020 | N37 Karanaan, P179 Ranau | Masidi Manjun (BERSATU) | 6,696 | 73.70% | Yasin Abdul Ghani (WARISAN) | 1,882 | 20.71% | 9,086 | 4,814 | 67.68% | ||
Hadzrul Masnin (PCS) | 434 | 4.78% | ||||||||||
Md Tajuddin Sadi (USNO (Baru)) | 74 | 0.81% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Datuk Masidi Manjun dikurniakan dengan kepujian berikut:
- Malaysia:
- Ahli Mangku Negara (AMN) - (1998)
- Kesatria Mangku Negara (KMN) - (2006)
- Sabah:
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (1996)
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2013)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman sesawang rasmi kerajaan Diarkibkan 2008-08-27 di Wayback Machine
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Menteri Pelancongan Sabah bersama isteri
- ^ "Hajiji umum Bung Moktar dan Masidi tukar portfolio". www.malaysiakini.com. 2020-09-29. Dicapai pada 2020-10-02.
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
- ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 Mei 2020.